Helo Connected Smile

Helo Connected Smile We're a Malaysian Telco, that's all about connecting people through Payphones

Daulat Tuanku.Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Pa...
31/05/2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda pada hari ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan keafiatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam memayungi rakyat, serta melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada Baginda dan seluruh Institusi Raja-Raja Melayu.

Sesungguhnya kepimpinan Baginda menjadi payung negara, lambang perpaduan rakyat serta tonggak kestabilan dan kemakmuran Malaysia.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Ikhlas daripada seluruh warga Helogang Sdn. Bhd. & Helodotcom. 🇲🇾✨

27/05/2026

“Sampai bila nak tunggu ‘waktu yang sesuai’ baru nak berubah?” 🥺👇
Kadang-kadang kita sibuk cari alasan tiada masa, tapi screen time media sosial sampai berjam-jam sehari. Hakikatnya, nak jadi lebih baik bukan tunggu orang tegur atau tunggu hidup kita diuji.
Ianya bermula daripada keputusan kita sendiri hari ini.
Kalau tak tahu, kita belajar dari bawah. Kalau tak mahir, kita latih hari-hari. Yang penting ada usaha, bukan alasan. Sama-sama kita muhasabah diri.
Save video ini untuk peringatan diri kita bila dah mula rasa malas semula. 📌

“Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙✨Hari penuh makna, mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sesama...
26/05/2026

“Selamat Hari Raya Aidiladha 🌙✨
Hari penuh makna, mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sesama insan.
Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkatan dan setiap pengorbanan menjadi jalan menuju kebahagiaan.” 🕌🐑

20/05/2026

“Satu pengakuan jujur sebagai seorang manusia: Kita terlalu sibuk merancang, sampai lupa yang kita cuma watak kecil dalam aturan-Nya. Kita rapuh, tapi berpura-pura kuat. Kita keliru, tapi berlagak tahu. Pada akhirnya, kita semua cuma manusia biasa yang sedang belajar menerima takdir.”

08/05/2026

“HeloPodcast Episod 2 🎙️
Dalam episod kali ini, kami sembang tentang expectation vs reality — bila apa yang kita bayangkan tak selalu sama dengan apa yang kita lalui dalam kehidupan sebenar. Dari pengalaman kerja, kehidupan harian sampai hubungan dengan orang sekeliling, semuanya ada cerita dan pengajaran tersendiri.”

Tiada kerja yang kecil, tiada usaha yang sia-sia.Hari ini kita raikan semua pejuang rezeki ❤️Selamat Hari Pekerja!
30/04/2026

Tiada kerja yang kecil, tiada usaha yang sia-sia.
Hari ini kita raikan semua pejuang rezeki ❤️
Selamat Hari Pekerja!

30/04/2026

🎙️ HELOPODCAST EPISOD 1: EXPECTATION VS REALITY

Bila masuk dunia kerja atau kejar impian, semua orang ada expectation yang tinggi — nak cepat berjaya, nak kerja best, nak hidup stabil. Tapi realitinya? Tak semua indah macam yang kita bayangkan. Dari tekanan kerja, struggle nak adapt, sampai rasa down bila benda tak jadi seperti dirancang.

Dalam episod pertama Helopodcast ni, kita sembang santai tapi deep tentang jurang antara expectation vs reality berdasarkan pengalaman sebenar. Mungkin apa yang kita lalui, ramai lagi tengah hadap benda yang sama.

Kadang-kadang bukan hidup yang salah… tapi expectation kita yang terlalu tinggi tanpa faham realiti sebenar.

🎧 Dengarkan sekarang & share dengan kawan yang tengah struggle juga.

16/04/2026

Jangan buat main… prank call 999 bukan lawak 😳
Ramai ingat benda ni sekadar “gurau”, tapi hakikatnya ia boleh menyusahkan pihak kecemasan dan lebih teruk — anda boleh dikenakan tindakan undang-undang 🚨

Bayangkan masa anda buat prank, ada orang lain yang betul-betul perlukan bantuan… nyawa boleh terjejas.
Content ini bukan nak takutkan, tapi nak bagi kesedaran.

Fikir dulu sebelum buat sesuatu — bukan semua benda sesuai dijadikan hiburan.



15/04/2026

“Dari zaman sekolah sampai sekarang, benda ni selalu kita dengar…
Tapi pernah tak kita tanya — betul ke semua tu? 🤔
Ini 3 mitos yang mungkin kau pun pernah percaya!

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨Ikhlas daripada Helogang & HelodotcomMaaf Zahir & Batin 🤍
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙✨
Ikhlas daripada Helogang & Helodotcom
Maaf Zahir & Batin 🤍

Address

48, Jalan Industri USJ 1/6, Taman Perindustrian USJ 1
Subang Jaya
47600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60196586688

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Helo Connected Smile posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share