Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rantau

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rantau NADI menyediakan capaian Internet, pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT & perniagaan e-dagang

Lebih 40,000 peserta. 1,099 NADI. Satu semangat, bergerak serentak di seluruh negara!Hari ini, komuniti dari pelbagai la...
29/08/2026

Lebih 40,000 peserta. 1,099 NADI. Satu semangat, bergerak serentak di seluruh negara!

Hari ini, komuniti dari pelbagai latar belakang bersama-sama menjayakan Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 sempena Bulan Kebangsaan.

Lebih daripada sekadar bersenam, program ini menyatukan komuniti melalui gaya hidup sihat, kebersamaan dan semangat perpaduan. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Turut diadakan saringan kesihatan asas dan webinar kesihatan untuk komuniti.

Penganjuran serentak ini turut menjadi percubaan untuk mencatat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Terima kasih kepada seluruh komuniti NADI Rantau yang bergerak bersama kami! โค๏ธ



29/08/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JOM MERIAHKAN SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAyuh komuniti setempat! ๐Ÿฅณ๐Ÿ’ช๐ŸปJom luangkan masa bersama-sama untuk beri...
20/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ JOM MERIAHKAN SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ayuh komuniti setempat! ๐Ÿฅณ๐Ÿ’ช๐Ÿป
Jom luangkan masa bersama-sama untuk beriadah, menjaga kesihatan dan memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan penuh semangat patriotik! โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿ“… 29 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ“ NADI RANTAU, Masjid Imam Hj. Kahar

๐ŸŽ‰ Aktiviti Menarik Menanti Anda!
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Senamrobik
โค๏ธ Saringan Kesihatan
๐ŸŽ Cabutan Bertuah
๐Ÿฝ๏ธ Jamuan Makan

๐Ÿ“Œ50 peserta terawal layak mendapat nombor cabutan bertuah dan menangi hadiah menarik๐ŸŽ‰

๐Ÿ‘• Kod Pakaian:
Pakaian sukan bertemakan Hari Kemerdekaan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Jangan datang seorang! ๐Ÿ˜
Ajak keluarga, sahabat dan jiran-jiran untuk hadir beramai-ramai!

๐Ÿ’™ Jom kita kekal aktif, hidup sihat dan eratkan silaturahim bersama komuniti!

๐Ÿ—’Untuk mendaftar nama dan sebarang soalan, boleh datang ke NADI RANTAUโœจ๏ธ

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DATANG AWAL, JOM SIHAT BERSAMA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ



19/08/2026

Jom Sihat dengan NADI!

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

๐Ÿ—“๏ธ 29 Ogos 2026
โฐ 8.00 โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ“ NADI seluruh negara

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช


๐Ÿ“ข *JEMPUTAN KEPADA SEMUA!* ๐ŸŽ‰Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,๐ŸŒ *KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNET SELAMAT* ๐ŸŒ๐Ÿ—บ๏ธ *Perin...
19/08/2026

๐Ÿ“ข *JEMPUTAN KEPADA SEMUA!* ๐ŸŽ‰

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

๐ŸŒ *KARNIVAL KOMUNITI KEMPEN INTERNET SELAMAT* ๐ŸŒ
๐Ÿ—บ๏ธ *Peringkat Daerah Seremban*

๐ŸŽโœจ Jom hadir beramai-ramai ke karnival yang penuh dengan aktiviti menarik, pertandingan, hiburan dan pelbagai hadiah menanti anda!

๐Ÿ“… *Sabtu, 22 Ogos 2026*
๐Ÿ“ *OSK Iringan Bayu, Seremban*
https://maps.app.goo.gl/LnYb2rat1XHaL1ZHA
โฐ *2.00 Petang โ€“ 11.00 Malam*

๐ŸŽค *Persembahan artis jemputan*
๐Ÿ† *Pertandingan mewarna & aktiviti interaktif*
๐ŸŽ *Pelbagai hadiah menarik*
๐ŸŽ‰ *Dan banyak lagi aktiviti menarik untuk anda seisi keluarga!*

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Jangan lepaskan peluang! Ajak keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Komuniti ini.

