BiDora Official

BiDora Official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from BiDora Official, Software Company, Lot 88, Batu 8, Jalan Cheroh, Raub.

A premium digital gateway connecting Malaysian farmers to consumers with verified quality and direct-from-farm freshness 🤝💻🚜🍉🍍🍌

https://bidora.co/

BIDORA TECHNOLOGY (202503339876 / PG0580877-K)

🌱 Coretan Pekebun BiDora  #001Di sebalik durian yang kita kenali hari ini, masih banyak spesies Durio yang jarang mendap...
03/08/2026

🌱 Coretan Pekebun BiDora #001

Di sebalik durian yang kita kenali hari ini, masih banyak spesies Durio yang jarang mendapat perhatian.

Malaysia sebenarnya kaya dengan biodiversiti spesies Durio. Namun, sebahagian daripadanya semakin kurang dikenali dan ada yang hanya dianggap sebagai “durian hutan”, sedangkan setiap spesies menyimpan nilai genetik yang mungkin penting untuk masa hadapan.

Kali ini, salah seorang Verified Farmer BiDora, Muhammad Firdaus Ng, berkongsi pengalaman beliau menemui Durio graveolens, atau lebih dikenali sebagai Durian Dalit Oren, di Jerkoh, Pahang.



📝 Coretan oleh beliau

“Kita tidak sedar betapa kayanya biodiversiti spesies Durio di Malaysia. Disebabkan kita kurang menghargai nilai spesies Durio, habis kesemuanya dipukul rata hanya sekadar durian hutan tanpa mengetahui mungkin ia adalah salah satu spesies yang tidak meluas taburannya. Akhirnya ada yang ditebang dan kayunya dijual sebagai balak. Bagi saya, perkara ini amat menyedihkan.”

“Sebab itu saya cuba memperkenalkan lebih banyak kepelbagaian spesies Durio. Inilah durian asal yang membentuk durian domestik yang kita kenali hari ini. Di Sabah dan Sarawak p**a terdapat spesies Durio yang telah didomestikkan dan sangat berbeza daripada spesies di Semenanjung.”

“Hari ini saya bertuah kerana berjaya mendapatkan satu spesies Durio, iaitu Durio graveolens atau nama tempatan Durian Dalit Oren, yang ditemui di Jerkoh, Pahang.”

🍃 Ciri-ciri Durian Dalit Oren

• Berat sekitar 500–800 gram sebiji.
• Bentuk buah bujur.
• Duri halus, panjang dan tersusun rapat.
• Kulit akan bertukar kuning apabila mula gugur.

😋 Bagaimana rasanya?

“Teksturnya seperti mentega kacang yang pekat, dengan rasa dan aroma cempedak serta lemak manis yang sangat unik. Pengalaman rasanya benar-benar berbeza daripada durian biasa.”

“Saya juga melihat kemungkinan Durian Suluk di Sabah dan Sarawak merupakan hasil persilangan semula jadi yang melibatkan Durio graveolens dan Durio zibethinus, atau beberapa spesies Durio yang lain. Ini kerana beberapa ciri seperti warna isi yang terang dan bentuk durinya masih menyerupai Durio graveolens.”

“Bagi saya, semua varieti terbaik, sama ada hasil hibrid antara spesies ataupun bukan, perlu terus dipelihara dan dibiakkan. Durian tidak dapat dibiakkan melalui kultur tisu, jadi apabila sesuatu varieti pupus, kita juga kehilangan sumber genetik yang mungkin tidak dapat digantikan lagi.”



💚 Mengapa BiDora berkongsi cerita ini?

Di BiDora, kami percaya setiap petani bukan sekadar menghasilkan hasil pertanian, malah menyimpan pengalaman, pengetahuan dan cerita yang sangat bernilai.

Melalui siri Coretan Pekebun BiDora, kami ingin membawa kisah-kisah sebenar daripada komuniti Verified Farmer BiDora agar lebih ramai dapat mengenali kekayaan biodiversiti, warisan pertanian dan individu di sebalik hasil yang mereka usahakan.

Terima kasih kepada Muhammad Firdaus Ng kerana sudi berkongsi ilmu dan pengalaman ini.

📷 Gambar & perkongsian asal: Muhammad Firdaus Ng

Nota: Pandangan berkaitan kemungkinan asal-usul atau persilangan sesuatu varieti merupakan pandangan peribadi penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman beliau. Kajian saintifik lanjut masih diperlukan untuk mengesahkan hipotesis tersebut.

https://www.bidora.co

Apakah yang menyebabkan kulit durian menjadi putih atau brownish? 🤔Saya perasan kulit seperti ini lebih kerap ditemui di...
03/08/2026

Apakah yang menyebabkan kulit durian menjadi putih atau brownish? 🤔

Saya perasan kulit seperti ini lebih kerap ditemui di kawasan tanah yang sedikit tinggi seperti di Raub.

Setakat ini saya masih belum menemui jawapan yang benar-benar meyakinkan.

Pada pendapat tuan-tuan, apakah faktor yang paling mempengaruhi?

