Madam Sakila

Madam Sakila Growth your Skill for a Brighter Future 🧑🏻‍🏫

09/08/2026

🌅 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 | 𝟵 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗔𝗛𝗔𝗗
“𝗘𝘀𝗼𝗸 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂. 𝗜𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸.”
Ahad bukan sekadar penghujung minggu. Ia adalah ruang untuk kita melihat kembali perjalanan yang telah dilalui, menyusun semula keutamaan dan menentukan arah untuk langkah yang seterusnya.
Ada perkara yang berjaya kita selesaikan. Ada yang masih tertangguh. Ada keputusan yang mungkin tidak menjadi seperti dirancang. Dan ada juga pengalaman yang mengajar kita sesuatu yang tidak pernah kita jangka.
𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮. 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗲𝘀𝗼𝗸.
Ambillah yang baik sebagai kekuatan. Jadikan kekurangan sebagai pelajaran. Tinggalkan perkara yang tidak lagi membantu kita untuk bergerak ke hadapan.
Kerana setiap minggu baharu hadir bersama satu perkara yang sama kepada kita semua — 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴.
Peluang untuk memperbaiki apa yang kurang.
Peluang untuk menyelesaikan apa yang tertangguh.
Peluang untuk mencuba sekali lagi.
Dan peluang untuk menjadi sedikit lebih baik daripada semalam.
Kita mungkin belum tahu apa yang menanti di hadapan. Tetapi kita boleh menentukan bagaimana kita mahu melangkah menghadapinya.
𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝘀𝘂𝗻.
𝗘𝘀𝗼𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵.
-𝗗𝗿. 𝗞𝗭-

08/08/2026

💼𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒, 𝐓𝐄𝐏𝐀𝐓 & 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐃𝐄𝐊𝐀𝐓! 💼

Menyokong perkhidmatan berprestasi tinggi menjelang Revolusi TVET JPK 2026–2030, Kaunter Perkhidmatan JPK sentiasa sedia membantu anda dengan penuh etika dan mesra.

🛠️Urusan & Perkhidmatan Disediakan:
ℹ️Khidmat nasihat & maklumat perkhidmatan JPK
📑Permohonan & serahan dokumen Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM)
✍️Pendaftaran & kemaskini maklumat Pusat Bertauliah (PB)
🏫Permohonan pengiktirafan program latihan

⏰Waktu Operasi Kaunter:
📅Isnin – Khamis: 8:00 pagi –5:00 petang
📅Jumaat: 8:00 pagi – 12:15 tengah hari | 2:45 petang – 5:00 petang

📞Saluran Perhubungan:
☎️Tel: +603-8886 5589
✉️Emel: [email protected]
🤝Kami Sedia Membantu Anda!✨

30/07/2026

30 RAKAN STRATEGIK, SATU ASPIRASI MEMPERKASA TVET MALAYSIA

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) terus memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pemeteraian 30 Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pelbagai rakan strategik daripada sektor industri, agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), institusi pengajian tinggi dan badan profesional.
Kerjasama strategik ini menjadi platform penting dalam memperkukuh pembangunan modal insan berkemahiran tinggi melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti:

✅ Pembangunan standard dan program latihan berteraskan industri
✅ Peningkatan kemahiran (upskilling) dan latihan semula (reskilling) tenaga kerja
✅ Perkongsian kepakaran, teknologi dan inovasi
✅ Pengukuhan kebolehpasaran graduan TVET
✅ Pemerkasaan ekosistem TVET yang lebih responsif terhadap keperluan industri

JPK komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama strategik demi melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa hadapan.









30/07/2026
11/06/2026

🔒 𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆 𝐈𝐃𝐄𝐍𝐓𝐈𝐓𝐈. 𝐏𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐆𝐑𝐈𝐓𝐈

Logo JPK dan SkillsMalaysia 2.0 kini dilindungi di bawah perundangan harta intelek Malaysia.

Sebarang penggunaan logo hendaklah mendapat kebenaran bertulis Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran terlebih dahulu.

⏳ Permohonan penggunaan logo perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 14 hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.

Pematuhan terhadap ketetapan ini membantu memastikan penggunaan identiti rasmi JPK dilaksanakan secara teratur, sah dan berintegriti.

