03/10/2025
Bila open registration untuk kelas Laravel ni, ramai p**a yang Whatsapp,
"Ada kelas untuk yang tak ada basic programming langsung?"
Buat masa ni memang saya tak buat lagi kelas programming asas, sebab expectation saya pada awalnya, benda asas gini boleh belajar dar Youtube je.. 😅
Tapi rupa-rupanya, tak semua orang boleh hadam melalui cara tu.
Antaranya mungkin sebab :
1) Banyak tutorial dalam bahasa Inggeris. Tak banyak sangat dalam bahasa Melayu. Kalau tak nak bahasa Inggeris, mungkin boleh cuba tengok tutorial dalam bahasa Indonesia. Itu pun tak semua perkataan yang kita boleh faham & relate sangat.
2) Ada jenis yang kena belajar depan-depan. Kalau baca buku / mengadap video ni, memang dia tak boleh masuk. Kena lutut bertemu lutut.
Kalau anda masih baru lagi dalam bidang coding / programming / web development ni, saya cuma boleh pesan :
- Subjek ni memang tak mudah. Programming ni susah. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak yang kita sedar kita tak tahu. Kadang-kadang, makin lama rasa macam makin tak pandai p**ak. Ye, saya pun rasa benda yang sama.
- Jangan gelojoh. Belajar perlahan-lahan, ulang 1 bab tu berkali-kali. Sampailah kita dah faham, baru teruskan ke bab seterusnya. Jangan menggelabah nak cepat-cepat master semua topik dalam 1 masa. Tak masuk dek akal.
Salah 1 sebab kenapa kita rasa mengelabah ni - sebab kita tak tahu nak mula dari mana. Lepas tu, tak fokus p**ak. Sekejap belajar pasal HTML, lepas tu nak balajar Javascript, lepas tu nak belajar CSS. Semua dalam 1 masa.
Last-last, 1 topik pun kita tak dapat faham betul-betul. Lepas tu rasa nak mengalah. Rasa tak layak & anggap programming ni bukan kita punya forte. Dah kalau semua benda nak start serentak, macam mana nak master.. 😂
So, ajar diri sendiri untuk fokus 1 benda dulu. Buat 1 projek asas dulu. Siapkan sampai jadi. Lepas tu, baru kita cuba nak buat benda lain p**ak. Selesaikan satu per satu.
Tapi benda ni kalau setakat cakap tu senanglah. Saya faham benda ni susah. Saya sendiri pun sampai sekarang susah nak dapatkan fokus tu. S**a betul lompat-lompat, sekejap belajar benda ni, lepas tu buat benda lain. Last-last 1 pun tak siap. Haha
Tapi alhamdulillah, at least bila kita dah ada asas yang kukuh tu, tak susah sangat nak mula belajar benda lain p**ak. Tak ada lah struggle macam masa awal-awal dulu. Sebab dalam programming ni, konsep-konsep fundamental tu terpakai untuk banyak perkara. Ada la berubah sikit dekat syntax, kemudian mungkin cara fikir / paradigma / approach dalam sesuatu framework tu lain sikit, tapi cara fikir asalnya tetap dari konsep yang sama.
Akhir kata, saya cuma mampu cakap,
Take it slow & steady. Slowly but surely.
Insya-Allah, anda pun boleh.
Okay? 😉