22/09/2026
📱🔧 PROGRAM PENINGKATAN PENDAPATAN – KEMAHIRAN MEMBAIKI TELEFON BIMBIT
Sedang berlangsung! 💪
Program Peningkatan Pendapatan – Kemahiran Membaiki Telefon Bimbit sedang berlangsung pada 21–25 September 2026 bertempat di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Information Technology (UniKL MIIT).
Program kali ke-2 dilaksanakan oleh Advancement and Continuing Education (ACE), UniKL MIIT dengan kerjasama MONDIS Enterprise.
Seramai 10 orang peserta daripada komuniti luar bandar sedang mengikuti program ini bagi memperoleh kemahiran praktikal dalam membaiki telefon bimbit, seterusnya membuka peluang untuk menjana pendapatan dan membina potensi keusahawanan.
👏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atas kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan Program Peningkatan Pendapatan – Kemahiran Membaiki Telefon Bimbit.
Jadilah sebahagian daripada komuniti global kami. Layari http://www.miit.unikl.edu.my untuk pilihan program.