06/06/2026

“Pengajar TVET, sudah update profil TiPS 2.0?” 🤔

Sebagai seorang pengajar TVET, rutin harian kita memang padat. Dari bengkel ke kelas, melatih anak bangsa dengan kemahiran teknikal hinggalah memastikan modul pengajaran sentiasa relevan dengan industri.

Kadang-kadang, dalam kesibukan melatih orang lain, kita terlupa tentang "profil" kemahiran kita sendiri.

Pernah tak anda terfikir...

Adakah kepakaran terkini saya sudah direkodkan dengan betul?

Macam mana nak tambah bidang kompetensi baharu yang saya baru kuasai?

Sistem TiPS2.0 yang baharu ini susah ke nak guna?

Jangan risau, anda tidak berseorangan. Kepakaran anda adalah aset negara!

Khas untuk semua Warga Pengajar TVET Malaysia, Kementerian Sumber Manusia melalui JPK dan CIAST membawakan Taklimat Pengurusan Kompetensi TiPS 2.0.

Ini adalah masa terbaik untuk kita tingkatkan kompetensi bersama-sama!

Hanya luangkan masa 3 jam sahaja secara dalam talian, kita akan rungkai langkah demi langkah:

🟢Pengenalan TiPS 2.0 – Fahamkan fungsi sistem eProfiling baharu.
🟢Pendaftaran & Kemaskini Maklumat – Cara paling mudah dan cepat.
🟢Tambah Bidang Kompetensi – Rekodkan kepakaran baharu anda secara rasmi.
🟢Penilaian Kompetensi – Panduan lengkap penilaian sistem.

📅 Maklumat Sesi Taklimat (Pilih satu slot kesesuaian anda):
Pilihan Tarikh:
🗓️ Tarikh 1: 11 Jun 2026 (Khamis); atau
🗓️ Tarikh 2: 18 Jun 2026 (Khamis)

⏰ Masa: 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengah hari (3 Jam Sesi Intensif)

🌐 Platform: Secara Dalam Talian (Online)

🔗 Pautan Akses & Pendaftaran:
Klik pautan di bawah untuk terus menyertai taklimat pada hari kejadian:
👉 Pautan Taklimat Dalam Talian: https://meet.google.com/dme-rcba-spz
Atau melayari portal rasmi:
👉 Laman Sesawang Rasmi: https://tips.tvet.gov.my

Mari bersama-sama kita martabatkan ekosistem TVET negara dengan profil kompetensi yang mantap dan diiktiraf!

Jumpa anda nanti.

.0




Jom beramai-ramai datang ke Hari TVET Negara 2026 🖋️
05/06/2026

Jom beramai-ramai datang ke Hari TVET Negara 2026 🖋️

Temui kami di Hub 1 Khemah Pameran UP_TVET — singgah dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan, kursus serta peluang TVET yang ditawarkan! Pelbagai pameran interaktif, teknologi terkini, peluang pendidikan dan kerjaya TVET sempena Hari TVET Negara! 🔧⚙️📚

📍 Dataran Putrajaya
🗓️ 5 – 7 Jun 2026 (Jumaat – Ahad)
🕘 9.00 pagi – 10.00 malam

📢 JUMPA ANDA DISANA!

💡TVET - Pilihan Utama Kerjaya!

05/06/2026

📌

Integriti merupakan asas kepada kepercayaan, manakala kepercayaan menjadi tunjang kepada kecemerlangan yang berkekalan.

Dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar, kemahiran dan kompetensi membuka ruang kepada peluang serta kemajuan kerjaya. Namun, kejayaan yang sebenar hanya dapat dicapai apabila setiap amanah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, kejujuran dan profesionalisme.

“Kemahiran membuka peluang, tetapi integriti menentukan kejayaan yang berkekalan.”

Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)

Sempena penghulu segala hari, marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta memperkukuhkan nilai integriti, amanah dan ihsan dalam setiap tindakan dan pekerjaan yang kita laksanakan.

(R)EVOLUSI TVET : MENGUPAYAKAN KOMPETENSI, MEMACU PERTUMBUHAN NEGARA












Address

Bukit Beruntung
Rawang
48300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60134470889

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madam Sakila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share