NRDJ Takaful Advisor

NRDJ Takaful Advisor Freelance of Graphic Designer

The limited one telah dimiliki.Keychain Candy.Thank sis bermuamalah dengan saya.First time buat warna maroon.Dan kali ni...
26/08/2026

The limited one telah dimiliki.

Keychain Candy.

Thank sis bermuamalah dengan saya.

First time buat warna maroon.

Dan kali ni ungunya memang warna ungu.

Itu hari warna magenta.

Kalau nak keychain huruf atau penunjuk Al-Quran, boleh bincang tepi.

Boleh request warna dan rantainya.

Thanks Nija and Cec..Selepas hampir 2 tahun, baru sampai di tangan kamu. Buat masa study di Giat.Inda dapat siap sepenuh...
21/08/2026

Thanks Nija and Cec..

Selepas hampir 2 tahun, baru sampai di tangan kamu.

Buat masa study di Giat.

Inda dapat siap sepenuhnya, buat selepas exam skm.

Hari kita konvo di kk, baru dapat bagi.

Tema full black dan black pink.

19/08/2026

Tema Hijau ☘️

Penunjuk Al-Quran dan Huruf R sudah berpunya dan sudah dibagi dengan cust.
Yang lain belum ada.

Ada yang mau?

Atau mau yang lain boleh roger awal

Sempat siapkan sebelum ke KK baru2 ni.. Keychain huruf dan penunjuk Al-Quran warna hijau.Sudah dibagi dengan cust hari s...
17/08/2026

Sempat siapkan sebelum ke KK baru2 ni..

Keychain huruf dan penunjuk Al-Quran warna hijau.

Sudah dibagi dengan cust hari sabtu lepas.

Terima kasih cikgu kerana sudi menempah dengan saya.

Mau tempah keychain atau penunjuk Al-Quran atau keychain candy?

Boleh inform awal

16/08/2026

Unlock achievement hantar tempahan customer ke semenanjung menggunakan jnt

Buat kotak sendiri.

Design sendiri kad bisnes yang masih banyak perlu diperbaiki.

Oleh sebab banyak khabar angin yang tidak berapa baik, letak sticky note peringatan sebelum bungkus dan selotap.

Dah hantar, risau p**a.

Kita tracking barang setiap masa.

Barang sampai ngam dengan target masa - 3 hari.

Keychain dah sampai di tangan cust.

Terima kasih kerana menempah dengan saya.

Nak tempah keychain?

Boleh bincang tepi.

Boleh pilih warna.

Nak hadiah kan orang?

Sebaiknya tempah awal seminggu.

Terima kasih daun keladi...Done untuk keychain huruf - Huruf R (khaki) dan huruf S (Pink)Telah dihantar dan diterima ole...
02/08/2026

Terima kasih daun keladi...

Done untuk keychain huruf - Huruf R (khaki) dan huruf S (Pink)

Telah dihantar dan diterima oleh cust.

Open Pre-order
▫️ Penunjuk Al-Quran - RM10
▫️ Keychain huruf
▫️ Keychain candy

Untuk keychain, harga bergantung pada rantainya dan boleh request warna.

17/07/2026

Masa internship tahun lepas, pernah dapat satu work task design baju budak dari scratch.

Hanya berbekalkan beberapa maklumat ja masa ni dengan gambar.

Cari maklumat, sambil sketch.

Overload dengan idea sampai tepu, design ja lah sampai hasilkan 5 semata-mata mau kosongkan ketepuan itu.

Hasil cadangan si kakak kerani, maka hantar 5 design pada cust untuk dia pilih.

Lepas cust pilih, buat sample. Itu pun dua kali buat sebab warna.

Sample pass, buat sizing lepas tu hantar file ke bahagian printing.

Bila sudah siap jahit, dapatlah pegang hasil design sendiri walaupun gitu ja. Excited juga masa ni sebab buat dari awal sampai hantar bagian print. Lepas siap, dapat pegang sendiri baju tu.

