NADI Desa Permai Repah

NADI Desa Permai Repah WAKTU OPERASI :
Isnin-Ahad : 9AM - 6PM
REHAT; Isnin-Ahad: 1PM-2PM Jumaat: 12:30 Tghari-2.30PM Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;

1.

Menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.

2. Masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.

3. Meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.

4. Membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing. Fokus NADI tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta.

20/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod β€œLargest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
πŸ† 60,379 PESERTA
πŸ“ 1,099 NADI
πŸ‡²πŸ‡Ύ Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

20/09/2026

Perlindungan bil elektrik kini diperluas daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan bagi penggunaan dari September hingga 31 Disember 2026.

Langkah ini melibatkan pengecualian Pelarasan Kos Bahan Api Automatik (AFA), Caj Peruncitan dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kWj sebulan.

Inisiatif ini diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sebagai langkah segera bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat susulan peningkatan penggunaan elektrik dalam keadaan cuaca lebih panas dan jerebu.

Semoga peluasan perlindungan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada lebih banyak isi rumah. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merdeka bukan sekadar sebuah laungan. Ia adalah semangat yang menyatukan kita.Dalam kepelbagaian, kita terus melangkah b...
02/09/2026

Merdeka bukan sekadar sebuah laungan. Ia adalah semangat yang menyatukan kita.
Dalam kepelbagaian, kita terus melangkah bersama, membina masa depan Malaysia dengan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada negara.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 daripada seluruh warga NADI. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Senam Sihat Madani Merdeka 2026 Berlangsung di NADI DESA PERMAI REPAH , TAMPIN, NEGERI SEMBILAN βœ…Lebih daripada bersenam...
01/09/2026

Senam Sihat Madani Merdeka 2026 Berlangsung di NADI DESA PERMAI REPAH , TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
βœ…

Lebih daripada bersenam, program ini menyatukan komuniti melalui gaya hidup sihat, kebersamaan dan semangat perpaduan.

Terima Kasih kepada Komuniti yang bergerak bersama Kami! ❀️



πŸ“’ MAKLUMAN TEMU DUGA MYFUTUREJOBS ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI SEMBILANMajikan terlibat:1) AUREUMAEX PRECISION PLASTIC...
17/08/2026

πŸ“’ MAKLUMAN TEMU DUGA MYFUTUREJOBS ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI SEMBILAN

Majikan terlibat:
1) AUREUMAEX PRECISION PLASTICS (M) SDN BHD

Butiran temu duga adalah seperti dibawah. Sekiranya berminat calon dikehendaki untuk membuat permohonan terlebih dahulu pada pautan yang disediakan πŸ‘‡πŸ»

πŸ“ŒTarikh Temu Duga : 20 OGOS 2026 (KHAMIS)
πŸ“ŒMasa Temu Duga : 9.00 Pagi – 1.00 Petang
πŸ“ŒLokasi Temu Duga : NADI DESA PERMAI REPAH, TAMPIN

Kongsikan iklan jawatan ini pada rakan, saudara, keluarga dan kita sama sama bantu mereka yang sedang mencari kerja. Akhir kata, Selamat maju jaya kepada semua pencari kerja.





Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dal...
12/08/2026

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dalam memperkasa komuniti serta inisiatif Program Pakaian Sekolah NADI.
12 Ogos 2026 (Rabu)
9.00 pagi – 10.00 pagi
Siaran langsung di TV AlHijrah
Jangan lepaskan perkongsian menarik ini. Selamat menonton!

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!Bagi memb...
08/08/2026

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Group.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

πŸ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
πŸ•’ 3.00 Petang
πŸ“ YouTube Live MyCreative Group () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

πŸ’¬ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



NOTIS PENUTUPAN SEMENTARASEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : 0196808521 (PETUGAS)
02/08/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI : 0196808521 (PETUGAS)

πŸ“’ MAKLUMAN TEMU DUGA MYFUTUREJOBS ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI SEMBILANMajikan terlibat:1) AUREUMAEX PRECISION PLASTIC...
14/07/2026

πŸ“’ MAKLUMAN TEMU DUGA MYFUTUREJOBS ANJURAN PEJABAT PERKESO NEGERI SEMBILAN

Majikan terlibat:
1) AUREUMAEX PRECISION PLASTICS (M) SDN BHD
2) AUREUMAEX MEDISAFE SDN BHD

Butiran temu duga adalah seperti dibawah. Sekiranya berminat calon dikehendaki untuk membuat permohonan terlebih dahulu pada pautan yang disediakan πŸ‘‡πŸ»

πŸ“ŒTarikh Temu Duga : 16 JULAI 2026 (KHAMIS)
πŸ“ŒMasa Temu Duga : 9.00 Pagi – 1.00 Petang
πŸ“ŒLokasi Temu Duga : NADI DESA PERMAI REPAH, TAMPIN
πŸ“ŒLink permohonan : https://tinyurl.com/AUREUMAEX16JUL

Kongsikan iklan jawatan ini pada rakan, saudara, keluarga dan kita sama sama bantu mereka yang sedang mencari kerja. Akhir kata, Selamat maju jaya kepada semua pencari kerja.





πŸŽ‰ PENGAMBILAN BAHARU PROGRAM MAHIR INTAKE 4 KINI DIBUKA! πŸŽ‰Hai semua! πŸ“’Program MAHIR di NADI kini kembali untuk Intake 4!...
02/07/2026

πŸŽ‰ PENGAMBILAN BAHARU PROGRAM MAHIR INTAKE 4 KINI DIBUKA! πŸŽ‰

Hai semua! πŸ“’

Program MAHIR di NADI kini kembali untuk Intake 4! Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari kemahiran secara PERCUMA bersama tenaga pengajar yang berpengalaman dan bertauliah.

πŸ“… Pendaftaran dibuka: 1 Julai 2026
πŸ“š Tarikh mula kelas: 13 Julai 2026
⏳ Tempoh program: 6 bulan (Julai sehingga Disember 2026)

✨ Apa yang menarik?
βœ… Kelas PERCUMA
βœ… Peralatan pembelajaran disediakan di NADI
βœ… SIJIL disediakan
βœ… Pembelajaran secara praktikal dan mudah difahami
βœ… Peluang menambah kemahiran dan meningkatkan potensi diri

πŸ’‘ Jangan tunggu lagi! Rebut peluang untuk belajar, meningkatkan kemahiran dan membina masa depan yang lebih baik bersama Program MAHIR.

πŸ“ Daftar sekarang di NADI berhampiran anda!

Address

Taman Desa Permai Repah
Tampin Village
73000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Desa Permai Repah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share