Kampung serting ulu jempol

Kampung serting ulu jempol Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kampung serting ulu jempol, KAMPUNG SERTING ULU, Simpang Pertang.

05/10/2026
 # # # ACARA SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG SERTING ULU  # # #Assalamualaikum, berikut merupakan tentatif yang akan berl...
04/10/2026

# # # ACARA SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG SERTING ULU # # #

Assalamualaikum, berikut merupakan tentatif yang akan berlangsung pada 10/10/2026 ini sempena Program Sukan Negara peringkat Kampung Serting Ulu…

Disamping itu, jualan rahmah juga akan diadakan bagi memudahkan orang ramai membeli dengan harga yang berpatutan

🌙 MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT PELAJAR PEPERIKSAAN🤲📚Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yassin dan Sola...
01/10/2026

🌙 MAJLIS BACAAN YASSIN & SOLAT HAJAT PELAJAR PEPERIKSAAN🤲📚

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat khas buat anak-anak Kampung Serting Ulu yang bakal menduduki peperiksaan.

Seramai 64 orang pelajar telah diraikan dalam majlis yang penuh dengan doa, harapan dan kasih sayang daripada seluruh warga kampung. ❤️

Turut disampaikan saguhati kepada para pelajar sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, di samping membantu mereka membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan penat lelah anak-anak semua dipermudahkan. Semoga dikurniakan ketenangan hati, kesihatan yang baik, ingatan yang kuat serta kefahaman yang jelas ketika menjawab setiap soalan.

🤲 Ya Allah, permudahkanlah urusan anak-anak kami dalam menghadapi peperiksaan. Kurniakanlah mereka ilmu yang bermanfaat, hati yang tenang, fikiran yang lapang dan keputusan yang membanggakan. Semoga segala usaha mereka membuahkan kejayaan dan menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat. Aamiin Ya Rabbal Alamin.🤲🏼🤲🏼🤲🏼

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JPKK Kampung Serting Ulu, Barisan AJK Masjid Kariah Serting Ulu, serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis pada malam ini.

💚 Anak-anak kita, harapan kita.
Semoga kejayaan menjadi milik kalian semua. Selamat menduduki peperiksaan dan semoga berjaya! 📚✨







 # # # ACARA SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG  # # #🏆⚽🏐 JOM SERTAI PERTANDINGAN PENALTI SHOOT! 🔥Warga Kampung Serting Ulu,...
30/09/2026

# # # ACARA SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG # # #

🏆⚽🏐 JOM SERTAI PERTANDINGAN PENALTI SHOOT! 🔥

Warga Kampung Serting Ulu, jom meriahkan pertandingan Bola Jaring & Bola Sepak! 🎉

📅 10 Oktober 2026
📍 Padang Kampung Serting Ulu

🎲 Kumpulan akan dipilih secara cabut undi!
🏅 Pemenang: Tempat 1, 2 & 3

🤝 Anjuran JPKK Kampung Serting Ulu bersama Badan NGO Kampung Serting Ulu

📞 Untuk penyertaan & pertanyaan:
Azizan Talib: 019-613 7503
Along Wati: 016-567 3629

🔥 Jangan lepaskan peluang! Jom turun padang, sertai pertandingan dan meriahkan Kampung Serting Ulu! 💪⚽🏐

Jumpa di padang! 🥳

 # # # ACARA SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG  # # #🍳PERTANDINGAN MASAKAN BERASASKAN TELUR 🍳📅 Tarikh: 10 Oktober 2026⏰ Mas...
30/09/2026

# # # ACARA SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG # # #

🍳PERTANDINGAN MASAKAN BERASASKAN TELUR 🍳

📅 Tarikh: 10 Oktober 2026
⏰ Masa: Bawa hidangan pukul 10.00 pagi (Masak di rumah)
👥 Penyertaan: TERHAD 10 ORANG SAHAJA! (Tiada Walk-in & Warga Kampung Serting Ulu)

📍 Anjuran NADI & JPKK Kp. Serting Ulu

📲 Daftar Sekarang / Hubungi PIC:
* Azizan: 019-6137503
* Along Wati: 016-5673629

 # # # ACARA SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG  # # #📢 HEBAHAN SUKANEKA! 📢Assalamualaikum wbt, sempena Sukan Negara yang ak...
30/09/2026

# # # ACARA SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG # # #

📢 HEBAHAN SUKANEKA! 📢

Assalamualaikum wbt, sempena Sukan Negara yang akan tiba pada Bulan Oktober ini, JPKK dengan kerjasama NADI dan pelbagai agensi di Kampung Serting Ulu akan menganjurkan pelbagai program yang menarik. Antaranya ialah sukaneka. Jom hantar penyertaan.

⚠️ PENYERTAAN ADALAH TERHAD! Siapa cepat, dia dapat!

