Farith Izwan Ref'at

Farith Izwan Ref'at 🧑‍🎓 Bachelor in Arabic Language with Multimedia -UIS-
🏅 Authorised Dealer Public Gold -PG01103100-
🧑‍💻 Web Designer | Video Editor | Graphic Designer
(1)

🧑‍🎓 Bachelor in Arabic Language with Multimedia -UIS-
🏅 Authorised Dealer Public Gold -PG01103100-
🧑‍💻 Web Designer | Video Editor | Graphic Designer

"Sometimes People With The Worst Past, Create The Best Future"

[SYAWAL 1447H : TENTANG MEREKA YANG BERSAMA]Alhamdulillah, Alhamdulillah, AlhamdulillahRezeki raya tahun ini tak sama mc...
21/03/2026

[SYAWAL 1447H : TENTANG MEREKA YANG BERSAMA]
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Rezeki raya tahun ini tak sama mcm tahun sebelum ini 🥹
Semakin diri ini dewasa, semakin diri ini faham
Raya bukan lagi tentang raya di mana, tapi tentang raya bersama siapa ✨
Alhamdulillah, tahun ini rezeki Allah SWT bagi kewangan lebih stable & boleh share duit raya dgn family 😭
Tak b*k tapi boleh lah buat diri ini terasa lebih dekat dgn mereka 💚
Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir & Batin
تقبل الله منا ومنكم 🤲
(p/s: insyaallah tahun depan raya masih lagi single 🤏)


[LAKE TOBA - TENTANG HASIL SELEPAS USAHA]Alhamdulillah, pada 29 Jan 2026 yg lepas, dipilih oleh Nuh Travel & Tours utk m...
21/02/2026

[LAKE TOBA - TENTANG HASIL SELEPAS USAHA]
Alhamdulillah, pada 29 Jan 2026 yg lepas, dipilih oleh Nuh Travel & Tours utk menyertai Company Trip ke Medan, Indonesia
Salah satu rezeki selepas setahun berkhidmat bakti dlm industry travel
Tapi bila lihat semula rezeki ini, ada perkara lain yg sebenarnya jauh lebih besar sbg manfaat diri
Jika kita lihat pada objektif Company Trip ini dilaksanakan adalah sbg INSENTIF hasil sumbang bakti utk syarikat tersebut
Sebenarnya usaha selama kita ini bukan lah tidak dipandang, tetapi belum sampai masanya utk dihargai
Kadang kadang kita selalu fikir tentang hasil tanpa fokus pada usaha
Alhamdulillah, semoga INSENTIF ini menjadi salah satu lonjatan utk lebih pada masa akan datang
Terima Kasih tidak terhingga buat Nuh Travel & Tours atas rezeki ini
Semoga terus maju jaya utk tahun tahun ke hadapan
(p/s: sorry ya baru update sbb sky kan is no limit 😄)


[JANUARI 2026 - PERMULAAN TANPA PERSEDIAAN]Pernah satu hari, diri ini bercerita pada rakan sekerja, entah kenapa tahun i...
01/02/2026

[JANUARI 2026 - PERMULAAN TANPA PERSEDIAAN]
Pernah satu hari, diri ini bercerita pada rakan sekerja, entah kenapa tahun ini bermula tanpa persediaan seolah-olah spt "tiba-tiba masuk tahun baru"
Maka diri ini mula berfikir, "adakah setiap kali masuk tahun baru kita perlukan persediaan?"
Tapi perancangan & takdir Allah SWT itu sgt cantik & sgt perfect, Alhamdulillah
Permulaan yg tidak sepenat tahun-tahun yg sebelumnya & dpt spend masa lebih b*k dgn diri sendiri
Jika permulaan tahun 2026 bermula dgn cerita spt ini, mungkin tahun ini bukan lagi tentang diri sendiri, tapi tentang mereka yg bersama diri ini
Wahai diri, teruskan perjuangan 2026 demi mereka yg sentiasa bersama dlm perjuangan ini


[KISAH 2025 - TO BE CONTINUED]Jika ingin diceritakan kisah 2025 dengan simple & padat, cukup lah dengan "Burn Out"Dari a...
01/01/2026

