Falah Digital Solution - Website Design & Digital Marketing

Falah Digital Solution - Website Design & Digital Marketing Falah Digital Solution merupakan perunding dan pembangun laman web perniagaan khusus untuk syarikat Terima kasih

Falah Digital Solution komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan untuk setiap pelanggan kami

Dengan pengalaman dan kepakaran kami selama hampir 6 tahun dalam bidang ini, kami percaya dan yakin anda akan mendapat perkhidmatan yang terbaik dari kami. Dengan budaya kerja yang profesional dan dinamik yang kami amalkan, keyakinan anda terhadap kami tidak akan kami persiakan. Dapatkan khidmat kami sepertimana pelanggan kami yang lain, anda akan berpuas hati.

Website Optimization
26/01/2021

Website Optimization

28/09/2020

FPX Payment Gateway Tanpa Kedai eCommerce

Adakah penjual boleh gunakan sistem Payment Gatewat FPX tanpa ada kedai eCommerce ?

Ya, BOLEH.

Didalam proses automasikan perniagaan digital, penjual yang menjual di whatsapp dan fb, boleh menggunakan Payment Gateway FPX sahaja tanpa Kedai eCommerce.

Untuk penjual kecil bangunkan kedai eCommerce bersama Payment Gateway, kosnya agak tinggi.

Jadi, penjual di group-group whatsapp dan FB, boleh naik taraf proses jual beli daripada bagi nombor akaun untuk bankin, kepada hanya link FPX.

Pembeli hanya perlu klik link FPX, buat bayaran dan terus penjual dapat makluman bayaran yang telah berjaya dari FPX.

Penjual tidak lagi perlu pening-pening nak cari rekod bayaran bila pembeli bagi "resit bankin".

Dan penjual boleh kurangkan risiko, dapat pembeli yang bagi "resit bankin" yang PALSU.

Semua urusan jual beli, masih diuruskan di whatsapp atau fb, cuma bayaran sahaja diautomasikan menggunakan FPX.

Caj?

Sekarang banyak Platform Service Provider (PSP) yang sediakan payment gateway FPX serendah RM1.00 per transaksi.

Dan biasanya duit akan masuk ke akaun penjual pada hari berikutnya.

Isu Keselamatan

Penjual yang menggunakan payment gateway FPX boleh meningkatkan keyakinan pembeli, bahawa penjual adalah perniagaan yang berdaftar.

Dan penjual juga dapat kurangkan risiko dari ditipu pembeli.

Jika nak tahu bagaimana untuk daftar akaun payment gateway FPX menggunakan Billplz, link video di komen.

Haris Suhaimi
SME Digital Consultant / Marketer
Falah Digital Solution - Website Design & Digital Marketing
www.falahdigital.com.my

Delivery Management
26/09/2020

Delivery Management

Delivery Management | Pengurusan Penghantaran

Faktor terpenting dalam eCommerce sekarang ini adalah penghantaran ekspress.

"Hari ni order, semalam dan sampai" 🙂

Kepuasan pembeli sebelum tahu barang yang dibeli bagus dan berkualiti adalah, sepantas mana barang yang dihantar sampai ke tangannya.

Dipihak penjual, nak menguruskan penghantaran secepat kilat, bukan sesuatu yang senang.

Dan, tidak kurang pentingnya, menyelesaikan masalah barang tak sampai ke pelanggan.

Pesanan belum dibungkus
Pesanan tertinggal untuk dipos
Parcel hilang di gudang courier

Dengan sistem kedai eCommerce, pesanan pelanggan boleh diuruskan dengan sistematik.

Pesanan boleh dibahagi kepada:
- Pesanan belum diproses
- Pesanan telah dihantar
- Pesanan telah diterima pelanggan

Daripada senarai pesanan, peniaga boleh terus lihat, pesanan mana yang belum di hantar kepada pelanggan.

Dan pesanan mana yang belum sampai ke pembeli.
Penting, supaya tidak ada pesanan yang tertinggal, dan pembeli tidak terima parcel mereka.

Penjual boleh tetapkan KPI. Contohnya, setiap pesanan, tidak lebih dari 2 hari akan dihantar. Pelanggan akan s**a dan peratusan pelangan yang "repeat order" akan meningkat.

Haris Suhaimi
SME Digital Consultant
Falah Digital Solution - Website Design & Digital Marketing
https://www.falahdigital.com.my/

24/09/2020

Payment Gateway

Antara komponen penting didalam pembinaan kedai eCommerce adalah Payment Gateway.

Fungsi Payment Gateway?

Payment gateway adalah sistem yang menguruskan pembayaran pelanggan kepada penjual dan secara AUTOMATIK mengesahkan pembayaran pelanggan.

Sistem akan beritahu, pelanggan mana yang telah membuat pembayaran dan penjual boleh terus uruskan pengeposan barang pelanggan.

Tanpa payment gateway, pembayaran oleh pelanggan diuruskan secara MANUAL.

Staff perlu bagi nombor akaun bank kepada pembeli. Pembeli perlu bagi "screenshot" resit pada penjual. Dan staff perlu cari dalam penyata bank, adakah bayaran tersebut sudah masuk.

Jika ada 50 transaksi sehari, bayangkan berapa masa yang diambil untuk lakukan semua itu secara manual?

Penjual perlu gajikan staff untuk jaga bahagian pembayaran sahaja. Minimum RM1500 sebulan untuk jagi pekerja.

Cara Pembayaran

Di malaysia, FPX sudah tidak asing lagi untuk buat bayaran online. Selain itu, Kad Kredit & eWallet juga antara cara pembayaran yang boleh diuruskan melalui payment gateway.

3rd Party Provider

Sistem Payment Gateway memerlukan kos yang tinggi untuk dibina dan diuruskan. Jadi, salah satu pilihan pemilik kedai eCommerce adalah menggunakan 3rd Party Provider yang sediakan perkhidmatan payment gateway.

Antara provider Payment Gateway di Malaysia yang terkenal adalah:
- ipay88
- eGhl
- Razer Pay
- Senang Pay
- Billplz

Banyak lagi provider di Malaysia.

Setiap provider mempunyai sistem payment gateway yang tersendiri dan menyokong beberapa jenis pembayaran.

Kos Menggunakan Payment Gateway

Setiap provider mempunyai pakej dan harga yang tersendiri bergantung kepada keperluan penjual.

Penjual perlu buat kira-kira pakej mana dan syarikat mana yang tawarkan harga yang terbaik, sesuai dengan jumlah transaksi yang ingin diproses.

Setiap penjual, lain keperluannya.

Haris Suhaimi
SME Digital Consultant
Falah Digital Solution - Website Design & Digital Marketing
www.falahdigital.com.my

21/09/2020

Falah Digital Solution | Agensi pembangunan laman web dan digital marketing di Kota Bharu, Kelantan.

Address

Puchong
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60136247545

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Falah Digital Solution - Website Design & Digital Marketing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Falah Digital Solution - Website Design & Digital Marketing:

Share