22/12/2021
Dalam usaha kami untuk meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir, TM bertindak untuk menggantikan setiap Peralatan Premis Pelanggan (CPE) unifi yang rosak secara percuma.
Pelanggan unifi kini boleh meminta penggantian peralatan rosak tersebut dengan menerusi Live Chat di chatbot.unifi.com.my atau menghubungi kami di 100.
Disamping itu, anda juga boleh membuat semakan status terkini perkhidmatan yang terjejas di unifi.com.my/unifi-alerts.
Kami juga memohon kepada semua pelanggan agar sentiasa patuh dengan tip keselamatan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa.
Pihak kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi sepanjang gangguan perkhidmatan akibat banjir ini. Kesabaran dan keperihatinan anda amat kami hargai.