NADI Felda Pemanis 2

NADI Felda Pemanis 2 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pemanis 2 NADI Felda Pemanis 2

18/03/2026
โœจ BAZAR RAYA NADI FELDA PEMANIS 2โœจ๐ŸŒ™Jom meriahkan suasana Ramadan dan buat persiapan Syawal bersama komuniti kita! Pelbag...
13/03/2026

โœจ BAZAR RAYA NADI FELDA PEMANIS 2โœจ๐ŸŒ™

Jom meriahkan suasana Ramadan dan buat persiapan Syawal bersama komuniti kita! Pelbagai jualan, aktiviti menarik, dan perkhidmatan saringan kesihatan percuma menanti anda.

๐Ÿ“… *Tarikh:* Sabtu, 14 Mac 2026 (24 Ramadan 1447H)
๐Ÿ“ *Lokasi:* Dewan Terbuka, Felda Pemanis 2
โฐ *Masa:* 8:00 Pagi โ€“ 6:00 Petang

๐ŸŽฏ AKTIVITI MENARIK SEPANJANG HARI:

๐Ÿฉบ *Saringan Kesihatan PERCUMA*
๐Ÿ’ฐ *Kaunter Zakat Fitrah* (Amil Bertauliah)

* Slot 1: 10:00 Pagi - 12:00 Tengahari
* Slot 2: 3:00 Petang - 4:30 Petang
๐Ÿš€ *NADI KidsVenture & NADI Preneur*
๐ŸŽจ *Pertandingan Mewarna Kanak-kanak*
* (10:00 Pagi - 12:00 Tengah Hari)
* Kategori: 4-7 Tahun | 8-10 Tahun
๐ŸŽ€ *Pertandingan Menganyam Ketupat (Dewasa)*
* 10:00 Pagi - 11:00 Pagi
๐Ÿ† *Kuiz Teka Teki Hari Raya*
* 2:00 Petang - 5:00 Petang

๐Ÿ“ *Link Pendaftaran Pertandingan:*
๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/GgcRggQ3YaGBXZDQA

๐Ÿ›๏ธ APA YANG MENARIK DI BAZAR?

๐Ÿช *Aneka Kuih Raya, Baulu & Kerepek*
๐ŸŒฟ *Periuk Kera, Sambal Garing & Chili Oil*
๐Ÿ‘— *Pakaian Raya & Tudung Terkini*
๐Ÿ“ฆ *Produk Usahawan Tempatan*
๐Ÿ“ธ *Booth OOTD Syawal (Bergambar Kenangan!)*

๐ŸŽ HADIAH ISTIMEWA UNTUK PENGUNJUNG:

---
๐Ÿ“ข PANGGILAN TERAKHIR UNTUK USAHAWAN!

Tapak jualan adalah *PERCUMA*! Meja dan kerusi disediakan oleh pihak NADI.
๐Ÿ“Œ *Tarikh Tutup:* Sebelum 14 Mac 2026 (Masih ada kekosongan!)
Daftar disini :- https://forms.gle/Ct4fvUCxFD2tZ5DC9

๐Ÿ‘‰ *Hubungi Petugas NADI sekarang untuk tempahan tapak:*
๐Ÿ“ž *Wasap: 60137295348* (Juan)

Jumpa anda di sana !


Nak Bayar Bil?  Jom ke NADI Berdekatan Anda
11/03/2026

Nak Bayar Bil? Jom ke NADI Berdekatan Anda

11/03/2026

๐€๐๐ƒ๐€ ๐Œ๐”๐๐†๐Š๐ˆ๐ ๐Œ๐„๐๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐๐†๐’๐€ ๐’๐„๐“๐„๐‘๐”๐’๐๐˜๐€!

Scammer sentiasa mencari peluang untuk memperdaya mangsa dengan pelbagai taktik dan helah!
ini beberapa tips yang boleh korang ikut untuk elak jadi mangsa penipuan dalam talian.

๐—ฆ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ, ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ
๐™Š๐™ช๐™ง ๐™‘๐™ค๐™ž๐™˜๐™š, ๐™Š๐™ช๐™ง ๐™‹๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง

Teruskan follow laman media sosial rasmi KPDN rapat-rapat ye!!!!





28/01/2026

Tanpa pemantauan dan bimbingan, anak-anak mudah terdedah kepada kandungan memudaratkan dan risiko dalam talian.

Luangkan masa, tetapkan had penggunaan dan sentiasa peka kerana kehadiran anda lebih penting daripada skrin di tangan mereka.


Keselamatan Internet hari ini menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh.Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) berper...
28/01/2026

Keselamatan Internet hari ini menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh.
Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) berperanan memperkukuh perlindungan kepada rakyat, mengurangkan risiko jenayah siber serta memastikan generasi muda terus dilindungi daripada ancaman dalam talian.
Usaha ini menyokong pembentukan ekosistem Internet yang lebih selamat dan mampan, sekali gus memperkukuh keselamatan serta kedaulatan negara.
Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di https://mcmc.gov.my/en/onsa/home .

