29/08/2019
TIPS PENJAGAAN SKRIN LAPTOP
Harini saya akan berkongsi cara untuk menjaga skrin laptop korang..
1. Biasakan diri untuk menyimpan laptop bahagian skrin menghala ke badan.. Ini kerana dapat mengelakkan dari barangan lain yanga tajam seperti soket plug akan memberi tekanan kepada skrin
2. Pastikan sebelum melipat laptop korang tiada barang barang keras seperti usb receiver, pen, batu, atau apa apa barang kecil supaya tidak memberi kesan pressure kepada skrin.
3. Dilarang sama sekali mengangkat laptop dengan hanya memegang skrin, ini akan menyebabkan tekanan dari tangan dan tampungan berat dari body laptop kepada skrin
4. Jangan meletakkan objek berat dan keras ke atas bahagian skrin tidak kisah sama ada dari belah casing atau secara terus.
5. Terakhir sekali.. Sekiranya korang rajin mencuci skrin, jangan sembur air ke permukaan skrin secara banyak.. Cukup memadai bila kain sudah boleh mengelap seluruh permukaan laptop..
Gambar ini adalah cara proses kami menggantikan screen laptop yang baru. Inginkan bantuan laptop dan pc.. Hubungi kami di wasap.my/601115624456 atau datang saja ke kedai kami di lot 8 bangunan parking bertingkat uitm shah alam..