20/11/2016
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=963550817096110&id=100003236029340
Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone (pengguna android)
Antara masalah utama yang dihadapi oleh pengguna smartphone ialah tahap ketahanan bateri, makin canggih spesifikasi sesebuah smartphone, makin banyak resource yang diperlukan. Sejujurnya, berapa lama tempoh masa bateri smartphone anda mampu bertahan sebelum recharge? Berapa ramai antara rakan – rakan pembaca yang membawa charging cable ke pejabat?
Kalau dah sampai tahap tak boleh berenggang dengan charging cable, itu antara satu tanda bahawa smartphone anda mengalami masalah bateri yang serius. Untuk pengguna Android smartphone, di bawah ini saya kongsikan Tips Dan Cara Jimatkan Bateri Android menggunakan default sistem yang tersedia ada di peranti anda yang hanya memerlukan sedikit sentuhan.
Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone
Sebelum mengaplikasikan tips yang bakal saya kongsikan, ada baiknya anda membaca post saya yang terdahulu tentang kaedah mengenalpasti Punca dan Cara Mengatasi Bateri Android Cepat Habis.
Tips dan Cara Jimatkan Bateri Android Smartphone
1. Wi-Fi, Bluetooth & GPS
Penggunaan Wi-Fi, Bluetooth dan GPS antara fungsi yang paling banyak menggunakan bateri resource. Pastikan anda hanya menghidupkan fungsi ini bila diperlukan sahaja.
2. Charging cable
Ramai yang menganggap penggunaan charging cable boleh diguna sesuka hati, asal bateri dapat charge kira OK. Perlu diingatkan bahawa setiap charging cable yang dibekalkan mempunyai spesifikasi yang berlainan terutamanya kadar arus aliran elektrik dan pin.
Jadikan kebiasaan untuk menggunakan charging cable yang dikeluarkan khusus untuk sesebuah smartphone untuk mengelakkan kesan buruk dalam jangka panjang.
Selain dapat menjimatkan penggunaan bateri, kesedaran ini juga penting untuk melindungi gadget hasil dari pelaburan anda.
3. Aktifkan fungsi Power Saving
Fungsi ini boleh diakses menerusi Notification Bar atau (Setting -> Power Saving). Anda boleh tentukan mode yang diinginkan atau biarkan secara default.
Power Saving Mode
4. Hadkan Background Process
Secara default Limit Background Process ini disetkan kepada Standard limit. Anda boleh setkannya ke No background processes. ( Setting -> Developer options -> Apps ).
Limit Background Processes
NOTA : Setting ini boleh menyebabkan smartphone anda kurang responsive.
5. Window, Transition Animation & Animator Duration Scale
Setkan Windows Animation, Transition scale dan Animator Duration OFF atau setkan ke scale yang lebih rendah. (Setting -> Developer options -> Drawing).
Window Animation
NOTA : Touchwiz akan lebih responsive dan kadar discharging bateri lebih perlahan.
6. Data Usage
Untuk yang menggunakan data package dari telco, anda boleh setkan Mobile data OFF. Hanya turn ON bila diperlukan sahaja. ( Setting ->Data usage)
NOTA : Secara default, Data usage tidak menggunakan banyak bateri resource kecuali jika anda berada di luar kawasan liputan.
7. Sync
Setkan fungsi Sync OFF, sekiranya anda menggunakan pelbagai jenis akaun email (GMail, Dropbox, Samsung Account dan sebagainya) atau anda boleh hadkan jenis Sync yang diperlukan sahaja.
Setting ini perlu ditetapkan satu persatu. Selain dapat mengurangkan penggunaan bateri, dapat menjimatkan penggunaan data package anda. ( Setting -> Accounts & Sync).
8. Disable Bloatware
Stock firmware yang dikeluarkan oleh Samsung didatangkan sekali dengan beberapa bloatware, antaranya ialah Flipboard, Yahoo Finance dan Yahoo News (Galaxy S3).
Setiap satu aplikasi ini akan beroperasi secara background dan menggunakan bateri resource dan data. Untuk disable, (Setting -> Applications Manager -> All -> klik setiap satu aplikasi bloatware -> Disable).
Bloatware
NOTA : Bloatware merupakan aplikasi default yang didatangkan dalam fail sistem oleh pengeluar dan kebiasaannya langsung tidak digunakan. Dalam kebanyakan custom ROM, bloatware ini telah dikeluarkan oleh developer.
9. Screen Brightness dan Timeout
Setkan Screen Brightness ke Automatic dan Screen Timeout yang lebih rendah (mengikut keselesaan mata anda). ( Setting -> Display -> Screen ).
Screen Brightness and Timeout
10. Sound dan Vibration
Untuk setting Sound dan Vibration, disablekan semua sekali Keynotes, Touch Sounds, Screen lock sounds, Haptic feedback dan Auto haptic. ( Setting -> Sound -> System ).
Rasanya cukuplah 10. Selain dari yang saya senaraikan di atas, masih terdapat beberapa lagi cara jimatkan bateri Android smartphone antaranya ialah dengan tidak menggunakan Live Wallpaper dan dapatkan bateri spare.
Sekiranya anda masih menghadapi masalah kehabisan bateri yang serius, tiba masanya untuk anda melakukan edisi siasat.. rujuk post Kenal pasti Punca Dan Cara Atasi Bateri Android Cepat Habis.
Sekiranya anda mempunyai tips atau cara jimatkan bateri Android, jangan segan – segan untuk kongsikan pengalaman anda menerusi ruangan komen di bawah. Diharapkan dengan perkongsian ini nanti dapat dimanfaatkan oleh semua pengguna Android smartphone di luar sana.