Aya & Abi

Aya & Abi Komik & Animasi Dakwah

Assalamualaikum & salam sejahtera,
kami menyediakan khidmat rekaan logo, bisneskad, poster, risalah, bunting, infografik, ilustrasi, kartun dan pelbagai lagi..Hubungi kami sekarang!

16/10/2026

Khutbah rasa lama, tapi scroll TikTok 2 jam tak rasa lama? 💀📱

Kita boleh fokus tengok video random sampai lupa masa, tapi bila masuk bab dengar peringatan agama, 5 minit pun rasa lama.

Bukan semua benda dalam hidup kena entertain kita. Kadang-kadang benda yang kita tak rasa nak dengar tu lah yang kita paling perlu dengar.

Jumaat ni, cuba simpan fon. Bagi peluang untuk hati kita dengar, bukan telinga je. 🤲🏻

Semoga komik simple ni muncul sebagai peringat buat orang yang main fon masa khutbah 👀

20 Tanda ❌ Tutup Aurat (Part 4 Akhir)Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang mesti dipatuhi. Seseorang yang menolak...
14/10/2026

20 Tanda ❌ Tutup Aurat (Part 4 Akhir)

Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang mesti dipatuhi. Seseorang yang menolak kewajipan menutup aurat dengan sengaja boleh terkeluar daripada Islam kerana mengingkari syariat yang jelas, manakala mereka yang tidak melaksanakannya tetapi masih mengakui kewajipannya adalah berdosa besar dan tergolong dalam golongan fasik.

Alasan seperti “antara dia dengan Tuhan” tidak boleh dijadikan hujah kerana ketaatan mesti mengikut perintah Allah SWT. Keluarga dan masyarakat p**a perlu menasihati dengan penuh hikmah agar istiqamah dalam menutup aurat.

(IRSYAD HUKUM SIRI KE-933 - Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

08/10/2026

kena Buruk Sangka Tu Dosa?

Pernah tak kau rasa orang tengah judge kau… padahal dia tak cakap apa-apa pun?

Dia cuma pandang.

Tapi dalam kepala kita dah mula:

“Dia mesti judge aku.”

“Dia mesti fikir aku ni teruk.”

“Dia mesti rasa dia lagi baik daripada aku.”

Padahal…

kita sebenarnya tak tahu pun apa yang dia fikir.

Mungkin dia tengah fikir pasal kerja.

Pasal duit.

Pasal nak makan apa.

Pasal minyak motor cukup ke tak.

Atau paling simple…

dia memang tak fikir apa-apa pasal kita pun. 😭

Tapi kita yang dah buat satu cerita lengkap dalam kepala.

Siap letak niat orang sekali. 💀

Dan benda ni nampak kecil, tapi kita kena hati-hati dengan prasangka.

Sebab bila kita tak tahu apa yang ada dalam hati seseorang, kita tak boleh terus anggap sangkaan kita sebagai fakta.

Kalau tak tahu, jangan reka.

Kalau tak pasti, jangan hukum.

Sebab mungkin orang yang kita sangka tengah judge kita tu sebenarnya langsung tak fikir pasal kita.

Kadang-kadang kita rasa kita sedang “membaca” orang…

padahal kita cuma sedang mencipta cerita tentang orang.

Rasulullah ﷺ mengingatkan:

“Jauhilah prasangka, kerana prasangka adalah perkataan yang paling dusta.”

— Riwayat al-Bukhari & Muslim

So lepas ni kalau nampak orang pandang kau…

jangan terus buat conclusion. 😂

Dia pandang tak semestinya dia judge.

Mungkin dia cuma… pandang.

Kita tak tahu apa yang ada dalam kepala orang.

Jadi jangan hukum seseorang berdasarkan cerita yang kita sendiri cipta. 🤍

06/10/2026

Solat sorang-sorang tetap dapat pahala. 🤲

Tapi kalau ada peluang untuk solat berjemaah, kenapa nak lepaskan?

