Kelas Belajar Autocad Dan 3ds-Max Cara Mudah

Kelas Belajar Autocad Dan 3ds-Max Cara Mudah https://szdesign.com.my

https://www.youtube.com//videos TERIMA KASIH KEPADA YANG SENTIASA MENYOKONG KAMI.
(2)

Sedikit info mengenai tenaga pengajar :-

-Mempunyai pengalaman berkerja dalam industri hiasan dalaman dan binaan selama 8 tahun.Pengalaman mengajar Autocad dan 3Ds-Max lebih dari 7 tahun pada tahun.

-Kini sudah lebih 1600 peserta yang telah mengikuti kelas belajar Autocad dan 3Ds-Max dengan kami sejak tahun 2015.

-Mempunyai pengalaman mengajar secara teori dan praktikal. (Dilantik untuk mengaj

ar di Pusat Latihan, IPTA, IPTS dan syarikat Swasta) seperti FITEC MARA, UNIMAP, RDC Arkitek, Freamsnet Sdn Bhd, dan Gennessy Hill Sdn Bhd, EFR Sdn Bhd)

-Pembelajaran tidak terhad kepada sukatan pembelajaran sahaja.Saya akan pastikan perserta yang zero knowledge akan diajar dengan terperinci, praktikal dan mudah difahami. Result peserta dalam masa 2 hari dapat menyediakan lukisan pelan. Salam hormat,

SZ Design Sales & Services
SA0358521-U

11/08/2026

Apa itu pelan bangunan yang untuk bangunan yang dibina secara sah?Pelan bangunan bagi bangunan yang dibina secara sah ia...
10/08/2026

Apa itu pelan bangunan yang untuk bangunan yang dibina secara sah?

Pelan bangunan bagi bangunan yang dibina secara sah ialah pelan yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum pembinaan dijalankan.

Secara ringkas, maksudnya:

Pelan bangunan yang sah ialah lukisan teknikal (seperti pelan tapak, pelan lantai, pelan struktur dan pelan mekanikal/elektrikal) yang:

Disediakan oleh orang berkelayakan seperti arkitek, jurutera atau pelukis pelan berdaftar

Dihantar kepada PBT (contohnya Majlis Perbandaran atau Majlis Bandaraya)

Diluluskan secara rasmi mengikut undang-undang, peraturan bangunan dan pelan guna tanah

Digunakan sebagai rujukan semasa pembinaan

Bangunan yang dibina mengikut pelan ini dianggap dibina secara sah.


Rujukan ukuran gelanggang bola sepak, badminton dan lain-lain.
08/08/2026

Rujukan ukuran gelanggang bola sepak, badminton dan lain-lain.


APA ITU RETAINING WALL (Dinding Penahan) ?1)Dinding penahan tanah merupakan komponen struktur bangunan penting utama unt...
07/08/2026

APA ITU RETAINING WALL (Dinding Penahan) ?
1)Dinding penahan tanah merupakan komponen struktur bangunan penting utama untuk jalan raya dan bangunan persekitaran lain yang berkaitan tanah kontur atau tanah yang mempunyai ketinggian berbeza.
2)Secara ringkas dinding penahan merupakan dinding yang dibina untuk menahan gerakan tanah di atas atau apungan bawah struktur atau bangunan yang dibuat.
3)Dinding penahan dibuat dari bahan kayu, pasangan batu, konkrit bertetulang. kini sering dipakai produk bahan sintetik seperti kain tebal sebagai dinding penahan tanah. Produk bahan ini sering disebut sebagai geo textile atau geo syntetic .




05/08/2026

Sampai terbang??


05/08/2026

Pengguna AutoCAD yang tidak mahu berubah bukan bermaksud mereka tidak boleh bekerja, tetapi mereka berisiko mengalami kelewatan, kurang produktif dan sukar bersaing apabila berhadapan dengan pengguna yang menggunakan teknologi AI.

Ramai pengguna Autocad masih tahu melukis, tetapi belum tahu menggunakan AI untuk mempercepatkan kerja.                 ...
05/08/2026

Ramai pengguna Autocad masih tahu melukis, tetapi belum tahu menggunakan AI untuk mempercepatkan kerja.






























.