🏆 SENARAI ACARA & KATEGORI

👶 Kanak-Kanak (7–12 Tahun)
▪️Acara: Pass Kain Pelekat & Bowling Padang
▪️Had: 5 Kumpulan (4 orang/kumpulan)

🎒 Remaja (Sekolah Menengah)
▪️Acara: Cucuk Manik & Bowling Padang
▪️Had: 5 Kumpulan (4 orang/kumpulan)

👨‍👩‍👧 Dewasa
▪️Acara: Musang Berjanggut & Pass Air Ke Belakang
▪️Had: 5 Kumpulan (6 orang/kumpulan)

⚽ Khas Lelaki
▪️Acara: Penalti Shoot Bola
▪️Penyertaan: 3 orang/kumpulan

🏀 Khas Perempuan

▪️Acara: Penalti Shoot Bola Jaring
▪️Penyertaan: 5 orang/kumpulan

🍎 Acara Terbuka
▪️Acara: Makan Epal Paling Cepat (Daftar waktu kejadian!)

📲 JOM DAFTAR SEKARANG!
Tekan nombor urusetia di bawah & tempah slot kumpulan kengkawan/keluarga korang:

👤 Azizan: 019-6137503
👤 Along Wati: 016-5673629

🖼️ Rujuk poster untuk maklumat lanjut! Tempat adalah sangat terhad. 🔥

🌾 PENYERAHAN BANTUAN BERAS SESI 2 – JPKK KAMPUNG SERTING ULU 🌾29/9/2026 | SelasaAlhamdulillah, telah berlangsung Penyera...
29/09/2026

🌾 PENYERAHAN BANTUAN BERAS SESI 2 – JPKK KAMPUNG SERTING ULU 🌾
29/9/2026 | Selasa

Alhamdulillah, telah berlangsung Penyerahan Bantuan Beras Sesi 2 kepada penduduk Kampung Serting Ulu yang terpilih.

Program ini merupakan salah satu usaha JPKK Kampung Serting Ulu dalam membantu meringankan beban serta menyokong keperluan harian penduduk kampung, khususnya mereka yang memerlukan.

Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat dan keceriaan kepada penerima sekeluarga. 🤲🏻❤️


Alhamdulillah, satu lagi tarikan baru di Kampung Serting Ulu bakal dibuka. Jom semua kita ke…🏊‍♀️💦 KOLAM RENANG BINSALIM...
28/09/2026

Alhamdulillah, satu lagi tarikan baru di Kampung Serting Ulu bakal dibuka. Jom semua kita ke…

🏊‍♀️💦 KOLAM RENANG BINSALIM DESAPARK KINI DIBUKA!

📅 2 Oktober 2026
⏰ 2:30 Petang – 7:00 Malam
📍 Kampung Serting Ulu, Negeri Sembilan

💰 Dewasa: RM10/pax
👧 Kanak-kanak 12 tahun ke bawah: RM7/pax

🌴 Ruang Santai Keluarga Dalam Suasana Desa 🌴

Luangkan masa bersama keluarga sambil berenang, bersantai dan menikmati suasana desa yang tenang di Binsalim Desapark💙

✨ Jom datang dan cipta kenangan bersama! 🥰

🏃‍♀️⛰️ SIRKIT 5 BUKIT DAERAH JEMPOL 2026 ⛰️🏃‍♂️Alhamdulillah, seramai 24 orang peserta dari Kampung Serting Ulu telah me...
26/09/2026

🏃‍♀️⛰️ SIRKIT 5 BUKIT DAERAH JEMPOL 2026 ⛰️🏃‍♂️

Alhamdulillah, seramai 24 orang peserta dari Kampung Serting Ulu telah menyertai Program Sirkit 5 Bukit Daerah Jempol 2026 siri pertama di Bukit Batu Kapal yang dianjurkan oleh Pejabat Tanah Daerah Jempol. 💪🔥

Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat. 🤝❤️

Tahniah dan syabas buat semua peserta Kampung Serting Ulu yang telah memberikan komitmen serta semangat yang luar biasa! 👏👏

Teruskan gaya hidup aktif dan sihat. Semoga penyertaan ini menjadi kenangan manis serta pembakar semangat untuk aktiviti-aktiviti komuniti yang akan datang. 🌿🏃‍♀️🏃‍♂️







🌾 PENYERAHAN BANTUAN BERAS SESI 1 – JPKK KAMPUNG SERTING ULU 🌾25/9/2026 | JumaatAlhamdulillah, semalam telah berlangsung...
26/09/2026

🌾 PENYERAHAN BANTUAN BERAS SESI 1 – JPKK KAMPUNG SERTING ULU 🌾
25/9/2026 | Jumaat

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung penyerahan kit makanan berupa beras kepada beberapa orang kampung di sekitar Serting Ulu.

Terima kasih kepada team wanita kerana telah membantu dalam mengagihkannya.



Address

KAMPUNG SERTING ULU
Simpang Pertang
72300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung serting ulu jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share