16/08/2025
PROGRAM LATIH & KERJA: SEMIKONDUKTOR
Anjuran:
Academy of Semiconductor (AoS)
Pengenalan Program
Program Latih & Kerja: Semikonduktor direka khas untuk melengkapkan bakat muda Malaysia dengan pengetahuan, kemahiran teknikal, dan pendedahan industri yang diperlukan untuk kerjaya dalam sektor pembuatan semikonduktor.
Peserta akan mengikuti 1 bulan latihan intensif di ADTEC Taiping, Perak, diikuti dengan 3 bulan Latihan Industri (OJT) di syarikat ekosistem semikonduktor di seluruh Malaysia.
Program ini memberi laluan terus ke peluang pekerjaan tetap selepas tamat latihan.
Struktur Latihan (4 Bulan)
Bulan 1 – Latihan di ADTEC Taiping, Perak:
- Proses & Peralatan Pembuatan Semikonduktor
- Kemahiran Insaniah (komunikasi, kerja berpasukan, disiplin, penyelesaian masalah)
Bulan 2–4 – Latihan Industri (OJT):
- Penempatan di syarikat ekosistem semikonduktor di seluruh Malaysia
- Pendedahan kepada operasi sebenar, pengendalian mesin, kawalan kualiti, dan amalan industri
- Potensi pekerjaan tetap bagi peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang
Elaun (Mengikut Kelayakan)
- SPM / SKM: RM1,700 sebulan
- Diploma: RM2,000 sebulan
- Ijazah: RM2,500 sebulan
Kriteria Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur 18–30 tahun
- Lepasan SKM 3, Diploma, atau Ijazah (bidang teknikal)
- Komited untuk menamatkan program selama 4 bulan
Manfaat Utama
- Yuran Latihan 100% Ditaja
- Penempatan industri di syarikat semikonduktor
- Laluan kerjaya dengan potensi pekerjaan tetap
- Terhad kepada 80 peserta sahaja
Pengambilan Program
- Tarikh Mula: 25 Ogos 2025
- Tempoh: 4 bulan
- Lokasi Latihan:
• Bulan 1 – ADTEC Taiping, Perak
• Bulan 2–4 – Syarikat semikonduktor di seluruh Malaysia
Tidak Termasuk
- Makan & minum
- Pengangkutan
- Bantuan mencari penginapan asrama (hostel) boleh disediakan secara 'first come first serve'
Permohonan & Pertanyaan
Daftar melalui Kod QR pada poster rasmi atau pautan berikut:
👉 https://forms.gle/VEkW7ZCZt5wPiHHq8
Untuk pertanyaan, hubungi:
https://wa.me/message/Y7ATUATRECXZK1
Atau
📧 [email protected]