Selama ni bab lukis pelan, main buat je ikut lukis tangan, asal siap, jalan terus! Kadang ada pelan kena tukar last mini...
03/08/2026

Selama ni bab lukis pelan, main buat je ikut lukis tangan, asal siap, jalan terus!
Kadang ada pelan kena tukar last minit, habis drawing tak tahu simpan kat mana. Client dah kejar. Pening๐Ÿ˜ญ
Kelas Basic 2D Autocad ni, memang datang tepat pada waktunya.
Since sekarang perlukan drawing untuk presentation kepada client, inilah masa terbaik untuk kita repair balik kualiti drawing pelan kita.
Alah, drawing je pun. Pakai tangan pun boleh asal client faham. Kenapa nak kena belajar beriye?
Ya, walaupun nampak macam remeh, tapi drawing pelan ni lah benda pertama yang akan diteliti sebelum sesuatu bangunan/rumah dibuat.
Banyak sangat benda yang kita terlepas pandang, yang boleh menyebabkan apabila drawing salah, cacamarba lah persiapan sesebuah bangunan/rumah.
Bayangkan kita asyik nak cincai-cincai buat drawing. Ikut kepala sendiri. Akhirnya bila time โ€œsubmission majlisโ€ ia tak sah drawing. ๐Ÿ˜ฑ
Dalam Kelas 2D Basic Autocad ni, belajar 2 hari , kita boleh belajar.
1)Asas Teknik Membuat Lukisan 2 Dimensi dan LukisanTeknikal
2)Cara Memasukkan Warna Atau Corak Pada Sesuatu Ruang Atau Simbol
3)Cara Ubahsuai Atau Edit Lukisan dan Objek
4)Cara Mudah Membuat Teks
5)CARA Mudah Membuat Dimensi
6)Cara Mudah Membuat Susunan Rekabentuk Dalam Lukisan
7)Membuat Mencipta & Edit Blok Objek
8)Cara Untuk Menukar Lukisan Autocad Ke Bentuk PDF
๐Ÿ‘‰BONUS
=========
๐Ÿ“Œ 11 video tutorial dalam version Bahasa Melayu
๐Ÿ“Œ Library Autocad Percuma
Nak rebut peluang belajar tapi tak reti macam mana?
Tekan saja tulisan biru ni. Team Cikgu Sazli akan cerita pasal Kelas Basic 2D Autocad di link ini ya.
๐Ÿ“Œ https://osini.co/vYGVB6AnPpn3
๐Ÿ“Œhttps://osini.co/vYGVB6AnPpn3
๐Ÿ“Œhttps://osini.co/vYGVB6AnPpn3

ANDA NAK UBAHSUAI/ BINA RUMAH TAPI TAK TAHU NAK BERMULA DARI MANA??Mulakan dengan PELAN LAKARAN/DRAFT PLAN dulu.1) Pelan...
03/08/2026

ANDA NAK UBAHSUAI/ BINA RUMAH TAPI TAK TAHU NAK BERMULA DARI MANA??

Mulakan dengan PELAN LAKARAN/DRAFT PLAN dulu.

1) Pelan lakaran adalah pelan asas yang diberikan oleh pelukis pelan . Pelan ini diberikan kepada pelanggan sebagai pandangan awal rekabentuk rumah tersebut setelah siap.

2) Pelan lakaran terdapat pelan susun atur seperti kedudukan ruang-ruang bilik, pintu dan tingkap dalam bentuk 2d dalam bentuk pandangan atas/pelan.

3) Pelan lakaran ini adalah penting. Ini disebabkan jika ada perubahan yang ingin dibuat pada saiz bilik, pattern luaran seperti bumbung, kedudukan tingkap, perubahan kedudukan dan pintu seharusnya diselesaikan pada peringkat ini.

4) Jika perubahan diubah sebanyak beberapa kali pun tidak mengapa. Ini kerana dalam peringkat ini lakaran dibuat sebelum pelan arkitek sepenuhnya dikeluarkan.

5) Jika perubahan susun atur dan rekabentuk banyak dibuat diperingkat pelan arkitek, ini akan menyukarkan arkitek/pelukis pelan ingin membuat perubahan kerana banyak yang perlu diperbetulkan.

6) Akhirnya memakan kos lebih-lebih lagi jika pelan telah dicetak beberapa salinan untuk mendapatkan permohonan di PBT.

Perincian tetulang (reinforcement) tangga konkrit bertetulang (RCC Staircase).Ia menerangkan kedudukan besi utama, besi ...
02/08/2026

Perincian tetulang (reinforcement) tangga konkrit bertetulang (RCC Staircase).

