NADI Tangga Plaman, Serian

NADI Tangga Plaman, Serian NADI Tangga Plaman ditubuhkan atas kerjasama pihak kerajaan dan swasta untuk merapatkan jurang digit

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam s...
27/08/2026

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

🗓️ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 NADI seluruh negara

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! 🇲🇾💪


📢 PROGRAM NADI – WEEK 2 | AUGUST 2026 🎉Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di NADI Kg Tangga Plaman! 💻✨Jom sertai pro...
14/08/2026

📢 PROGRAM NADI – WEEK 2 | AUGUST 2026 🎉

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda di NADI Kg Tangga Plaman! 💻✨

Jom sertai program dan aktiviti yang telah disediakan. Semua dialu-alukan! 😊

📍 NADI Kg Tangga Plaman
📲 WhatsApp: https://wa.me/601162674675

🤖 TINY TECHIES: Robotic Innovation – Siri 5 🌱Ingin mengenali dunia robotik dan automasi? Sertai Tiny Techies: Robotic In...
13/08/2026

🤖 TINY TECHIES: Robotic Innovation – Siri 5 🌱

Ingin mengenali dunia robotik dan automasi? Sertai Tiny Techies: Robotic Innovation – Sistem Penderia Kelembapan dan pelajari bagaimana teknologi membantu memantau kelembapan tanah secara pintar!

📅 Tarikh: 15 Ogos 2026 (Sabtu)
🕦 Masa: 11.30 pagi – 12.30 tengah hari

✨ Apa yang akan dipelajari?
✅ Mengenali penderia kelembapan tanah
✅ Memaparkan bacaan penderia pada skrin LCD
✅ Membina sistem automasi berdasarkan kelembapan tanah

💡 Program ini sesuai untuk kanak-kanak dan remaja yang ingin meneroka asas robotik, elektronik dan inovasi teknologi.

📍 Daftar sekarang di NADI KG Tangga Plaman!
📞 WhatsApp: https://wa.me/601162674675

12/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




Nak bayar bil?Jom singgah ke NADI Kampung Tangga Plaman hari ini!Mudah • Cepat • SelamatHubungi petugas di : 📲 https://w...
12/08/2026

Nak bayar bil?
Jom singgah ke NADI Kampung Tangga Plaman hari ini!
Mudah • Cepat • Selamat

Hubungi petugas di :
📲 https://wa.me/601162674675

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dal...
12/08/2026

Saksikan Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Pejabat NADI MCMC dalam program Assalamualaikum yang akan mengupas peranan NADI dalam memperkasa komuniti serta inisiatif Program Pakaian Sekolah NADI.

12 Ogos 2026 (Rabu)
9.00 pagi – 10.00 pagi
Siaran langsung di TV AlHijrah

Jangan lepaskan perkongsian menarik ini. Selamat menonton!


10/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim “Pay Later” dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan “Energy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga p**ang membawa pengalaman yang membanggakan 🇲🇾





Jadual aktiviti bulan Ogos 2026. Yang berminat, sila datang ke NADI Kpg Tangga Plaman untuk pendaftaran. Pelbagai aktivi...
01/08/2026

Jadual aktiviti bulan Ogos 2026. Yang berminat, sila datang ke NADI Kpg Tangga Plaman untuk pendaftaran. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan!

Address

Serian
94700

Telephone

+60135694621

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Tangga Plaman, Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share