Grup Tindakan Susulan- Isu Internet & Talian Telefon Di Simunjan

Grup Tindakan Susulan- Isu Internet & Talian Telefon Di Simunjan Discussion Group Solely for Internet & Telephone Line Issues in Simunjan.

PERKONGSIAN ILMU πŸ“ΆRamai dalam kalangan masyarakat sebenarnya masih kurang mengetahui syarikat rangkaian yang digunakan o...
25/05/2026

PERKONGSIAN ILMU πŸ“Ά

Ramai dalam kalangan masyarakat sebenarnya masih kurang mengetahui syarikat rangkaian yang digunakan oleh talian telefon mereka untuk mendapatkan akses internet dan perkhidmatan panggilan.

Di Malaysia, terdapat lima (5) syarikat utama yang menyediakan rangkaian telekomunikasi:

1️⃣ CelcomDigi
2️⃣ U Mobile
3️⃣ Maxis
4️⃣ Telekom Malaysia (TM)
5️⃣ YTL Communications (Yes)

Syarikat-syarikat ini turut menyewakan rangkaian mereka kepada telco lain yang dikenali sebagai MVNO (Mobile Virtual Network Operator).

Sebagai contoh:

πŸ“Œ Tune Talk menggunakan rangkaian CelcomDigi
πŸ“Œ redONE menggunakan rangkaian CelcomDigi
πŸ“Œ Hotlink menggunakan rangkaian Maxis
πŸ“Œ unifi Mobile menggunakan akses rangkaian TM & U Mobile (5G)

Oleh sebab itu, sekiranya anda menghubungi Khidmat Pelanggan CelcomDigi tetapi menggunakan SIM Tune Talk, pihak CelcomDigi mungkin akan memaklumkan bahawa nombor anda tiada dalam rekod mereka.

Mengapa perkara ini berlaku? πŸ€”

Hal ini kerana anda merupakan pelanggan Tune Talk walaupun menggunakan liputan rangkaian CelcomDigi. Oleh itu, segala urusan seperti:

βœ… laporan talian
βœ… masalah internet
βœ… semakan akaun
βœ… SIM rosak atau hilang

hendaklah dilakukan melalui Khidmat Pelanggan Tune Talk dan bukannya CelcomDigi.

πŸ“Œ Untuk lebih mudah difahami:β€œRangkaian” dan β€œtelco SIM kad” anda mungkin terdiri daripada syarikat yang berbeza.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat 😊


20.05.2026 (Rabu)πŸ“’ PERKONGSIAN ILMU !Mesti korang excited dan happy sangat kan bila Simunjan kini sudah menerima rangkai...
21/05/2026

20.05.2026 (Rabu)

πŸ“’ PERKONGSIAN ILMU !

Mesti korang excited dan happy sangat kan bila Simunjan kini sudah menerima rangkaian 5G yang dibawakan khas oleh U Mobile πŸš€

Terima kasih kepada pihak U Mobile Sarawak kerana telah merealisasikan impian kami sebagai pengguna rangkaian anda untuk beralih daripada rangkaian 4G ke 5G πŸ™Œ

Tapi tahukah anda sejauh mana sebenarnya liputan 5G ini boleh pergi? πŸ€”
Mari kita kongsikan sedikit info berguna melalui infografik yang telah disediakan πŸ“Š

πŸ“Ά Liputan 5G U Mobile terbahagi kepada 2 kategori utama:

🟒 1. 5G Band Rendah – 700MHz (n28)
βœ… Liputan lebih jauh
βœ… Penembusan indoor lebih baik
βœ… Sesuai untuk kawasan kampung & luar bandar

πŸ“ Anggaran jarak liputan:
➑️ 5km hingga 15km
(dari menara di kawasan kampung atau kawasan terbuka)

🟠 2. 5G Band Tinggi – 3500MHz (n78)
βœ… Kelajuan internet lebih tinggi
⚠️ Tetapi jarak liputan lebih pendek
βœ… Sesuai di pekan atau kawasan padat pengguna

πŸ“ Anggaran jarak liputan:
➑️ 1km hingga 5km

πŸ“Œ Namun begitu, kekuatan signal juga bergantung kepada:

* Kedudukan menara
* Halangan pokok/bukit
* Jenis rumah atau bangunan
* Cuaca semasa

❀️ Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada anda semua.
Mari sama-sama kita manfaatkan teknologi 5G untuk komunikasi yang lebih pantas dan stabil di kawasan Simunjan!



07/05/2026

Mohon Perhatian !
Semua pengguna UMobile Phone & UMobile Home Wifi, talian kita di Simunjan terganggu / tiada line langsung disebabkan skrg pihak teknikal UMobile sedang membuat kerja-kerja naiktaraf di Tower 2

04/05/2026

04.05.2026 (Isnin)
Line Internet & Telefon kat Simunjan totally down sbb ada cable down dekat Bukit Semupoh. Info dari MCMC. Pihak teknikal Sacofa tgh membaikpulih. Masa pulih akan diberitahu nanti.

