Rakan Digital Pekan Bukit Jenun

Rakan Digital Pekan Bukit Jenun Jangan lepaskan peluang, daftar sebagai usahawan Pedi Pekan Bukit Jenun sekarang!

Rakan Digital Bukit Jenun menawarkan latihan keusahawanan PERCUMA kepada penduduk sekitar yang ingin mengembangkan perniagaan mereka seperti kelas shopee dan sebagainya.

Alhamdulillah selesai program "Kelas Canva dan Shopee" untuk bakal-bakal usahawan berjaya dari Giatmara Pendang Kedah Da...
09/02/2023

Alhamdulillah selesai program "Kelas Canva dan Shopee" untuk bakal-bakal usahawan berjaya dari Giatmara Pendang Kedah Darulaman. Mereka mempelajari pemantapan ilmu dalam editing canva dan juga teknik pemasaran digital di platform Shopee.

Semoga perkongsian dari kami dapat membantu untuk mereka mempraktikkan di masa akan datang untuk menjana pendapatan.

Di langit ada pelangi,
Tak lupa ku hitung warnanya,
Cukup sekian dari kami,
Terima kasih perhatiannya.

Rakan Digital PEDi Bukit Sekechong Rakan Digital PEDi Kg Pondok Chegar Rakan Digital PEDi Kg Paya MengkuangRakan Digital PEDi Bukit Raya Dalam

Aktiviti Rakan Digital 1 Feb 2023Rakan Digital PEDi Bukit SekechongRakan Digital PEDi Bukit Raya DalamRakan Digital PEDi...
01/02/2023

Aktiviti Rakan Digital
1 Feb 2023
Rakan Digital PEDi Bukit SekechongRakan Digital PEDi Bukit Raya DalamRakan Digital PEDi Kg Paya MengkuangRakan Digital PEDi Kg Pondok Chegar Pejabat Pertanian Daerah Pendang

Alhamdulillah selesai perbincangan Rakan Digital bersama Pejabat Pertanian Pendang ke arah mendigitalkan usahawan tanaman dan usahawan asas tani menggunakan platform digital. Banyak perkara yang dibincangkan untuk membantu menjadikan usahawan berdaya saing dalam platform digital.

Semoga ini akan menjadi titik mula untuk lebih banyak kerjasama dalam usaha membantu usahawan dalam bidang pertanian.

Aktiviti Rakan Digital Kluster Pendang.Rakan Digital PEDi Bukit Sekechong Rakan Digital PEDi Kg Pondok Chegar Rakan Digi...
25/01/2023

Aktiviti Rakan Digital Kluster Pendang.
Rakan Digital PEDi Bukit Sekechong Rakan Digital PEDi Kg Pondok Chegar Rakan Digital PEDi Kg Paya Mengkuang Rakan Digital PEDi Bukit Raya Dalam

25 Januari 2023
Alhamdulillah, harini selesai perbincangan Rakan Digital Kluster Pendang bersama Pengurus Kanan Mara untuk merangka Program Kursus Asas Shopee bersama 95 orang usahawan dan pelajar GiatMara Pendang. Program dijangka akan berlangsung pada bulan Februari ini.

Semoga program ini akan menjadi titik mula kerjasama antara GiatMara dan juga PEDi.

Bersama usahawan dodol Pekan Bukit Jenun . Beliau datang dan berkongsi cerita perniagaannya bersama Rakan Digital di PED...
19/01/2023

Bersama usahawan dodol Pekan Bukit Jenun . Beliau datang dan berkongsi cerita perniagaannya bersama Rakan Digital di PEDi Pekan Bukit Jenun.

Rakan Digital akan membantu beliau untuk meluaskan perniagaan melalui platform digital Shopee/Tiktok.

Bagi mana-mana usahawan yang berdekatan ingin meluaskan perniagaan bolehlah datang ke PEDi atau wasap link di bawah:

www.wasap.my/60175767306/belajarshopee

Aktiviti Rakan Digital Pekan Bukit JenunTopik: Maxis eKelas Usahawan"Train -The-Facilitator" (TTF) untuk Rakan DigitalMa...
18/01/2023

Aktiviti Rakan Digital Pekan Bukit Jenun

Topik: Maxis eKelas Usahawan
"Train -The-Facilitator" (TTF) untuk Rakan Digital
Masa : 10pagi-12.30 tengahari
Tarikh: 16 Januari 2023
Tempat/ Platform: Webinar Zoom(Online)
Berikut merupakan Aktiviti Rakan Digital Pekan Bukit Jenun pada bulan Januari 2023. Maxis eKelas Usahawan juga bakal menjemput usahawan menyertai webinar .
Semoga perkongsian berikut dapat membantu lebih ramai usahawan menggunakan platform digital pada masa akan datang.