Solat berjemaah dijanjikan 27 kali ganda lebih utama berbanding solat sendirian. Bayangkan… benda yang sama kita buat, masa yang lebih kurang sama, tapi ganjarannya boleh jauh lebih besar. 🥹

Kadang-kadang kita bukan tak nak pergi surau.
Cuma…

“Alah, dekat je rumah.”
“Jap lagi lah.”
“Penat la hari ni.”
“Solat kat bilik pun boleh.”

Betul, boleh. Tapi kalau surau dah dekat, azan dah berkumandang, dan kita memang ada kemampuan untuk pergi… jomlah cuba langkah keluar sikit.

Sebab kadang-kadang pahala yang besar tu cuma perlukan kita bangun dan berjalan beberapa langkah.

Tak perlu tunggu jadi alim.
Tak perlu tunggu hati rasa 100% ikhlas.
Just go.

Jom ke surau. 🕌
Mana tahu, langkah kecil kita hari ni jadi antara langkah yang paling bernilai di akhirat nanti.

BTw Full Version kat Utube tau, jom support! ❤️

IslamItuIndah

20 Tanda ❌ Tutup Aurat (Part 3)Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang mesti dipatuhi. Seseorang yang menolak kewaj...
01/10/2026

20 Tanda ❌ Tutup Aurat (Part 3)

Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang mesti dipatuhi. Seseorang yang menolak kewajipan menutup aurat dengan sengaja boleh terkeluar daripada Islam kerana mengingkari syariat yang jelas, manakala mereka yang tidak melaksanakannya tetapi masih mengakui kewajipannya adalah berdosa besar dan tergolong dalam golongan fasik.

Alasan seperti “antara dia dengan Tuhan” tidak boleh dijadikan hujah kerana ketaatan mesti mengikut perintah Allah SWT. Keluarga dan masyarakat p**a perlu menasihati dengan penuh hikmah agar istiqamah dalam menutup aurat.

(IRSYAD HUKUM SIRI KE-933 - Pejabat Mufri Wilayah Persekutuan)

30/09/2026

Komen membina dengan kondem tu benda yang berbeza tau 😁
Komen baik buat orang improve, kondem buat rasa diri hebat & menyakiti orang lain
Hati hati jaga diri dari menyakiti hati orang

29/09/2026

IKHLAS TU MACAM APA?

Niat solat biarlah kerana Allah, kalau buat sebab lain (sebab segan orang lain solat, sebab nak menunjuk, sebab boleh, dan sebab2 lain) maka tak ada lah nilai solat tu 😭

Ikhlas dalam solat adalah rahsia ketenangan. Tiada mata melihat, tiada telinga mendengar, hanya hati yang berbisik lembut kepada Pencipta dengan rasa cinta yang tak terucap.

Renungkan.

20 Tanda ❌ Tutup Aurat (Part 2)Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang mesti dipatuhi. Seseorang yang menolak kewaj...
24/09/2026

20 Tanda ❌ Tutup Aurat (Part 2)

Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang mesti dipatuhi. Seseorang yang menolak kewajipan menutup aurat dengan sengaja boleh terkeluar daripada Islam kerana mengingkari syariat yang jelas, manakala mereka yang tidak melaksanakannya tetapi masih mengakui kewajipannya adalah berdosa besar dan tergolong dalam golongan fasik.

Alasan seperti “antara dia dengan Tuhan” tidak boleh dijadikan hujah kerana ketaatan mesti mengikut perintah Allah SWT. Keluarga dan masyarakat p**a perlu menasihati dengan penuh hikmah agar istiqamah dalam menutup aurat.

(IRSYAD HUKUM SIRI KE-933 - Pejabat Mufri Wilayah Persekutuan)

23/09/2026

Job scope: ✨ satu department ✨
Gaji: RM Minima

Rezeki memang Allah yang atur.
Tapi jangan jadikan “orang perlukan kerja” sebagai alasan untuk tak berlaku adil.

19/09/2026

Buat LIVE Tarik Pelanggan ✅
Buat LIVE Pelanggan Lari ❌

Semoga laku semua yang berniaga, mudah segala urusan & berkat pendapatannya 🤲🏻

Address

Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aya & Abi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aya & Abi:

Shortcuts

Share