Ada yang mengaitkannya dengan:

* Baja
* Jenis tanah
* Ketinggian kawasan
* Cuaca atau pendedahan cahaya matahari
* Atau faktor lain?

Kongsikan pengalaman di kebun masing-masing.

https://www.bidora.co

01/08/2026

Kenali BiDora — platform e-dagang untuk sektor pertanian yang dibina oleh petani sendiri, untuk semua. 🌱

Layari https://www.bidora.co dan tekan “Buying or Farming” untuk mengetahui apa yang BiDora tawarkan kepada pembeli dan petani. 💚

31/07/2026
Selamat datang ke bidora 😊👌
31/07/2026

Selamat datang ke bidora 😊👌

Pertama kali menggunakan BiDora? 🌱Tempah hasil segar terus daripada ladang tempatan dengan lebih mudah. Ikuti panduan ri...
29/07/2026

Pertama kali menggunakan BiDora? 🌱
Tempah hasil segar terus daripada ladang tempatan dengan lebih mudah. Ikuti panduan ringkas ini untuk mendaftar, mencari pakej, membuat tempahan dan menerima resit — semuanya dalam satu platform.

✅ Hasil terus daripada ladang tempatan
📍 Kenali asal usul dan profil ladang dengan lebih jelas
📦 Tempahan yang mudah, cepat dan teratur

Daftar sebagai pembeli dan mula terokai tawaran daripada ladang tempatan di:
https://bidora.co

https://bidora.co/registerFresh produce tastes better when you know where it comes from. 🌱With BiDora, buyers can reserv...
25/07/2026

https://bidora.co/register

Fresh produce tastes better when you know where it comes from. 🌱

With BiDora, buyers can reserve directly from trusted local farmers—fresher harvests, clearer origins, and better value for everyone.

——-

Hasil segar terasa lebih istimewa apabila kita tahu dari mana ia datang. 🌱

Dengan BiDora, pembeli boleh menempah terus daripada petani tempatan yang dipercayai — hasil lebih segar, asal produk lebih jelas dan nilai yang lebih baik untuk semua.

Terokai hasil terus dari ladang dan daftar

MAHA Pahang 2026 Tarik Tumpuan Komuniti Pertanian di RaubBiDora News | 24 Julai 2026 | Raub, PahangRAUB – Malaysia Agric...
24/07/2026

MAHA Pahang 2026 Tarik Tumpuan Komuniti Pertanian di Raub

BiDora News | 24 Julai 2026 | Raub, Pahang

RAUB – Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) Pahang 2026 yang berlangsung dari 23 hingga 26 Julai 2026 di Dataran Raub menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, usahawan, petani serta pemain industri dalam usaha mempromosikan sektor pertanian, agromakanan dan agropelancongan negeri Pahang.

Sepanjang penganjuran, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti termasuk pameran hasil pertanian, pertandingan hasil tanaman, demonstrasi teknologi pertanian, pameran agensi, jualan produk tempatan, anak pokok serta pelbagai program yang memberi pendedahan kepada perkembangan terkini sektor agro.

Antara yang mencuri perhatian ialah pameran durian premium seperti Musang King (D197), Black Thorn (D200), D24 (Sultan) dan Nangka Subang (J38), selain penyertaan pelbagai usahawan dan pengusaha tempatan yang mempamerkan produk bernilai tambah berasaskan hasil pertanian.

Sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai menunjukkan minat masyarakat terhadap sektor pertanian terus berkembang. Program seperti MAHA bukan sahaja menjadi platform mempromosikan hasil tempatan, malah membuka peluang kepada petani, usahawan dan agensi untuk membina rangkaian kerjasama, berkongsi pengetahuan serta meneroka peluang pasaran baharu.

Usaha memperkukuh hubungan antara pengeluar dan pengguna melalui program seperti ini dilihat penting dalam menyokong pembangunan ekosistem pertanian Malaysia yang lebih mampan, berdaya saing dan berorientasikan nilai tambah.

Mengenai BiDora

BiDora ialah platform web yang menghubungkan petani dan pembeli melalui konsep farm-direct, dengan fokus kepada ladang yang disahkan, asal-usul hasil yang lebih jelas serta pengalaman membeli terus daripada sumber.

🌐 https://bidora.co

Malaysia’s Harvest, With a Clearer Origin.

Tak sekadar membeli hasil — kenali dari mana ia datang. 🌱Dengan BiDora, anda boleh meneroka pakej bermusim daripada lada...
20/07/2026

Tak sekadar membeli hasil — kenali dari mana ia datang. 🌱

Dengan BiDora, anda boleh meneroka pakej bermusim daripada ladang Malaysia yang disahkan, mengenali petani di sebalik setiap hasil, dan membuat tempahan terus daripada sumber yang selamat dan dipercayai.

Browse➡️Reserve➡️Collect.
Daftar sebagai pembeli secara percuma dan lihat pakej yang tersedia di:

https://bidora.co/

Untuk pekebun daftar senarai menunggu di bawah:
👇
https://bidora.co/farmer-waitlist

Address

Lot 88, Batu 8, Jalan Cheroh
Raub
27600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BiDora Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share