Assalamualaikum w.b.tBerikut adalah produk usahawan Pedi Pekan Bukit Jenun yang bertempat di Kampung Paya Sena. Perniaga...
18/01/2023

Assalamualaikum w.b.t
Berikut adalah produk usahawan Pedi Pekan Bukit Jenun yang bertempat di Kampung Paya Sena. Perniagaan ini diusahakan oleh Puan Fauziah.

Produk yang diusahakan ini amat sesuai untuk dijadikan cenderamata kenduri kahwin, aqiqah dan sebagainya. Mereka juga sedia untuk menerima tempahan sebagai hantaran perkahwinan.

Bagi sesiapa yang sedang mencari-cari goodies/ doorgift ataupun hantaran boleh lah menghubungi number di bawah:

www.wasap.my/60175767306/goodies

Assalamualaikum dan salam keusahawanan digital.Berikut merupakan produk usahawan PEDi Pekan Bukit Jenun iaitu Kerepek Pi...
11/01/2023

Assalamualaikum dan salam keusahawanan digital.

Berikut merupakan produk usahawan PEDi Pekan Bukit Jenun iaitu Kerepek Pisang Masin, Kerepek Pisang Pedas dan Kerepek Pisang Cheese daripada NMS Kitchen. Perniagaan ini diusahakan oleh Nazla Mad Sin dengan air tangannya sendiri.

Jika sesiapa yang berminat untuk mendapatkan atau menjadi agent boleh lah menghubungi nombor di bawah:

www.wasap.my/60175767306/kerepek

Alhamdulillah pada 7/12/2022 telah selesai sesi Kelas Basic Shopee bersama usahawan untuk mendigitalkan perniagaan merek...
08/12/2022

Alhamdulillah pada 7/12/2022 telah selesai sesi Kelas Basic Shopee bersama usahawan untuk mendigitalkan perniagaan mereka.

Antara produk telah diusahakan oleh mereka ialah jahitan pakaian, tepung goreng ayam, sos cheese , dan kerepek pisang cheese.

Semoga perkongsian dari kami menjadikan ia sebagai titik mula untuk mereka meluaskan perniagaan di platform digital.

Bagi mana-mana usahawan yang berminat untuk mengikuti kelas shopee atau TikTok boleh klik link di bawah:

www.wasap.my/60175767306/belajarshopee

Assalamualaikum w.b.tSlot produk usahawan pada hari ini memperkenalkan aneka sambal Opah yang diusahakan oleh seorang us...
08/12/2022

Assalamualaikum w.b.t
Slot produk usahawan pada hari ini memperkenalkan aneka sambal Opah yang diusahakan oleh seorang usahawan PEDi Pekan Bukit Jenun sebagai agent Sambal Opah .

Sambal Opah ini sangat memenuhi citarasa utara memandangkan ia dihasilkan oleh orang utara sendiri.

Antara pilihan sambal yang ada adalah sambal penyet, sambal ikan bilis cili padi, sambal ikan masin cili padi, sambal paru penyet, sambal ikan bilis petai cili padi, sambal daging cili padi dan juga sambal tempoyak pecah batu. Ia dijual dengan harga RM16- RM19 sebotol.

Sambal Opah ini telah banyak menerima feedback yang positive dari pelanggan tentang rasanya yang pedas tapi sedap.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sambal ini bolehlah klik link di bawah :

www.wasap.my/60175767306/sambalopah

Kelas Bersama UsahawanAlhamdulillah, selesai kelas pemasaran digital ( Live di Tiktok). Tahniah kepada Puan Muslina bera...
05/12/2022

Kelas Bersama Usahawan

Alhamdulillah, selesai kelas pemasaran digital ( Live di Tiktok). Tahniah kepada Puan Muslina berani dan mencuba berniaga di platform digital untuk meluaskan pemasaran produknya dan berjaya mendapat sale yang pertama dari TikTok.

Address

Pekan Bukit Jenun
Pendang
06720

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Digital Pekan Bukit Jenun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share