Comel lagi tu saiznya, yelah baju saiz budak.

Selalunya baju saiz dewasa.

😂😂

Hello, haiAssalamualaikum...Apa khabar semua? Harap semua sihat walafiat.Disini ada keychain dan penunjuk Al-Quran yang ...
15/07/2026

Hello, hai
Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Harap semua sihat walafiat.

Disini ada keychain dan penunjuk Al-Quran yang belum berpunya.

Kalau berminat, boleh beritahu. Kalau jauh, kita boleh poskan. Dekat area Sandakan, kita boleh hantarkan.

Kalau nak request baru sama ada nak warna lain atau warna yang sama, boleh maklum lebih awal. Harga sama seperti yang tertera kecuali keychain huruf dan candy.

Sekian, terima kasih.
Have a nice day today, tomorrow and forever.

13/07/2026

▫️ Journey experiment warna▫️

Cust request warna pink barbie dan coklat khaki macam nudey2 gitu.

Warna pink barbie ada warnanya. Tapi warna coklat tu memang tiada. Tidak lain tidak bukan, memang kena try and error jugalah jawabnya.

Experiment dalam acuan kecil. Masa ni try sekali buat produk baru guna mould bulat.

Search dalam google.

"How to make khaki colour in resin?"

Brown, yellow and white.

Tahap pembarisnya masa ni, terus buat.
Tapi warna tu tidak jadi. Terfikir, mungkin bernisbah kali warna ni tau.

Jadi, try lagi buat - Coklat : Kuning : Putih. 3:6:36.

Warnanya jadi, resinnya p**a lembut.

Masih husnozon, mungkin lambat dia keras.

Try guna mould huruf since rasanya okey ni buat terus sebab warna nya jadi.

Sama juga. Tetap resinnya tidak mengeras.

Salah resinkah? Tidak juga sebab guna serbuk mika pink, keras dengan jayanya.

Salah beli warna pigment kah? Tapi betullah untuk resin.

Mungkin resin dan warna pigment tidak dapat bekerjasama dengan baik ni. Resin tidak dapat angkat warnanya sebab terlalu pekat.

Lama termenung, makan hari. Buka tiktok, youtube, tanya chatgpt, search google untuk cari alternatif lain.

Ganti warna pigment putih dengan serbuk mika putih. Warnanya tidak jadi, tapi resinnya keras.

Si kakak kata cuba, 1 : 2 : 12. Yelah kan, ringkaskan nisbahnya.

Masa ni gamble sudah. Inda apalah. Kita guna CaryOn. Lagipun, warna pigment putih mau habis.

Sebelum ni, drop terus dalam resin. Tapi, kali ni, campur dulu tiga warna tu disatu cawan, baru masuk dalam bancuan resin.

First try, kita layer dulu guna uv resin. Baru tambah layer campuran. Jadi.

2nd try, resin crack.

3rd try, jadi, tapi tidak lawa

Last try, buat macam biasa inda perlu layer dulu uv resin. Jadi dengan jayanya.

Masa tu dalam hati, kalau beginilah, memang terpaksa naikkan harga kalau mau guna warna baru. Memang ambil masa. Kalau order last minit lepas tu mau guna warna yang tidak direct, memang tidak lepaslah.

Warna pigment putih habis masa last try.
Cup banyak crack dan terkorban.

Lepas last try, terus buat proses finishing dan pasang apa yang patut.

Kalau tidak buat experiment ni, memang tidak merasa benda2 gini. Hanya dengar dari video dan pengalaman orang.

Mungkin tidak break frozen medal on wall of achievement.

07/07/2026

Dari 5 Mei sampai entah berapa hari bulan Jun..

Dari awal rajin rekod sampai malas nak rekod..

Buat benda yang sama..

Experiment warna yang sama..

Jenama epoxy pun berubah sebab yang selalu digunakan tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain..

😂

Address

Sandakan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NRDJ Takaful Advisor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NRDJ Takaful Advisor:

Shortcuts

Share