07/04/2023
"Warranty"
Umum semua tahu bahawa barang2 elektronik bukan la dibeli setiap hari, kebiasaanya klu kita membeli barangan elektronik ada beberapa faktor perlu diambil kira. Salah satunya adalah Warranty.
Warranty sememangnya memainkan peranan penting sebabnya dalam 10 barangan elektronik pasti akan ada satu atau 2 unit yang ada defect. Seperti saya sendri sebagai seorang peniaga mmg biasa mnghadapi situasi sebegini barang baru tapi pakai 2-3 bulan sudah rosak apatah lagi barangan yang terpakai. Harus diketahui bukan semuanya adalah kesalahan dari penjual terkadang sememangnya defect datang dari kilang tidak kira brand apa skalipon. Disinilah kepentingan warranty.
Jadi kesimpulan saya boleh rungkaikan, sewaktu membeli pastikan duration of warranty berbaloi dgn harga pembelian. Mahal x semestinya bagus, murah tak semestinya tak berkualiti, ianya tergantung pada penjual untuk terangkan lebih terperinci mengenai sesebuah barangan elektronik.
"Semoga bermanfaat"
YAZ TECH