NADI Pekan Sagil

NADI Pekan Sagil NADI Pekan Sagil menawarkan kelas komputer dan perkhidmatan yang berkaitan atas talian. 0176702907 Edham / 0196235243 Sue

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADIInisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinam...
09/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




Ibu bapa yang sedang mencari baju sekolah anak-anak untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, kini boleh dapatkan di NA...
09/08/2026

Ibu bapa yang sedang mencari baju sekolah anak-anak untuk sekolah rendah dan sekolah menengah, kini boleh dapatkan di NADI.

✅ Baju sekolah rendah perempuan.
✅ Baju sekolah menengah perempuan.
✅ Harga berpatutan.
✅ Sesuai untuk persediaan sesi persekolahan.
✅ Tempahan boleh dibuat melalui NADI berhampiran.

Jangan tunggu saat akhir. Buat persediaan awal supaya anak-anak lebih selesa dan kemas ke sekolah.

📌 Berminat? Hubungi petugas NADI sekarang untuk maklumat lanjut dan tempahan.



𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀!Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, ...
08/08/2026

𝐌𝐀𝐇𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐃𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀!

Sektor agromakanan negara kini melangkah lebih jauh dengan suntikan elemen kreativiti, inovasi dan teknologi terkini. MAHA 2026 memberi peluang kepada anda untuk melihat transformasi industri pertanian dalam memastikan kestabilan serta keterjaminan bekalan makanan yang lebih kompetitif dan lestari.

Menerusi pameran ini, segala aspek berkaitan mekanisasi pintar, dunia hortikultur, industri perikanan, penternakan, sehingga ke keunikan agropelancongan dan kepelbagaian produk tempatan digabungkan bagi menjanjikan kepuasan pengembaraan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.

📅 28 Ogos – 6 September 2026
🕙 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 MAEPS Serdang, Selangor

Mari sertai kami bersama yang tersayang untuk meneroka pelbagai penemuan baharu, memperkaya pengetahuan dan menyelami kepentingan sektor agromakanan yang menjadi nadi kehidupan kita semua.

Lebih daripada sekadar acara dwi-tahunan, MAHA 2026 merupakan wadah utama yang mengeratkan hubungan komuniti dengan landskap pertanian masa hadapan menerusi Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan.

“MAHA Datang Lagi, Tak Datang Rugi”





📢 Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!Bagi memb...
08/08/2026

📢 Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

📅 Sabtu, 8 Ogos 2026
🕒 3.00 Petang
📍 YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

💬 Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



Umur 2 tahun setengah, baru anak saya dapat implan ❤️‍🩹Dari pengalaman sebagai seorang ibu, Puan Maryam melihat sendiri ...
06/08/2026

Umur 2 tahun setengah, baru anak saya dapat implan ❤️‍🩹
Dari pengalaman sebagai seorang ibu, Puan Maryam melihat sendiri cabaran besar yang dihadapi kanak-kanak yang dilahirkan dengan masalah pendengaran—daripada kos rawatan yang tinggi sehinggalah stigma masyarakat.
Pengalaman itulah yang mendorong beliau memperjuangkan hak anak-anak pekak melalui NGO Hear Me Malaysia, agar lebih ramai mendapat akses kepada teknologi, pendidikan dan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.
Dengarkan perkongsian daripada:
Puan Maryam Sakinah Abang Abdullah
Presiden Hear Me Malaysia
🎧 Tonton sekarang dan kongsikan kepada keluarga serta rakan-rakan
https://youtu.be/4VyXykwxIDU
Jangan lupa untuk 'like, subscribe dan share' saluran Youtube Studio Sihat

Umur 2 tahun setengah, baru anak saya dapat implan ❤️‍🩹Dari penga...

