12/09/2019
Kepada pelanggan yang dihormati.
Proses servis dan baik pulih laptop boleh jatuh kepada 2 kategori.
Hardware dan software.
Proses yang melibatkan hardware, pihak kami tidak akan sentuh file, apps dan maklumat sensitif pada laptop anda.
Proses yang melibatkan Software, pihak kami akan advices pelanggan terlebih dahulu sebelum sebarang kerja dimulakan.
Berikut ialah servis yang kami tawarkan.
Servis laptop.
Servis ialah proses mencuci kipas, heatsink dan menggantikan thermal paste yang baru.
(hardware sahaja).
Reformat.
Format ialah proses memadam semua partition dan operating system dalam harddisk.
Hardisk yang kosong dimasukkan operating system seperti microsoft windows, linux atau MacOs mengikut permintaan pelanggan.
(software dan OS sahaja).
Troubleshooting
Troubleshooting ialah proses mencari punca masalah pada laptop dan menyelesaikan masalah itu. Masalah-masalah seperti tukar, keyboard, touchpad tergolong dalam kategori Hardware.
(software dan Hardware)
Repair Motherboard
Repair motherboard Ialah proses menukar ganti Chipset /integrated circuit yang rosak/terbakar.
(Hardware sahaja).
Hardware replacement ialah proses menukar ganti part laptop yang rosak kepada part baru
( hardware sahaja, kecuali tukar Hard disk).
Upgrade
Ialah proses menambah baik perkakasan Laptop seperti RAM, SSD dan Processor untuk menambah kelajuan laptop.
(Hardware)
(software dan OS jika menukar Hard disk kepada SSD)
Semoga maklumat ni memberi manfaat kepada anda.
Sebarkan dan servis laptop sekarang.
Imbuhan best akan diberikan kepada pelanggan yang introduce laptop rakannya kepada kami.