21/07/2022
APA BEZA BUNTING DENGAN BANNER?
Perkara paling asas sekali sebelum anda nak tempah banner atau banting, anda perlu tahu apa beza banner dan bunting.
Istilah bunting dan banner ni sebenarnya masih ramai yang keliru dan tak tahu beza kedua-duanya ni. Walaupun tujuan kegunaan hampir sama, tapi design dan display berbeza.
Secara asasnya, banner adalah melintang dan bunting adalah menegak. Kami ringkaskan untuk anda dalam bentuk poin seperti dibawah:
◼️ Display banner adalah secara melintang.
◼️ Biasanya digantung menggunakan tali sama ada di antara 2 pokok atau 2 tiang, atau dipasang di pagar dan lokasi yang bersesuaian.
◼️ Juga sesuai untuk iklan bersaiz besar.
◼️ Biasanya harganya lebih mahal berbanding bunting.
◻️ Display bunting adalah secara menegak. Selain digantung, juga boleh dipasang menggunakan stand.
◻️ Biasanya mempunyai ukuran saiz yang lebih kecil dari banner
◻️ Dicetak dengan banyak untuk diletakkan di sekitar booth/gerai jualan.
Dah tahu perbezaannya? Bagus! Bolehlah tempah bunting/banner yang sesuai untuk promote bisnes anda dengan kami di KUDO PRINTING. Kami sedia menerima tempahan anda!
Jangan tunggu lama2 terus je DM kami okay! Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus klik 👉 https://linktr.ee/kudoprinting