๐Ÿ’™ *INTERNET SELAMAT, TANGGUNGJAWAB SEMUA!*

๐Ÿ“ฃ *JOM RAMAI-RAMAI HADIR! KITA JUMPA DI SANA!* ๐ŸŽŠ

_Mahir Short Learning Series (SLS) Ogos (Q3 2026)_๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿณ Mahir Masak*Tajuk SLS - KUIH TALAM KELADI TRADISIONAL NYONYA & BE...
17/08/2026

_Mahir Short Learning Series (SLS) Ogos (Q3 2026)_
๐Ÿง‘๐Ÿปโ€๐Ÿณ Mahir Masak
*Tajuk SLS - KUIH TALAM KELADI TRADISIONAL NYONYA & BEBOLA OAT* ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿณ๐Ÿฎ๐Ÿ˜

Jom pelajari cara menyediakan hidangan snek Nyonya yang ringkas tapi enak!

๐Ÿ“… Tarikh: Selasa, 18 Ogos 2026
๐Ÿ•’ Masa: 3.00 petang โ€“ 4.00 petang
๐Ÿ“บ Platform: YouTube Studio NADI Mahir

๐Ÿ“ข Kunjungi NADI Rantau untuk pendaftaran dan maklumat lanjut ๐Ÿ“ข

Jangan lepaskan peluang untuk pelajari resipi yang istimewa! ๐ŸŒธ๐Ÿด

*Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia* sentiasa komited memperkasa masa...
12/08/2026

*Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia* sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

๐Ÿ“š *Program Tuisyen Rakyat*
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara *PERCUMA* kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

๐Ÿ‘• *Program Pakaian Sekolah NADI*
โœ… Harga istimewa untuk Ahli NADI
โœ… Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
โœ… Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
โœ… Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

๐Ÿ“ Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
๐ŸŒ www.nadi.my
๐Ÿ“ฑ Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
โœ‹๐Ÿป Malaysia Madani

10/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

โ€ขโ  โ Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
โ€ขโ  โ Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
โ€ขโ  โ Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




09/08/2026

Sehelai baju sekolah. Tetapi di belakangnya, ada rezeki untuk dua keluarga.

Yang menjahit dapat menambah pendapatan. Yang membeli dapat berjimat.

Saya bertemu sekump**an wanita yang bermula dengan belajar menjahit di program NADI Mahir. Ada yang suri rumah, ada yang ibu tunggal. Daripada satu kemahiran, kini terbuka p**a peluang untuk mereka menambah pendapatan keluarga.

Lebih 2,000 peserta telah mengikuti program NADI Mahir Jahit dan program ini kini memasuki pengambilan keempat.

Daripada program inilah lahirnya inisiatif Baju Sekolah NADI. Alumni yang sudah mempunyai kemahiran diberi peluang menghasilkan pakaian sekolah untuk dijual pada harga yang lebih mampu milik kepada komuniti.

Inilah sebenarnya inisiatif yang saya sokong.

Bagi keluarga yang memerlukan, NADI turut menyediakan pilihan untuk membuat bayaran secara berperingkat. Bukan pinjaman, bukan skim โ€œPay Laterโ€ dan tiada faedah atau caj tambahan.

Sekadar satu pilihan untuk membantu ibu bapa mengurus perbelanjaan, terutama apabila perlu menyediakan kelengkapan persekolahan untuk beberapa orang anak serentak.

Tetapi bagi saya, nilai terbesar program ini bukan pada cara kita membeli sehelai baju sekolah.

Ia tentang apa yang boleh berlaku apabila kita memberi seseorang kemahiran dan peluang.

Seorang wanita belajar menjahit. Kemahirannya menjadi sumber pendapatan. Hasil tangannya p**a membantu keluarga lain berjimat.

Saya percaya program yang baik bukan sekadar memberi bantuan untuk hari ini. Ia memberi kemahiran supaya seseorang mempunyai lebih banyak pilihan untuk hari esok.

Satu kemahiran. Dua keluarga mendapat manfaat.

07/08/2026

๐Ÿ“ข Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) โ€“ Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

๐Ÿ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
๐Ÿ•’ 3.00 Petang
๐Ÿ“ YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

๐Ÿ’ฌ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



Address

Kompleks Pusat Islam Rantau, Masjid Imam Hj. Kahar
Rantau
71200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rantau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rantau:

Shortcuts

Share