28/10/2021
Perkara Yang Perlu Dibuat Untuk Menjadi Gamer Profesional
1) Tentukan Game Yang Anda Inginkan
Terdapat banyak game yang ada dipasaran sekarang, tinggal anda memilih game yang anda minat. Untuk menjadi gamer yang professional anda disarankan supaya memilih game online. Kenapa game online? kerana game online ini mempunyai tarikan luar biasa yang mampu menarik perhatian orang ramai supaya memerhati gameplay anda.
Game online juga mempunyai banyak pemain tidak kira permainan PC atau smartphone. Bayangkan jika terdapat jutaan pemain ada ada dalam permaianan yang kamu main dan kamu berjaya mendapat tempat sebagai top player dalam game tersebut pasti akan menarik perhatian pemain yang lain untuk melihat cara pemain anda.
2) Masuk Dalam Komuniti Gamer
Anda juga disarankan untuk mengikuti komuniti gamer yang lain. Melalui komuniti gamer anda boleh berkongsi pengalaman dan mendapat inspirasi dari gamer yang lain. Selain itu, banyak informasi berkaitan dengan game yang anda boleh dapati hasil daripada perkongsian gamer yang lain.
Melalui komuniti gamer juga, membolehkan anda mendapat rakan gamer yang lain untuk mengajak bermain game bersama. Ini dapat meningkatkan lagi skill permainan anda sehingga anda sudah mahir. JAdi tidak salah jika anda masuk ke komuniti gamer ini.
cara menjadi gamer profesional
3) Rajin Berlatih Game Yang Anda Main
Ada pepatah inggeris mengatakan "Practice Make Perfect" betul lah tu. Rajin berlatih ialah salah satu kunci untuk kejayaan. Berlatihlah dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa persiapkan diri dengan motivasi yang tinggi.
Untuk menjadi seorang gamer yang profesional berlatih adalah usaha yang mereka lakukan secara berterusan. Tiada gamer profesional yang tidak melakukan latihan! Fahami dan kenalpasti kelemahan anda.
Berusaha untuk mengatasi kelemahan yang ada dengan membuat latihan secara berterusan sehingga anda berjaya mengatasi kelemahan tersebut. Rajin berlatih adalah cara seseorang untuk menjadi gamer yang profesional.
4) Sediakan Peralatan Secukupnya
Jika anda merupakan gamer PC, sudah tentu yang patut anda sediakan ialah sebuah PC yang mampu menampung keperluan-keperluan game yang anda hendak main seperti grafik kad, processor dan lain-lain. Dengan mempunyai PC yang berkuasa, secara tidak langsung akan meningkatkan lagi mutu permainan anda.
Sebaliknya jika anda merupakan gamer di smartphone anda disarankan supaya membeli smartphone gaming. Terdapat banyak jenis smartphone gaming yang sesuai dengan kehendak dan bajet yang anda boleh pilih dipasaran. Contohnya, Xiaomi BlackShark, Razer Phone dan yang terbaru ASUS ROG.
Jangan kedekut untuk membeli peralatan gaming anda jika anda menginginkan menjadi gamer profesional
Baca Juga : 5 Tips Dalam Memilih Smartphone Gaming
5) Ikuti Pertandingan E-Sport
Jangan takut untuk mengikuti pertandingan E-Sport! Biasakan diri anda mengikuti pertandingan E-Sport, kerana pengalaman bukan datang dengan sendirinya tetapi andalah yang patut mencari pengalaman tersebut.
Mempunyai pengalaman yang banyak dalam pertandingan mampu menjadikan anda seorang gamer yang professional. Pengalaman banyak mengajar kita untuk maju lebih kedepan dengan memperbaiki kelemahan yang ada dan mempelajari ilmu yang baru.
Biar ianya merupakan pertandingan kecil, lama-lama kamu juga akan menempatkan diri dalampertandingan yang lebih besar