NADI Kg Lawang

NADI Kg Lawang Memberi kemudahan capaian Internet kepada komuniti tempatan. Menyediakan perkhidmatan printing, phot

Waktu operasi 9am - 6pm
Waktu rehat 1pm - 2pm (Sabtu- Khamis)/ 12.30pm- 2.30pm(Friday only)

Dibuka setiap hari kecuali cuti umum

📢 Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube! Bagi mem...
08/08/2026

📢 Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!



Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Group.



Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.



📅 Sabtu, 8 Ogos 2026

🕒 3.00 Petang

📍 YouTube Live MyCreative Group () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.
💬 Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.
Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!




07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





29/07/2026
27/06/2026

"Generasi Muda - Aku Kasih Malaysia"

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KG LAWANG SEMPENA CUTI UMUM SAMBUTAN HARI WESAK DAN HARI KEPUTERAAN YDP AGONG
30/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI NADI KG LAWANG SEMPENA CUTI UMUM SAMBUTAN HARI WESAK DAN HARI KEPUTERAAN YDP AGONG

WEBINAR: 2D ANIMATION II telah diadakan di NADI Kg. Lawang. Webinar 2D Animation II merupakan sesi lanjutan yang memberi...
24/05/2026

WEBINAR: 2D ANIMATION II telah diadakan di NADI Kg. Lawang.

Webinar 2D Animation II merupakan sesi lanjutan yang memberi pendedahan kepada peserta tentang teknik penghasilan animasi dua dimensi secara lebih kreatif dan terperinci. Peserta didedahkan dengan penggunaan perisian animasi, teknik pergerakan karakter, penyuntingan visual serta cara menghasilkan animasi yang menarik dan berkualiti untuk kegunaan media digital dan pembelajaran.

11/05/2026

MyKad 2026 bakal diperkenalkan dengan 53 ciri keselamatan baharu bagi memperkukuh sistem identiti nasional dan menangani pemalsuan identiti. 🛡️🇲🇾

Pelaksanaan ini turut membantu mengawal jenayah rentas sempadan, mengurangkan salah guna teknologi digital serta meningkatkan keyakinan terhadap sistem identiti negara.




Penutupan sementara operasi NADI KG LAWANG pada: Tarikh: 19 Mac 2026 - 23 Mac 2026 Hari: Khamis - IsninSempena sambutan ...
18/03/2026

Penutupan sementara operasi NADI KG LAWANG pada:

Tarikh: 19 Mac 2026 - 23 Mac 2026
Hari: Khamis - Isnin

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.

Dan akan beroperasi kembali pada:

Tarikh: 24 Mac 2026
Hari: Selasa

Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARI NADI KG LAWANG.

14/03/2026

BAZAR RAYA NADI KG LAWANG


Usahawan sekitar Kampung Lawang dijemput menyertai Bazar Raya NADI secara PERCUMA. Rebut peluang berniaga dan mempromosi...
06/03/2026

Usahawan sekitar Kampung Lawang dijemput menyertai Bazar Raya NADI secara PERCUMA. Rebut peluang berniaga dan mempromosikan produk anda!

https://www.wasap.my/601135389325

Address

Lot 4053 Kampung Lawang Batu Gajah
Tanah Merah
17510

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+601135389325

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Lawang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kg Lawang:

Shortcuts

Share