14/10/2026
Syukur Alhamdulillah. Satu malam yang cukup bersejarah, penuh bermakna dan pastinya menjadi kenangan terindah buat seluruh keluarga besar sukan Sabah, khususnya komuniti Sabah Esports.
Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Pingat SUKMA XXII Selangor 2026 merupakan satu penghargaan yang amat bermakna kepada semua atlet dan pasukan sukan yang telah berjaya menyumbangkan pingat serta mengharumkan nama negeri Sabah di pentas SUKMA.
Tonight is not just about celebrating medals. It's about honouring the sacrifices, dedication, teamwork and fighting spirit that brought us this far.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Haji Nizam DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, serta Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN) atas sokongan, kepercayaan dan penghargaan yang diberikan kepada seluruh kontinjen sukan Sabah.
Penghargaan istimewa juga buat SDO Esports kami, Tuan Noer, Presiden Persatuan Esport Sabah, Chucky Cheoh, Setiausaha Persatuan Esport Sabah, Jaspher, serta seluruh barisan jurulatih, pengurusan dan semua individu yang telah memainkan peranan penting sepanjang perjalanan ini, sama ada yang berkesempatan hadir pada malam ini mahupun yang tidak dapat bersama.
Berbulan-bulan masa dikorbankan, pelbagai cabaran ditempuhi, countless hours of training, preparation, commitment and sacrifices — semuanya terasa begitu berbaloi apabila segala usaha dan perjuangan kita diberikan pengiktirafan pada malam yang penuh bermakna ini.
We fought together, we sacrificed together, and tonight, we celebrate together.
Kejayaan ini bukan milik individu semata-mata. This victory belongs to the entire Sabahan Esports community.
Kepada para atlet, coaches, management, supporters dan semua yang sentiasa percaya terhadap potensi esports Sabah, kejayaan ini adalah milik kita bersama.
Namun, perjuangan kita tidak terhenti di sini. Setiap pencapaian adalah permulaan kepada cabaran yang lebih besar.
Kita akan terus memperbaiki kelemahan, memperkukuhkan kekuatan dan membina generasi atlet esports Sabah yang lebih kompetitif di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
We will grow stronger, season after season. We will rise higher, fight harder and come back even stronger.
To all our Sabah Esports warriors, be proud of how far we've come, but never stop fighting for how far we can go.
SUKMA XXIII, WE WILL SEE YOU AGAIN!
Until then, keep the fire burning, keep the fighting spirit alive, and never stop believing.