24/11/2025
Kita selalu dengaq kebanyakkan telco sembang deraih pasai plan "Unlimited Data".
Kononnya data takkan habis sampai kiamat. Tapi bila mai hujung bulan, internet terus jadi macam siput sedut. Jadi awat jadi lagu ni? Bukan kata "unlimited" ka?
Sebenarnya, dalam dunia ni tak ada benda yang betul-betul unlimited.
Di sebalik marketing banner yang besar gedabak tu, ada satu mekanisma yang dipanggil FUP (Fair Usage Policy).
Hampa cuba bayang internet ni macam Highway PLUS masa musim perayaan.
Kalau semua orang bawak lori kontena (download fail besaq, torrent movie 4K 24 jam), jalan pun bole jem teruk.
Akibatnya, sapa yang bawak moto atau kereta Kancil (pengguna biasa yang nak bukak WhatsApp atau Waze saja) pun tersangkut sekali tak pasai-pasai.
FUP ni macam "polis trafik". Bila sistem detect ada pengguna yang dah guna lori kontena lebih dari had yang ditetapkan (contohnya lepas 50GB atau 100GB), polis trafik ni akan tahan dia, suruh bawak pelan-pelan kat lorong kecemasan. Ini supaya jalan tu clear untuk orang lain.
Tak dinafikan, rasa macam kena tipu tu ada.
Tapi realitinya, infrastruktur telco ada had kapasiti (bandwidth).
Statistik industri selalunya tunjuk, wujud segelintir kecil pengguna mungkin dalam 5% hingga 10% saja yang "sedut" network sampai ganggu kualiti servis untuk majoriti pengguna lain.
Sebab tu FUP ni penting.
Dia bukan saja-saja nak pedajal kita, tapi nak pastikan keadilan. Takkan sebab sorang nak download game 100GB, satu taman tak boleh loading page bank, kan?
Jadi, bila nampak perkataan "Unlimited" lepas ni, ingatlah konsep jalan raya tadi. Kita berkongsi satu pipe yang sama.
FUP tu wujud supaya kita semua boleh sampai ke destinasi digital masing-masing dengan selamat, walaupun kadang-kadang kena tekan brek sikit.
Bai da weii, kalau anda yang sedang mencari pelan Prepaid bajet bawah RM27 tapi boleh dapat 100GB dan Unlimited Call, boleh check link di ruangan komen ya π