04.02.2026 (Rabu)Salam semua ! β™₯️Untuk makluman, berikut adalah kemaskini terkini ujian kelajuan (speedtest) bagi perkhi...
04/02/2026

04.02.2026 (Rabu)

Salam semua ! β™₯️

Untuk makluman, berikut adalah kemaskini terkini ujian kelajuan (speedtest) bagi perkhidmatan mudah alih dan WiFi yang meliputi Pekan Simunjan dan kawasan komuniti sekitar, setakat jam 9.30 pagi tadi.

CELCOMDIGI MUDAH ALIH
a) Muat Turun – Sangat Baik βœ…
b) Muat Naik – Sangat Baik βœ…
c) Ping – Sangat Baik βœ…
d) Jitter – Sangat Baik βœ…

DIGI MUDAH ALIH (Dalam Bangunan)
a) Muat Turun – Lemah ❌
b) Muat Naik – Sangat Baik βœ…
c) Ping – Lemah ❌
d) Jitter – Lemah ❌

DIGI MUDAH ALIH (Luar Bangunan)
a) Muat Turun – Sangat Baik βœ…
b) Muat Naik – Lemah ❌
c) Ping – Lemah ❌
d) Jitter – Lemah ❌

U MOBILE (Telefon – Dalam Bangunan)
a) Muat Turun – Lemah ❌
b) Muat Naik – Lemah ❌
c) Ping – Sangat Baik βœ…
d) Jitter – Sangat Baik βœ…

U MOBILE HOME WiFi
a) Muat Turun – Lemah ❌
b) Muat Naik – Lemah ❌
c) Ping – Sangat Baik βœ…
d) Jitter – Sangat Baik βœ…

MY XOX MUDAH ALIH (Dalam Bangunan – Kawasan Kampung Sageng)
a) Muat Turun – Sangat Baik βœ…
b) Muat Naik – Lemah ❌
c) Ping – Lemah ❌
d) Jitter – Lemah ❌

MY XOX MUDAH ALIH (Dalam Bangunan – Kawasan Kampung Nanas)
a) Muat Turun – Sangat Baik βœ…
b) Muat Naik – Sangat Baik βœ…
c) Ping – Sangat Baik βœ…
d) Jitter – Sangat Baik βœ…

MySRBN WiFi
a) Muat Turun – Sangat Baik βœ…
b) Muat Naik – Lemah ❌
c) Ping – Sangat Baik βœ…
d) Jitter – Sangat Baik βœ…

Bagi Kampung Sual, yang berada di bawah liputan CelcomDigi, kemaskini akan dikongsikan kemudian memandangkan bacaan ujian kelajuan masih belum diterima.

02.02.2026 (Isnin)Salam Semua Org Simunjan ! πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£Berikut adalah kemas kini terkini prestasi Speedtest bagi perkhidmatan...
02/02/2026

02.02.2026 (Isnin)

Salam Semua Org Simunjan ! πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£πŸ“£

Berikut adalah kemas kini terkini prestasi Speedtest bagi perkhidmatan U Mobile, CelcomDigi, MySRBN dan Unifi di kawasan Simunjan, setakat 2 Februari 2026.

U Mobile Home WiFi
β€’ Muat Turun (Download): Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Muat Naik (Upload): Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Ping: Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Jitter: Sangat Baik / Perfect βœ…

U Mobile (Talian Telefon Mudah Alih)
β€’ Muat Turun (Download): Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Muat Naik (Upload): Lemah ❌
β€’ Ping: Sempadan / Borderline ⚠️
β€’ Jitter: Sangat Baik / Perfect βœ…

Unifi (Talian Telefon Mudah Alih)
β€’ Muat Turun (Download): Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Muat Naik (Upload): Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Ping: Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Jitter: Sangat Baik / Perfect βœ…

MySRBN WiFi
β€’ Muat Turun (Download): Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Muat Naik (Upload): Perlahan ❌
β€’ Ping: Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Jitter: Sangat Baik / Perfect βœ…

Digi (Talian Telefon Mudah Alih) - Indoor & Outdoor
β€’ Muat Turun (Download): Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Muat Naik (Upload): Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Ping: Sangat Baik / Perfect βœ…
β€’ Jitter: Sangat Baik / Perfect βœ…

Semoga panduan kemaskini ini membantu yg sedang menggunakan internet / talian telefon anda berurusan kerja, bisnes online dsbnya.

Untuk rekod bacaan kelajuan ini diambil di dalam bangunan / rumah. Jika anda mengalami kesulitan dari segi talian internet / telefon di peranti anda, sila semak dgn menggunakan aplikasi speedtest "MCMC Nexus" utk bacaan yg tepat.

