12/06/2026
Vivo secara rasmi telah melancarkan telefon bajet terbaharu mereka untuk pasaran tempatan iaitu siri vivo Y31s 5G.
Selain daripada pengumuman harga rasminya bermula RM1,199, perkara paling mencuri tumpuan semasa acara pelancaran tersebut adalah demonstrasi ujian ketahanan fizikal secara langsung.
Peranti ini hadir dengan penarafan kalis air serta debu premium gred IP68 dan IP69+, berserta pensijilan ketahanan gred tentera MIL-STD-810H.
Tonton video penuh untuk lihat sendiri bagaimana peranti ini diuji secara ekstrem semasa majlis pelancaran dan ketahui tawaran promosi awal jualan yang disediakan oleh vivo Malaysia.