Keselamatan Internet hari ini menuntut pendekatan yang lebih menyeluruh.

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) berperanan memperkukuh perlindungan kepada rakyat, mengurangkan risiko jenayah siber serta memastikan generasi muda terus dilindungi daripada ancaman dalam talian.

Usaha ini menyokong pembentukan ekosistem Internet yang lebih selamat dan mampan, sekali gus memperkukuh keselamatan serta kedaulatan negara.
Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di https://mcmc.gov.my/en/onsa/home .


27/01/2026

๐Ÿ”ด FฤฐKฤฐR DAHULU SEBELUM SEBAR: DOXING ADALAH JENAYAH

Doxing (atau doxxing) adalah tindakan menyebarkan informasi peribadi seseorang ke internet tanpa izin dengan niat jahat. Istilah ini berasal dari singkatan "dropping docs" (dokumen).

Tujuan biasanya untuk memalukan, mengancam atau mengintimidasi korban dengan mendedahkan identiti sebenar.

๐Ÿ’ฌKenyataan Ketua Polis Negara;

โ€œPenyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.โ€
โ€” IG Datoโ€™ Sri Hj. Mohd Khalid bin Hj. Ismail,
Ketua Polis Negara

Penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran termasuk alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta butiran keluarga adalah satu kesalahan undang-undang yang serius dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.

Tindakan mendedahkan atau menyebarkan data peribadi seseorang tanpa kebenaran, walau dengan apa jua alasan, melanggar prinsip perlindungan data peribadi dan boleh mengancam keselamatan individu serta ketenteraman awam.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang bentuk doxing, ugutan, gangguan atau penyalahgunaan platform digital. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang sedia ada.

Orang ramai diingatkan agar mengamalkan etika, tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam penggunaan media sosial, serta tidak terlibat dalam penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran.

โš–๏ธ Peruntukan Undang-Undang Berkaitan:

โ€ข Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
โ€ข Seksyen 130, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
โ€ข Seksyen 507E, 507F(1) atau 507F(2), Kanun Keseksaan.

Sumber:
Kenyataan Media Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia
๐Ÿ“… 24 Januari 2026








Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) memperkukuh tanggungjawab platform digital demi keselamatan pengguna.Perlindun...
03/01/2026

Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) memperkukuh tanggungjawab platform digital demi keselamatan pengguna.

Perlindungan kanak-kanak diutamakan, kandungan memudaratkan wajib ditangani.

Keselamatan dalam talian bukan pilihan, ia tanggungjawab bersama.

Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di
https://mcmc.gov.my/en/onsa/home


15/12/2025

Syukur Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Johor Darul Taโ€™zim (JDT) atas kejayaan cemerlang menjuarai Piala FA 2025 selepas menewaskan Sabah FC dengan mata 5-0 di pentas final.

Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, Kerajaan Negeri Johor dengan ini mengisytiharkan hari Isnin, 15 Disember sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi Negeri Johor sempena kejayaan gemilang pasukan JDT menjuarai Piala FA 2025.

Walau bagaimanapun, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada hari tersebut akan diteruskan seperti biasa, bagi memastikan persiapan calon-calon SPM serta kelancaran tugas semua petugas peperiksaan tidak terjejas.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas kepimpinan, iltizam dan usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus melakar kejayaan di peringkat domestik dan antarabangsa.

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keunggulan dan konsistensi JDT sebagai kuasa bola sepak tanah air, hasil komitmen tinggi barisan pemain, pasukan kejurulatihan serta pengurusan yang sentiasa beriltizam mengekalkan standard kecemerlangan pasukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh Bangsa Johor yang sentiasa setia menyokong pasukan JDT. Semoga kejayaan ini menjadi dorongan berterusan kepada seluruh warga pasukan JDT untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang serta membawa nama Johor ke pentas dunia. Insya-Allah.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR!
LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor

15/12/2025

๐Ÿ“ข RAMALAN AWAL BANJIR NEGERI JOHOR

Susulan Amaran Hujan Berterusan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 12 Disember 2025, Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia telah mengeluarkan pengumuman penting mengenai Ramalan Awal Banjir bagi negeri Johor melibatkan tiga (3) daerah di negeri ini; daerah Mersing, daerah Kota Tinggi dan daerah Batu Pahat bermula 14 Disember hingga 17 Dosember 2025.

Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa.

Sumber : Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - JPS

Address

Bangunan Balairaya, Jalan Sentosa, Felda Pemanis 2
Segamat
85009

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Felda Pemanis 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Felda Pemanis 2:

Share

Kelas Latihan ICT

Komuniti Bestari, Pemangkin Transformas