📌 NADI x Mahir  : Penyediaan Chocolate Muffin🗓️ Tarikh : 5 Ogos 2026⏰ Masa : 9:30 pagi - 11.00 pagi📍 Tempat : NADI Pekan...
05/08/2026

📌 NADI x Mahir : Penyediaan Chocolate Muffin
🗓️ Tarikh : 5 Ogos 2026
⏰ Masa : 9:30 pagi - 11.00 pagi
📍 Tempat : NADI Pekan Sagil

🔴 LIVE WEBINARJOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM 2026: Taktik Baru Scammer MalaysiaAdakah anda tahu scammer kini mengguna...
04/08/2026

🔴 LIVE WEBINAR
JOB SCAM, LOVE SCAM & PARCEL SCAM 2026: Taktik Baru Scammer Malaysia
Adakah anda tahu scammer kini menggunakan pelbagai taktik baharu untuk memperdaya mangsa melalui tawaran pekerjaan, percintaan dan penghantaran bungkusan?
Sertai webinar ini untuk mempelajari:
✅ Cara mengenal pasti modus operandi Job Scam, Love Scam dan Parcel Scam.
✅ Taktik terkini yang digunakan oleh scammer di Malaysia.
✅ Langkah melindungi diri, keluarga dan maklumat peribadi daripada menjadi mangsa penipuan.
✅ Tips keselamatan digital yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
📅 Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
🕒 Masa: 3.00 Petang – 4.30 Petang
💻 Platform: LMS Cybersecurity
👥 Sasaran: Pelajar, Ibu Bapa & Dewasa
📌 Syarat Penyertaan
✔ Berdaftar sebagai Ahli NADI
✔ Mempunyai akaun LMS Cybersecurity
⚠️ Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber dan melindungi diri daripada ancaman scam yang semakin berleluasa.
📍 Layari NADI berhampiran anda untuk maklumat lanjut

Selalu rasa ada yang “tak kena” dengan wajah atau tubuh sendiri?Ia mungkin lebih daripada sekadar mahu kelihatan cantik,...
03/08/2026

Selalu rasa ada yang “tak kena” dengan wajah atau tubuh sendiri?
Ia mungkin lebih daripada sekadar mahu kelihatan cantik, tetapi satu masalah kesihatan dikenali sebagai 'Body Dysmorphic Disorder' (BDD).
Tonton episod penuh melalui pautan berikut: https://youtube.com/shorts/YK1iq-SGcW4
Jangan lupa untuk 'like, subscribe dan share' saluran Youtube Studio Sihat.

Selalu rasa ada yang “tak kena” dengan wajah atau tubuh sendiri?I...

🌟 NAK BAYAR BIL? TAK PERLU PERGI JAUH! 🌟📍 Jom ke NADI berdekatan anda!Kini anda boleh buat pelbagai pembayaran bil denga...
03/08/2026

🌟 NAK BAYAR BIL? TAK PERLU PERGI JAUH! 🌟
📍 Jom ke NADI berdekatan anda!
Kini anda boleh buat pelbagai pembayaran bil dengan mudah dan cepat di NADI 👍
Antara perkhidmatan yang disediakan:
💡 Pembayaran utiliti asas
📱 Utiliti komunikasi
🏡 Cukai Tanah / Cukai Petak
🚪 Cukai Taksiran / Cukai Pintu
🚗 Pembaharuan Insuran Kenderaan Bermotor
🎓 Pembayaran Pinjaman Pendidikan
➕ Dan pelbagai lagi perkhidmatan lain!
✅ Mudah
✅ Cepat
✅ Dekat dengan komuniti



Saringan kesihatan di NADI Pekan Sagil. Setiap minggu pertama di awal bulan , petugas NADI akan menjemput komuniti setem...
02/08/2026

Saringan kesihatan di NADI Pekan Sagil. Setiap minggu pertama di awal bulan , petugas NADI akan menjemput komuniti setempat untuk mengadakan saringan kesihatan.

Saringan ini adalah percuma dan terbuka kepada semua. Mereka yang ingin membuat saringan ini hanya perlu menjadi ahli NADI sahaja.

Semoga program yang bermanfaat ini dapat memberi kesan positif kepada masyarakat kita kelak.

Address

Kompleks Penghulu Sagil
Sagil
84020

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Pekan Sagil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share