21/10/2026
🦁⚽ KELAB BOLA SEPAK INDERA & AE FC KINI BERSAMA D-CLIX! 💛💙
SATU LAGI LANGKAH KE HADAPAN DALAM MEMPERKASAKAN PENGURUSAN BOLA SEPAK AKAR UMBI!
Alhamdulillah, Indera United & AE FC kini secara rasmi menyertai platform D-CLIX, satu langkah positif ke arah pengurusan akademi bola sepak yang lebih sistematik, moden dan profesional.
Melalui platform D-CLIX, urusan pengurusan kelas latihan, jadual serta tempahan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, teratur dan efisien.
Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada komitmen INDERA & AE FC untuk terus meningkatkan mutu pengurusan akademi, sekali gus memberikan kemudahan yang lebih baik kepada barisan kejurulatihan, para pelatih serta ibu bapa.
Bagi INDERA & AE FC, pembangunan bola sepak akar umbi bukan sekadar melahirkan pemain berbakat di atas padang, malah turut menitikberatkan aspek pengurusan yang berkualiti demi memastikan perkembangan setiap pelatih berjalan dengan lebih tersusun.
🤝 Terima kasih D-CLIX kerana menerima INDERA & AE FC sebagai sebahagian daripada keluarga platform ini.
Semoga langkah ini menjadi pemangkin kepada perkembanganINDERA & AE FC dalam usaha melahirkan generasi pemain bola sepak masa hadapan.