Pemborong Bisnes di china

Pemborong Bisnes di china Gadget dan electronik

Mula berniaga dari arwah ibu sejak berusia 16 tahun secara kecil-kecilan.Kini berniaga di boot,expo,dan karnival juga mengambil order dari orang pesendirian dan organisasi, selain membawa trip memborong ke china dan fb ini juga menawarkan pelbagai barangan semasa

Meh aku nak story sikit pusat lubuk borong beg di guangzhou, ada 3-4 tempat untuk borong beg d guangzhou, tapi aku nak s...
29/06/2024

Meh aku nak story sikit pusat lubuk borong beg di guangzhou, ada 3-4 tempat untuk borong beg d guangzhou, tapi aku nak story tentang baiyoun leather centre. Sebab pada pengalaman aku sini port paling famous. Pilihan banyak dan harga pun murah.

Kawasan pun agak besar dan luas. Kiranya sehari kat sini pun belum tentu kita boleh habis ronda. Oh ya, macam biasalah kalau kat guangzhou waktu operasi pusat borong disini ialah dari 10 pagi hingga 6 petang sahaja.

Biasanya kalau naik teksi, teksi akan berhenti di depan bangunan besar. Turun jer teksi akan ramai la kaki-kaki atau runner yang akan duk offer kita, “ hello, you want copy “ …macam tue la lebih kurang dialog mereka. Korang tolak jer la baik-baik, sebab kalau ikut pun takde faedahnya.

Dulu-dulu masa aku bbnu duk teruja juga nak pi tengok, tapi lepas aku tahu yang kat dalam bangunan pun sebenarnya boleh dapat barang copy ori tue dengan harga jauh lagi murah, aku tak ikut dah runner runner tue.

Apa yang aku nak ceritakan ialah di seberang bangunan besar ni ada banyak kedai-kedai kecil boleh kata beratus-ratus buah kedai jugalah, semua kedai-kedai ni jual beg. Dari beg sandang, beg hiking, beg travel, beg tangan, dompet, wallet dan segala jenis beg, korang boleh dapatkan kat sini dengan harga borong.

Korang kena rajin berjalan dan menapak dari satu lorong ke satu lorong kat sini. Memang penat dan letih jugalah. Kat sini pun ada juga 3-4 bulding beg. Tapi aku biasanya s**a servey kat kedai-kedai kecil di sekitar lorong.

Kebanyakan kedai kat sini taklah besar mana pun, keluasan biasanya dalam 20 x 20 jer pun. Ada yang aku perhatikan kedai yang keluasan lebih kecil. Tapi walaupun kecil, ada banyak pilihan menarik kat sini. Kira diorang ni agak kreatif juga menyusun barang yang dijual sebab tue kita nampak menarik dan rambang mata.

Area ni ialah lubuk bagi peniaga beg.
Asalkan sanggup menapak jer, sanggup berjalan dari satu kedai ke satu kedai, korang akan jumpa beg yang korang cari. Cuma biasanya peniaga kat sini tak layan kalau kau nak beli 3-4 biji beg.

At least satu pattern kau kena amik dalam 20 pcs ke atas. Barulah tauke kedai tue akan layan korang lemah lembut tersenyum simpul.
Dari segi harga tue pada aku memang murah dan berbeza kalau nak dibandingkan dengan beli di pusat borong di kuala lumpur. Yer lah, tauke kat kl tunoun duk amik kat china juga.

Dan macam aku bagitau tadi keluasan kedai agak kecil, so biasanya peniaga kat sini, takde simpan ready stock. Biasanya stail peniaga kat sini diorang akan suruh kau bayar dulu duit order. Paling cepat pun korang kena tunggu 2-3 jam juga untuk mereka pergi ambil stock.
Kadangkala boleh menjangkau sampai 1-2 hari baru ada stock.

Pengalaman aku dulu, kalau nak borong aku bayar deposit jer, sampai barang depan mata baru aku bayar habis, sebab kalau dah bayar habis nanti leceh, kena game pulak dengan peniaga kat sini. Cuma, kalau kita borong dalam kuantiti yang banyak biasanya peniaga kat sini boleh terus hantar ke werehouse ataupun minta jer dia hantar kat hotel penginapan kita terus.

Macamanapun sebaiknya, cek la dulu barangan yang kita beli tue sebelum pos ke werehouse, sebab kadang-kadang kalau stok yang kita order tak cukup atau warna yang kita nak tue takde, diorang main sumbat jer bagi apa apa beg jer, asalkan order tue setel. Ha bab ni kena jaga sikit yer. Tahun lepas aku ada pi sini dengan team aku, tapi tak banyak mana pun kami borong sebab sekarang ni kami lebih fokus menjual barang gadget.

Ok, sampai sini jer dulu nanti aku sambung lagi bab pengalaman aku memborong di guangzhou.

Address

Tingkat 1, 344 Jalan Haruan 5/8 Oakland Commercial Centre Seremban
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 18:00

Telephone

+601123131158

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemborong Bisnes di china posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pemborong Bisnes di china:

Share

Category