Terima kasih ✌🏻

31.01.2026 (Sabtu) - Terkini ! Dua kws dipercayai cable internet putus hingga menyebabkan seluruh talian internet dan te...
31/01/2026

31.01.2026 (Sabtu) - Terkini ! Dua kws dipercayai cable internet putus hingga menyebabkan seluruh talian internet dan telco tidak berfungsi di Simunjan. Pihak teknikal tgh bertungkus lumus membaiki kerosakan cable internet tersebut. Pihak MCMC akan mengemaskini butiran setelah proses baikpulih disiapkan. Harap maklum !

Mohon Perhatian !Semua line telco di Simunjan tidak berfungsi sebaiknya sbb ada Menara milik SACOFA mengalami masalah te...
30/01/2026

Mohon Perhatian !

Semua line telco di Simunjan tidak berfungsi sebaiknya sbb ada Menara milik SACOFA mengalami masalah teknikal dari pukul 6.45petang tadi sampai sekarang. Pihak MCMC tgh membantu kita utk push pihak SACOFA pulihkan line internet dan telefon di Simunjan.

Sekian harap maklum !

29.01.2026 (Khamis) KEMASKINI SEMUA LINE TELCO TERPUTUS DI SIMUNJAN@ lebih kurang pukul 6.00 petangSemua line telco di S...
29/01/2026

29.01.2026 (Khamis)

KEMASKINI SEMUA LINE TELCO TERPUTUS DI SIMUNJAN@ lebih kurang pukul 6.00 petang

Semua line telco di Simunjan hilang dr radar lebih kurang pkl 6pm tadik. Pihak MCMC mengenalpasti ada berlaku kes pemotongan kabel fibre berlaku di Kpg Sageng arah menuju ke Gedong. Kabel fibre tersebut di slice hingga hampir putus. Menurut penjelasan dari pihak MCMC ada cubaan /niat org yg tidak bertanggungjawab mencuri kabel tersebut. Tetapi bila dia potong, dia nampak kabel tu bkn jenis logam. Ianya jenis fibre.

Pihak MCMC telah mengarahkan pihak teknikal utk membaikpulih kabel tersebut dan ketika kemaskini ini dibuat, saya percaya line internet & telefon di Simunjan telah pulih sepenuhnya secara berperingkat.

Kordinat kejadian berlaku adalah spt berikut :

Kordinat kejadian : 1.3562 110.8032

Sama-sama kita pantau kws kita. Jika kita nampak ada individu yg meragukan di tepi jalan, sila hubungi pihak polis dgn kadar segera.

24.01.2026 (Sabtu)Perkongsian Ilmu - Bagaimana utk kita faham bacaan "Kelajuan Internet & Talian Telefon" kita jika anda...
24/01/2026

24.01.2026 (Sabtu)

Perkongsian Ilmu - Bagaimana utk kita faham bacaan "Kelajuan Internet & Talian Telefon" kita jika anda menggunakan aplikasi MCMC Nexus di telefon anda. Supaya lepas ni memudahkan anda memahami bahasa-bahasa yg digunakan dalam sistem digital telekomunikasi.

Ujian Kelajuan

Masa: 24/01/2026 09:10:39
Latitud, Longitud: 1.380155, 110.769173
Lokasi: Dalam bangunan
Teknologi: Wi-Fi

Purata Muat Turun: 148.29 Mbps
Muat Turun Maksimum: 153.35 Mbps

Purata Muat Naik: 16.32 Mbps
Muat Naik Maksimum: 16.37 Mbps

Purata Ping: 84 ms
Ping Minimum: 76 ms

Gegaran (Jitter): 5 ms

------------------------------------------------------

Apakah maksud kod warna meter?

KELAJUAN MUAT TURUN (DOWNLOAD)

Merah
Meter akan memaparkan warna merah jika keputusan ujian kelajuan muat turun adalah di bawah piawaian minimum (iaitu 10 Mbps) yang ditetapkan oleh Piawaian Mandatori Kualiti Perkhidmatan Malaysia (MSQoS).

Hijau
Meter akan memaparkan warna hijau jika kelajuan muat turun adalah melebihi 10 Mbps (melebihi ambang MSQoS).

KELAJUAN MUAT NAIK (UPLOAD)

Merah
Meter akan memaparkan warna merah jika keputusan ujian kelajuan muat naik adalah di bawah 1.3 Mbps (ambang minimum MSQoS).

Hijau
Meter akan memaparkan warna hijau jika kelajuan muat naik adalah melebihi 1.3 Mbps (melebihi ambang MSQoS).

PING & JITTER

Merah
Meter akan memaparkan warna merah jika keputusan ujian ping adalah 100 ms atau lebih (ambang MSQoS).

Hijau
Meter akan memaparkan warna hijau jika keputusan ujian ping adalah kurang daripada 100 ms (ambang MSQoS).

Biru
Meter akan memaparkan warna biru bagi keputusan Jitter.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manafaat kpd anda semua dan akan membantu anda sebelum anda membuat sebarang aduan tentang line internet anda problem dsbnya kpd pihak Telco & MCMC.

Address

Kpg Sekendu Melayu Simunjan
Simunjan
94800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Grup Tindakan Susulan- Isu Internet & Talian Telefon Di Simunjan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share