04/05/2026
Pagi Isnin, seorang pelajar kolej di Tanjung Malim, Aiman, bangun dengan satu misi: siapkan assignment last minute sebelum pukul 12. Laptop kesayangan dia dah jadi “nyawa kedua”. Semua ada dalam tu, nota, slide, draft assignment… pendek kata, kalau laptop tu ‘down’, hidup dia pun terus kelam.
Dia buka laptop. Tekan butang power.
…senyap.
Tekan lagi.
Masih sama.
“Jangan buat hal pagi-pagi ni…” bisik Aiman, mula gelabah.
Akhirnya laptop hidup, tapi skrin berkelip-kelip. Ada garis. Keyboard p**a ada beberapa huruf tak berfungsi. Bateri? Dah lama kong. Kena cucuk charger 24 jam.
Masa tu baru dia sedar satu benda, selama ni dia guna laptop tanpa pernah fikir nak servis. Macam motor, kita tahu kena tukar minyak hitam. Tapi laptop? Kita pakai sampai nazak baru nak panik.
Aiman cuba juga siapkan kerja. Tapi makin lama makin teruk. Laptop hang, restart sendiri. Assignment yang dah siap separuh… hilang.
Hari tu memang jadi pengajaran mahal.
Petang tu, kawan dia cadangkan satu tempat servis laptop area Muallim. Tak fikir panjang, Aiman terus pergi. Dari luar nampak biasa je, tapi bila masuk, terus rasa lega. Technician check satu-satu—rupa-rupanya banyak benda dah “nazak”:
Screen dah nak rosak
Keyboard ada key mati
Bateri dah kembung
Sistem operasi pun dah berat sangat
Yang paling penting, dia ingat motherboard pun dah kena.
Nasib baik masih boleh diselamatkan.
Beberapa hari lepas tu, Aiman ambil balik laptop dia. Bila on… rasa macam pakai laptop baru. Laju, smooth, tak ada lagi masalah pelik-pelik. Assignment? Siap. Hantar pun on time.
Sejak hari tu, Aiman ubah cara fikir.
Laptop bukan sekadar barang, ia alat kerja, alat belajar, kadang-kadang sumber rezeki. Kalau tunggu rosak baru nak repair, biasanya dah terlambat.
Kadang-kadang, yang kita perlukan bukan laptop baru.
Cukup dengan servis yang betul.