31/05/2026
DAULAT TUANKU
Seluruh warga SAE Malaysia Sdn. Bhd. merafak sembah dan menjunjung kasih serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026.
Semoga KDYMM Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta keberkatan dalam memayungi negara dan memimpin rakyat Malaysia ke arah kemajuan, perpaduan dan kemakmuran yang berterusan.
Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.
Ikhlas daripada,
SAE Malaysia Sdn. Bhd.