22/12/2021
Sedikit perkongsian bagi alatan dan barangan elektrik selepas banjir.
1. jangan on dahulu barang-barang Elektrik seperti mesin basuh, peti ais, freezer, oven. Untuk mengelak perkara yang tak di ingini berlaku seperti renjatan Elektrik, terbakar dan meletop.
2. Cuci bersih dahulu barangan elektrik buang segala kotoran lumpur dan air banjir dan biarkan sehingga betul-betul kering, akan memakan masa seminggu jika ada air compressor atau heat gun boleh percepatkan proses pengeringan dalam masa 2 atau 3 hari bergantung keadaan cuaca.
3. Alatan elektrik seperti television, radio,cctv,soket 13amp, suis lampu,lampu, kelapa plug, distribution board(DB) dinasihatkan ditukar kepada yang baru untuk mengelakkan kegagalan fungsi alatan elektrik seperti terkena renjatan elektrik, tidak berfungsi dgn baik, merosakkan barangan elektrik dan sistem pembumian tidak berfungsi dgn baik contoh selalu trip atau terbakar.
4. Alatan elektrik seperti kipas, aircond, water heater, penapis air sejuk dan panas, auto-gate, peti ais, barangan dapur elektrik, door bell, unifi,astro, sistem keselamatan, komputer dan laptop, mungkin boleh di selamatkan dgn membersih dahulu alatan terbabit atau memanggil juru-teknik yang berkemahiran untuk nasihat dan pandangan mereka sama ada boleh di baiki atau perlu menukar yang baru.
5. Untuk kerja-kerja pemeriksaan wiring rumah anda, anda di nasihatkan untuk berhubung dengan pihak atau wireman yang berpengalaman untuk memeriksa keadaan wiring rumah anda bagi mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.
Sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan pemereksaan boleh berhubung dengan kami di talian 0123831479.
Sekian terima kasih.