07/01/2026
Semua kementerian perlu guna AI, jawab surat rasmi - PM Anwar
----------------------
Pada tahun 2025, saya telah menjalankan hampir 100 sesi latihan untuk kakitangan kerajaan bagi menggunakan AI untuk urusan kerja. Kerja-kerja ini melibatkan kerja pejabat dll. Beratus-ratus orang kakitangan kerajaan telah saya ajar.
Saya ajar cara menggunakan SERVIS AI dari OpenAI, Gemini, Anthropic, Microsoft dan bermacam-macam lagi. Dari nak gunakan AI untuk hasilkan surat rasmi, buat tender document, buat lagu, buat video, buat gambar, tulis bermacam dokumen, analisis keputusan agensi, hinggalah mengoptimumkan aplikasi semasa atau menghasilkan APLIKASI PENUH.
Sebelum 2025, saya hanyalah seorang individu yang meminati teknologi dan s**a untuk test macam-macam, termasuklah machine learning, AI dll. Tapi waktu itu SERVIS AI masih belum lagi popular seperti sekarang.
Disebabkan saya nak lebih memahami tentang bagaimana TEKNOLOGI AI itu berfungsi, saya secara khusus mengkaji bagaimana DATA digunakan dalam keseluruhan pembangunan MODEL AI....daripada pre-training model dari awal (dari kosong), kepada fine-tuning termasuk parameter-efficient adaptation, sampailah kepada proses reinforcement learning dan bermacam lagi......
Bermula daripada situ, saya boleh nampak, adalah agak BAHAYA untuk pihak kerajaan menggunaan SERVIS AI OLEH PIHAK LUAR untuk urusan kerajaan.
Tolong fahamkan dengan teliti. Saya bukan kata TEKNOLOGI AI itu bahaya, tapi saya kata menggunakan SERVIS AI oleh pihak ketiga itu adalah bahaya apabila ia melibatkan urusan kerajaan.
Cuba bayangkan, OpenAI, Google, Microsoft dan Anthropic boleh dapat bermacam maklumat dari pihak kerajaan apabila kita menggunakan servis tersebut, antaranya:
1. Pelbagai maklumat kerajaan, sama ada sulit atau tidak.
2. Apa yang berlaku di dalam setiap agensi kerajaan.
3. Bagaimana aplikasi dan sistem kerajaan berfungsi.
4. Keputusan-keputusan serta corak/patern dan trend βtingkah lakuβ dalam agensi kerajaan Malaysia.
dan BERMACAM LAGI.
Apabila anda memberikan input kepada ChatGPT, Gemini, CoPilot, Claude, DeepSeek dan sebagainya input anda akan diproses oleh syarikat tersebut. Pada kebanyakkan masa, mereka boleh melihat malumat, dokumen dan apa sahaja yang anda kongsikan kepada SERVIS AI mereka. Isu log dan sebagainya itu adalah isu yang benar.
Walaupun anda dengar bermacam kenyataan tentang SECURITY dan PRIVACY oleh syarikat-syarikat ini, perlu anda fahami bahawa IN-THE-END mereka akan menurut perintah KETUA negara dan undang-undang negara mereka. Tak kesahlah sama ada US ataupun CHINA. Tengok kes OpenAI dan mahkamah US.
Jadi, kepada PAKAR-PAKAR teknologi AI di Malaysia, saya dengan rendah hati mohon jasa baik anda semua untuk bangkitkan isu ini sebelum ia terlambat.
Saya bukan nak menolak kemajuan teknologi, ini adalah soal melindungi kepentingan negara.