19/10/2026
Cerita harini, aku ke Klinik Pergigian, Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam
Aku pergi sebab nak cek gigi dan buat scaling (not urgent). Aku book appointment ni pada 22 Ogos, dan appointment date yg kosong hanya pada 19 October iaitu harini.
Memang susah nak dapat slot, setelah sekian slide date kat kalendar kat mysejahtera tu, memang xde kosong langsung untuk tempoh 3 bulan.
Tbh aku dah give up sebenarnya wpun dah follow tips2 yg org lain share, buka app awal pagi atau 4ptg memang xpernah nampak kosong. Penghujung Ogos, aku masuk mysejahtera kul 1pagi, eh ada pulak slot kosong 😌 so apa lagi aku terus book.
So harini aku berjaya pergi, tp tersilap tempat, instead of Klinik Kesihatan KKM, aku tersilap pergi ke Hospital Seksyen 7 Shah Alam (hmm sbb aku pun tak pasti kat mana sebenarnya Klinik Pergigian KKM ni, confused), nasib baik staff kat situ bg tau tempat yg betul, so aku pun berlari2 anak sbb dah lewat, akhirnya sampai jugak ke Klinik Kesihatan Seksyen 7 Shah Alam just opposite Hospital
Aku sampai kaunter kul 11.05, nasib baik still boleh daftar, appointment 11.30. Tp yg impressed nya, 2 org je pesakit termasuk aku, so treatment sgt cepat aku rasa 10-15 minit settled.
Dlm app selalu keluar “fully booked” aku membayangkan pesakit sgt ramai, tp realitinya tidak, xsure samada org lain decided utk cancel atau memang tak show up, hmm entahlah
Long story short, aku settled scaling, tp nanti kena cabut 3 batang gigi (wei takut 😭😭) pastu nk kena tampal 1 btg gigi, aku rasa nak booking slot tampal gigi dulu, cabut gigi tu nanti2 la. Trauma cabut gigi tahun 2022 pun belum hilang lagi 😭