12/10/2026
Satu momen yang membanggakan buat NADI apabila kejayaan usahawan NADI diketengahkan dalam pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Datoβ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Sebahagian Komuniti NADI di seluruh negara turut bersama-sama mengikuti pembentangan secara langsung. Antara yang mencuri perhatian ialah kisah kejayaan Saudara Azmi Warisan, pengusaha kopi dari Kampung Sungai Leman, Selangor:
βSaudara Azmi Warisan, pengusaha kopi Kampung Sungai Leman, Selangor telah memanfaat platform NADI, dan berjaya meningkatkan hasil jualan sehingga 80 peratus atau 240 ribu ringgit.
Maka, platform NADI terus diperhebat dengan peruntukan 142 juta ringgit, bagi membolehkan lebih ramai usahawan muda memanfaat perniagaan dalam talian.β
Pengiktirafan ini pastinya menjadi suntikan semangat buat komuniti dan usahawan NADI untuk terus mengembangkan perniagaan serta memanfaatkan peluang digital.
Terima kasih YAB PMX atas peruntukan RM142 juta untuk memperhebat platform NADI dan memperkasa lebih ramai usahawan muda memanfaatkan peluang perniagaan dalam talian.
Terima kasih juga kepada semua komuniti yang bersama-sama mengikuti pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.