30/09/2021
Jodoh,
Ia sememangnya sesuatu yang menjadi rahsia antara Tuhan dan manusia.
Ia kekal menjadi rahsia, kerana jodoh adalah seseorang yang menemani kita di hari ini, esok dan nanti. Dan, demi untuk mendapatkan jodoh yang baik, syaratnya kita mesti berusaha untuk menjadi yang paling baik.
Mungkin hari ini kita masih melangkah sendirian, hingga lah nanti Tuhan akan mengutuskan seseorang yang akan berjalan disamping kita. Menemani tiap perjalanan didunia dan moga sampai syurga.
Lalu,
Solusi Jodoh membuatkan satu perjalanan mencari cinta kerana Allah, supaya terasa lebih tenang dan mendapat pahala kerana diawasi agar tidak jatuh di jalan yang salah.
Platform yang menemukan segala titik permulaan hingga ke jannah.
Platform yang membawa ilmu dan pengalaman, menjadi satu bekalan sepanjang kehidupan berumahtangga.
Platform yang bukan sekadar menemukan, malah membantu pada tiap satu ujian selepas pernikahan.
Aplikasi Solusi Jodoh akan dilancarkan esok, 1 Oktober 2021.
Kalian boleh mula untuk muat turun aplikasi Solusi Jodoh, tepat jam 12:00 malam ini.
Muat turun dan sebarkan juga ya.
Terima kasih.