REDtone Smart Farming

REDtone Smart Farming REDtone IOT connects “things” and aggregates their “data” to the Cloud, transforming busines

Pemasangan terkini Sistem Fertigasi Instant Mix SF-3000 di Hulu Langat, Selangor. Usahawan tani tersebut mengaplikasikan...
17/07/2026

Pemasangan terkini Sistem Fertigasi Instant Mix SF-3000 di Hulu Langat, Selangor. Usahawan tani tersebut mengaplikasikan sistem pertanian pintar untuk menambah baik cara operasi di ladang beliau. Aktiviti membancuh baja dan menyiram kini dijalankan secara automatik sepenuhnya.

Sistem Fertigasi SF-3000 hanya perlu penyambungan terus kepada sumber air bersih dan bancuhan baja akan dilakukan secara langsung. Cara ini lebih mudah dan menjimatkan kos infrastruktur ladang.

Hubungi kami untuk tahu lebih lanjut di https://wa.me/60380848282 atau email: [email protected]. Sila layari https://www.redtone.com/cloud-ai-iot/smart-farming

Selesai pemasangan terbaharu Sistem Pemantauan Ladang SF-100 di Triang, Pahang. Data berkaitan perubahan pokok di ladang...
09/07/2026

Selesai pemasangan terbaharu Sistem Pemantauan Ladang SF-100 di Triang, Pahang. Data berkaitan perubahan pokok di ladang mula direkodkan menggunakan sensor tanah dan persekitaran di platform REDtone IOT. Ladang durian ini mempunyai beberapa unit sistem IOT yang hanya dipantau dari jauh sahaja.

Durian merupakan antara tanaman yang memerlukan penjagaan rapi lebih-lebih lagi pada peringkat awal penanaman. Usahawan tani perlu memastikan tanah berada dalam keadaan baik dan pembajaan dilakukan pada masa yang sepatutnya. Teknologi IOT dapat membantu usahawan tani dengan memberikan data kesuburan tanah secara keseluruhan.

Hubungi kami untuk tahu lebih lanjut di https://wa.me/60380848282 atau email: [email protected]. Sila layari https://www.redtone.com/cloud-ai-iot/smart-farming

Fakulti Kecerdasan Buatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ladang Fertigas...
11/06/2026

Fakulti Kecerdasan Buatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ladang Fertigasi Melon di MAEPS untuk memahami penggunaan Sistem Pertanian Pintar SF-1100 REDtone.

Penggunaan sistem IOT SF-1100 di ladang dengan efisien merekodkan pertambahan hasil tanaman sehingga 30% dan pengurangan input (baja, tenaga kerja dan utiliti) sehingga 30%. Usahawan tani ini telah berjaya mengeluarkan hasil buah golden melon secara konsisten malah pernah merekod indeks kemanisan buah sehingga 17°Brix.

Kini, teknologi AI mula diterapkan dalam operasi ladang sebagai pemudahcara kepada usahawan tani dalam operasi ladang mereka.

Hubungi kami untuk tahu lebih lanjut di https://wa.me/60380848282 atau email: [email protected]. Sila layari https://www.redtone.com/cloud-ai-iot/smart-farming

Sebagai peneraju teknologi IOT dalam bidang pertanian, REDtone IOT telah dijemput menyampaikan Kursus Pengurusan Sistem ...
18/05/2026

Sebagai peneraju teknologi IOT dalam bidang pertanian, REDtone IOT telah dijemput menyampaikan Kursus Pengurusan Sistem Teknologi Pintar IOT di Pejabat Pertanian Daerah Kuala Selangor. Penerangan berfokus untuk memahami ekosistem IOT dan cara sistem REDtone Instant Mix SF-3000 dan REDtone Fertilizer Automixer SF-500 beroperasi.

Seramai 54 orang pegawai pertanian hadir sebagai peserta semasa kursus ini. Terima kasih kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor atas peluang berkongsi pemindahan teknologi IOT pada sesi ini.

Hubungi kami untuk tahu lebih lanjut di https://wa.me/60380848282 atau email: [email protected]. Sila layari https://www.redtone.com/cloud-ai-iot/smart-farming

REDtone IOT telah selesai melaksanakan pembangunan projek Struktur Pelindung Hujan (SPH) beserta sistem fertigasi pintar...
13/05/2026

REDtone IOT telah selesai melaksanakan pembangunan projek Struktur Pelindung Hujan (SPH) beserta sistem fertigasi pintar di Bukit Tinggi, Pahang.

Sistem Pertanian Pintar IOT mengumpulkan data sensor seperti EC dan pH secara langsung. Semua SPH lengkap dengan sistem pemantauan persekitaran dengan sensor suhu, kelembapan udara dan cahaya. Data-data dipantau dari dashboard yang boleh diakses dari telefon pintar atau web.

Hubungi kami untuk tahu lebih lanjut di https://wa.me/60380848282 atau email: [email protected]
Sila layari https://www.redtone.com/cloud-ai-iot/smart-farming

Pemasangan sistem fertigasi pintar SF-1100 di Tanjung Karang, Selangor. Usahawan tani memilih untuk menanam cili pada mu...
17/04/2026

Pemasangan sistem fertigasi pintar SF-1100 di Tanjung Karang, Selangor. Usahawan tani memilih untuk menanam cili pada musim ini. Secara anggaran, sebuah kebun dapat menambah hasil sehingga 20% dan menjimatkan input sehingga 20% selepas menggunakan teknologi fertigasi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.redtone.com/cloud-ai-iot/smart-farming

Anda bersedia memasang sistem pintar untuk ladang anda? Hubungi kami untuk tahu lebih lanjut di https://wa.me/60380848282 atau email: [email protected]

03/04/2026

Apa masalah sebenar yang petani hadapi? Modal, buruh atau operasi ladang? Usahawan tani cili dari Klang ini ada pendapat beliau tersendiri. Pengguna sistem fertigasi pintar REDtone ini mendapat manfaat ketara selepas menggunakan teknologi di ladang beliau.

Layari https://www.redtone.com/cloud-ai-iot/smart-farming untuk maklumat lanjut.

Anda bersedia memasang sistem pintar untuk ladang anda? Hubungi kami untuk tahu lebih lanjut di https://wa.me/60380848282 atau email: [email protected]

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkata...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada muslimin dan muslimat. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua. Maaf zahir dan batin.

Address

Jalan 506
Seri Kembangan
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when REDtone Smart Farming posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to REDtone Smart Farming:

Shortcuts

Share