Ia menerangkan kedudukan besi utama, besi agihan, beam pendaratan (landing beam) serta kawasan yang memerlukan tetulang tambahan.

1. Komponen utama tangga
Top Landing Beam โ€“ Rasuk di bahagian atas tangga.

Bottom Landing Beam โ€“ Rasuk di bahagian bawah tangga.

Waist Slab โ€“ Plat konkrit condong yang menanggung keseluruhan tangga.

Tread โ€“ Permukaan pijakan anak tangga.

Riser โ€“ Bahagian menegak anak tangga.

Dalam contoh ini:

Tread = 250 mm

Riser = 150 mm

Nisbah ini selesa digunakan untuk tangga rumah.

2. Tetulang utama (Main Bars)
Besi utama dipasang di bahagian bawah slab tangga kerana di tengah bentang berlaku tegangan (tension).

Spesifikasi:

ร˜12 @ 150 mm c/c

Dipasang sepanjang arah tangga (Long Span)

Fungsi:

Menanggung beban pengguna.

Menahan lenturan tangga.

3. Besi Agihan (Distribution Bars)
Dipasang melintang terhadap besi utama.

Spesifikasi:

ร˜8 @ 200 mm c/c

Fungsi:

Mengikat besi utama.

Mengurangkan keretakan akibat pengecutan konkrit.

Mengagihkan beban.

4. Tetulang Atas (Top Bars Over Support)
Di kawasan sambungan dengan beam terdapat momen negatif, jadi bahagian atas konkrit mengalami tegangan.

Oleh itu dipasang:

ร˜12 @150 mm c/c

Di bahagian atas berhampiran beam.

5. Besi Tambahan (Extra Bars)
Rajah menunjukkan:

2-ร˜12 Top Bars

Fungsi:

Menguatkan kawasan sokongan.

Mengurangkan risiko retak di hujung tangga.

6. Cover Konkrit
Ketebalan cover:

Slab = 20 mm

Beam = 25 mm

Cover penting untuk:

Melindungi besi daripada karat.

Memberi rintangan api.

Memastikan lekatan konkrit yang baik.

7. Pelan Tangga
Saiz contoh:

Lebar tangga = 1000 mm

Saiz ruang = 2500 mm ร— 3000 mm

Ini hanyalah contoh susun atur dan boleh berubah mengikut reka bentuk sebenar.

8. Keratan Rentas (Cross Section)
Keratan menunjukkan:

Besi utama berada di bawah slab.

Besi agihan berada di atas besi utama.

Kedudukan anak tangga di atas waist slab.

9. Reinforcement at Support
Rajah bawah menunjukkan dua keadaan:

a) Top Support (Negative Moment)

Tambahan 2 batang ร˜12 di atas.

b) Bottom Support (Positive Moment)

Besi utama disambung dan diankorkan ke dalam beam dengan panjang penjangkaran (development length) yang mencukupi.

10. Nota Penting
Rajah menyatakan:

Gunakan besi Fe500 / Fe550.

Panjang sambungan (Lap Length) mengikut piawaian.

Diameter minimum beam = 4ฯ•.

Pastikan cover dan anchorage mencukupi.

Adakah spesifikasi ini boleh digunakan di Malaysia?

Tidak semestinya. Rajah ini ialah contoh tipikal dan menggunakan rujukan IS 456 (Indian Standard). Untuk projek di Malaysia, reka bentuk perlu mematuhi piawaian seperti:

Eurocode 2 (MS EN 1992).

Keperluan JKR Malaysia (jika berkaitan).

Lukisan serta pengiraan oleh Jurutera Profesional (Ir.).

Diameter besi, jarak besi dan ketebalan slab boleh berubah bergantung kepada:

Panjang bentangan tangga.

Beban reka bentuk.

Jenis bangunan.

Gred konkrit dan besi.

Sebagai rujukan umum, tangga rumah dua tingkat di Malaysia lazimnya menggunakan waist slab sekitar 125โ€“150 mm, besi utama Y12 @150โ€“200 mm, dan besi agihan Y8 @200โ€“250 mm, namun nilai sebenar hendaklah ditentukan melalui pengiraan struktur.


Address

B-1-5, Menara KIP, No. 1, Jalan Seri Utara 1, Sri Utara Off Jalan Ipoh
Kuala Lumpur
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60132020320

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Belajar Autocad Dan 3ds-Max Cara Mudah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share