[KISAH 2025 - TO BE CONTINUED]
Jika ingin diceritakan kisah 2025 dengan simple & padat, cukup lah dengan "Burn Out"
Dari awal tahun hingga lah hujung tahun, diri ini masih tercari-cari apa sebenarnya highlight utama dalam kisah 2025
Adakah "PENAT" highlight utama utk kisah 2025?
Namun, ia bukanlah satu titik yg menamatkan segalanya & apa yg telah diperjuangkan
Ketahuilah, semua ini hanyalah asbab rezeki Allah SWT yg tak pernah berhenti
Kadang kita terlalu berharap dengan apa yg kita minta sehinggakan rezeki lain yg datang pun kita lupa bersyukur
Apa pun, terima kasih 2025 utk kisah yg penuh bermakna ini
Dan ianya tidak berhenti di sini kerana kisah 2026 akan terjawab apa sepenarnya highlight utama dalam kisah 2025, Insyaallah
Tak lupa juga semua yg terlibat sepanjang kisah 2025 kerana ini juga salah satu dari rezeki yg tak pernah berhenti
Last but not least, semoga tahun ini diberikan kekuatan utk diri ini teruskan perjuangan sehinggalah muka surat yg terakhir


[PENUTUP 2025: JELAJAH KE PULAU CEBU]Alhamdulillah, genap 3 minggu pulang ke Tanah Air selepas jelajah ke Cebu, Philippi...
27/12/2025

[PENUTUP 2025: JELAJAH KE PULAU CEBU]
Alhamdulillah, genap 3 minggu pulang ke Tanah Air selepas jelajah ke Cebu, Philippines
Bila diri ini mula jejak kaki di sana, terasa yg sebenarnya Islam itu sangatlah sempurna
Jujur kata, Islam di sana sangatlah minoriti & boleh dikatakan masyarakat di sana tak tahu kewujudan Islam
Mungkin ada yg tahu pun asbab adanya pelancong dari kalangan orang Islam yg dtg ke sana
Di sana nak cari makanan halal yg betul-betul halal sangatlah susah & mencabar jika datang sendiri tanpa guide
Masyarakat di sana menganggap "Muslim-Friendly" hanya sekadar "No Pork & No Alcohol" sedangkan "HALAL" dalam Islam lebih lagi daripada itu
Walau bagaimanapun, menjelang 2026 di mana Mactan, Cebu akan menjadi tuan rumah untuk ASEAN.
Insyaallah, katanya makanan halal mula dititik beratkan tetapi mungkin akan bermula dari hotel-hotel
Senang kata, kalau nak cari makanan halal yg betul betul halal, kena pergi hotel sbb restoran yg lain mungkin masih lagi susah
Kalau nak cerita selain daripada makanan halal pun sebenarnya banyak lagi perkara yg boleh digambarkan Islam itu sangatlah PERFECT
Apa pun, alhamdulillah ini antara pengalaman yg sangat menarik & memang buat diri ini betul betul rasa bersyukur sbb negara kita (Malaysia) negara Islam
Tapi kalau nak cerita tentang Cebu, antara highlight yg best di Cebu ialah pulau yg sangat cantik yang masih ramai lagi tak tahu
So, kalau nak healing atas air yg sgt jernih, Cebu boleh masuk dlm wishlist okaiii
Anyway, terima kasih kepada Nuh Travel & Tours atas peluang ini & terima kasih juga kepada FireFly Airlines atas tajaan penuh untuk trip kalini
Insyaallah, ada rezeki tahun depan kita explore lagi negara lain tapi mungkin jauh sikit hehe
(p/s: sorry ye guys sbb baru post & actually memang sengaja post lambat 😆)


25/10/2025

[NAK PILIH ASB, TABUNG HAJI ATAU EMAS?]

Jika kita betul betul faham fungsi setiap instrumen kewangan ini, sebenarnya kita tak perlu pilih mana yg lebih baik bahkan semua instrumen kewangan ini perlu utk kita pilih

Haaa, tgk video sampai habis, nanti boleh terus mulakan simpanan



[  : LANGKAH PERTAMA SEORANG PENUNTUT ILMU]Bila ingat balik masa mula-mula nak sambung degree dulu (tahun 2021), masa it...
21/10/2025

[ : LANGKAH PERTAMA SEORANG PENUNTUT ILMU]
Bila ingat balik masa mula-mula nak sambung degree dulu (tahun 2021), masa itu tengah viral hampir 50% pelajar lepasan SPM tak minat sambung belajar
Mungkin ketika itu, ramai di antara mereka lebih cenderung ke arah ingin menjadi seorang "INFLUENCER" di Social Media & katanya tak perlu belajar tinggi-tinggi pun boleh dapat income yg tinggi
Walaupun diri ini tidak terkesan pun dengan kecenderungan seperti ini yg mungkin semua ini datang asbab covid-19, tapi kadang mula risau jika ilmu itu bukan lagi sesuatu yg perlu dijulang tinggi oleh setiap individu yg pernah digelar seorang "PELAJAR"
Hari ini mungkin nak cari seorang graduan lepasan ijazah sarjana muda yg belajar lebih 3 tahun kerana ILMU semata-mata bukan kerana KERJAYA itu mungkin sukar
Namun, sekurang kurangnya graduan yg telah menghempas pulas dapatkan segulung ijazah hanya kerana KERJAYA sekalipun, mereka ini sebenarnya masih lagi meletakkan ilmu sebagai prioriti dlm Road Map pendidikan mereka
Ijazah Sarjana Muda bukanlah suatu penanda aras bagi setiap individu itu perlu capai sbg bukti ILMU itu penting, tetapi MINDSET kita yg meletakkan sejauh mana ILMU itu penting sebagai penyuluh kehidupan kita
Jika ada peluang utk sambung belajar ke peringkat yg lebih tinggi, just go ahead even niat kita sambung belajar semata-mata utk KERJAYA
Kita bukan nak tunjuk kpd dunia yg kita belajar tinggi, tetapi kita nak tunjuk pada diri kita yg kita sebenarnya betul betul letakkan ILMU sebagai prioriti kehidupan
Anyway, alhamdulillah genap 3 bulan selesai langkah pertama diri ini sebagai seorang penuntut ilmu
Entah kali ke berapa (termasuk posting sebelum ini), tapi still nak berterima kasih kepada semua yg mendoakan kejayaan ini
Mungkin pencapaian kali ini bukan satu pencapaian yg terbaik, tapi diri ini percaya pencapaian kali ini mustahil akan tercapai tanpa doa semua
Insyaallah, mohon doakan diri ini diberi kekuatan utk teruskan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi
(p/s: kalau ikut gambar konvo ini sampai bulan lepas & plan nak post 21 Sep 2025 tapi time itu masih lagi dekat Korea huhu)


13/10/2025

[BOLEH BUAT APA DENGAN 5 DINAR?]

Hanya dengan kita konsisten 5 dinar, pelbagai matlamat yg besar kita boleh capai

Haaa, tgk video sampai habis, nanti boleh plan nak simpan 5 dinar berapa keping



07/10/2025

[EMAS SEBAGAI BENTENG KEWANGAN]

Sebenarnya emas adalah satu-satunya aset kewangan yg mampu menjadi benteng kewangan terakhir kita

Haaa, tgk video sampai habis, pastu boleh terus mula simpan emas



03/10/2025

[HATI-HATI DENGAN CARA INI]

Tanpa kita sedar, ada tau ejen yg suruh simpan emas 100% daripada gaji & pajak emas utk perbelanjaan harian

Haaa, tgk video sampai habis, nanti boleh ambil perhatian



[SEP 2025: MUSAFIR KE BUMI SEOUL]Alhamdulillah, walaupun sudah lebih seminggu pulang ke tanah air, tapi masih lagi tak p...
30/09/2025

[SEP 2025: MUSAFIR KE BUMI SEOUL]
Alhamdulillah, walaupun sudah lebih seminggu pulang ke tanah air, tapi masih lagi tak percaya yg diri ini diizinkan utk musafir ke negara jiran
Kadang selalu terfikir, apa sebenarnya yg Dia ingin corakkan dlm kehidupan hamba-Nya ini?
Jika difikirkan semula, kehidupan ini seperti tiada hala tuju yg kadang diri sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yg diri ini nak di muka bumi ini
Tapi asbab indahnya corak kehidupan si Dia, alhamdulillah pelbagai nikmat & ujian yg dihadiahkan pada diri ini atas tujuan kembali pada-Nya
Kalau nak cerita mampu ataupun tidak diri ini musafir sejauh ini, bukan setakat TIDAK MAMPU bahkan jika di angan angan itu pasti esok akan LUPA
Hari ini, diri ini mula sedar yg peluang & cabaran bukan lagi perkara utama yg mendorong diri ini lebih kuat kerana hakikat diri ini adalah insan yg sangat lemah
Tetapi peluang & cabaran ini adalah pendorong utama diri ini lebih dekat dengan si Dia
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah
Anyway, terima kasih Nuh Travel & Tours atas peluang yg diberikan sebagai Tour Leader utk Trip ke Seoul, Korea
Insyaallah, ada rezeki & peluang kita musafir ke negara lain pulak
(p/s: stay tuned ye utk full vlog di YouTube tapi mungkin pertengahan Oktober kot 😆)


Address

Sungai Buloh New Village

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farith Izwan Ref'at posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farith Izwan Ref'at:

Share