Pusat Sebaran Maklumat Nasional-NADI Ketapang Hilir

Pusat Sebaran Maklumat Nasional-NADI Ketapang Hilir Sertai kami sekarang !!! dan nikmatilah kemudahan yang disediakan .....

Jom Sihat dengan NADI!Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI ...
24/08/2026

Jom Sihat dengan NADI!

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.
Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

🗓️ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 NADI KETAPANG HILIR

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! 🇲🇾


Jom Sihat dengan NADI!Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI ...
23/08/2026

Jom Sihat dengan NADI!

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.
Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

🗓️ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
📍 NADI KETAPANG HILIR

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! 🇲🇾


NADI x LIFE LONG LEARNING: NURTURE: EKELAS & KUIZ PELAJAR (SUBJEK BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH)Maklumat Aktiviti:đź“…Tari...
18/08/2026

NADI x LIFE LONG LEARNING: NURTURE: EKELAS & KUIZ PELAJAR (SUBJEK BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH)

Maklumat Aktiviti:
đź“…Tarikh : 16 OGOS 2026 (AHAD)
⏰ Masa : 2.00 -3.00 PETANG
đź’»Penyertaan : 4 orang peserta

NADI x LIFE LONG LEARNING: TINY TECHIESWEBINAR - INOVASI ROBOTIK SIRI 5Maklumat Aktiviti:đź“…Tarikh            : 15 OGOS 20...
18/08/2026

NADI x LIFE LONG LEARNING: TINY TECHIES
WEBINAR - INOVASI ROBOTIK SIRI 5

Maklumat Aktiviti:
đź“…Tarikh : 15 OGOS 2026 (SABTU)
⏰ Masa : 11.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
đź’»Penyertaan : 4 orang peserta

NADI x LIFE LONG LEARNING: TINY TECHIESWEBINAR - ANIMASI DALAM PYTHON SIRI 5Maklumat Aktiviti:đź“…Tarikh            : 15 OG...
18/08/2026

NADI x LIFE LONG LEARNING: TINY TECHIES
WEBINAR - ANIMASI DALAM PYTHON SIRI 5

Maklumat Aktiviti:
đź“…Tarikh : 15 OGOS 2026 (SABTU)
⏰ Masa : 10.00 – 11.00 PAGI
đź’»Penyertaan : 3 orang peserta

18/08/2026

🤝🇲🇾 Perpaduan diraikan, kesejahteraan dinikmati.

Hormat-menghormati dan kemesraan menjadi jambatan yang merapatkan kita.

Tidak kira usia, latar belakang, kaum mahupun agama, saling menghargai menguatkan kebersamaan dan membina masa depan negara yang lebih harmoni.




12/08/2026

Maaf ye.. Sebagai guru saya wajib perbetulkan fitnah yang tular terhadap Menteri Pendidikan berkenaan isu jualan ansuran seragam sekolah.

Kadang-kadang kita perlu berhenti sekejap sebelum berkongsi sesuatu di media sosial.

Bukan semua yang viral itu benar.
Bukan semua yang ditulis dengan huruf besar itu fakta.
Dan bukan semua yang dibungkus dengan kemarahan itu bermaksud kita sedang memperjuangkan rakyat.

Baru-baru ini timbul dakwaan kononnya kerajaan melalui NADI mahu menjual baju sekolah kepada pelajar sehingga menyusahkan ibu bapa.

Ada satu posting di sosmed berbunyi begini

"Saya tak faham.

Adakah ini dipanggil Inisiatif membantu rakyat?

Saya berpandangan kerajaan sepatutnya gunakan data yang ada untuk salurkan bantuan khusus kepada mereka yang amat memerlukan.

Kerajaan kata nak ringankan beban ibu bapa, tetapi kalau penyelesaiannya ialah ansuran, bukankah itu bermaksud ibu bapa masih perlu membayar dan menambah hutang?

Dengan kata lain beban ditangguhkan, bukan dikurangkan."

Saya yang membaca posting 👆 rasa pelik... Tak kan lah KPM jual baju seragam...

Kemudian saya cuba semak info sebetulnya.

Rupa-rupanya ceritanya tidaklah seperti yang digambarkan.
Cerita sebenar ialah ini inisiatif yang diperkenalkan melalui NADI Mahir sebenarnya melibatkan latihan dan pengupayaan komuniti dalam bidang jahitan. Komuniti diberi kemahiran untuk menghasilkan pakaian, termasuk pakaian seragam sekolah.

Kemudian pakaian tersebut ditawarkan kepada ibu bapa dengan kemudahan bayaran secara ansuran.

Bayangkan lah kalau Giatmara atau Jabatan Penjara jahit baju sekolah dan jual pada orang awam dengan hasrat membantu pelatih atau banduan... Takkan jadi isu juga?

Lagi satu…di mana menyusahkannya?

Kalau ada ibu bapa yang memilih untuk membeli maka itu pilihan mereka bukan paksaan pun.

Kalau ada yang mahu membeli secara ansuran maka disediakan kemudahan.
Amboi bab baju sekolah bayar ansuran korang bising marah dan fitnah YB Menteri.. Tapi tak sedar diri yang diri sendiri pakai Buy First Pay Later tu tak p**ak bising.

Apa yang NADI buat tu baguslah dalam masa yang sama, komuniti tempatan mendapat peluang untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang mereka pelajari. Ibu bapa dibantu. Komuniti diperkasa. Usahawan kecil diberi peluang.

Tetapi malangnya, apabila sesuatu inisiatif kerajaan tidak dibaca dengan lengkap, ia boleh diputar menjadi cerita yang sangat berbeza.

Sebab itu saya selalu pesan kepada pembaca saya... Tolonglah
Jangan biarkan emosi mendahului ilmu. Semak dulu faktanya.

Kalau kita tidak s**a kerajaan sekalipun, kita tetap mempunyai tanggungjawab untuk berlaku adil kepada fakta.

Kita boleh mengkritik kerajaan.
Kita boleh mempertikaikan dasar.
Kita boleh bertanya tentang harga.
Kita boleh bertanya tentang mekanisme pelaksanaan.

Tetapi kritikan mesti berdiri atas fakta, bukan fitnah. Janganlah satu inisiatif yang bertujuan membantu rakyat akhirnya dipersembahkan seolah-olah kerajaan sedang mencari jalan untuk membebankan rakyat.

Kalau benar ada kelemahan, tegurlah.
Kalau ada ruang penambahbaikan, cadangkanlah.

Tetapi kalau sesuatu itu sebenarnya bertujuan meringankan beban ibu bapa dan pada masa yang sama membuka peluang ekonomi kepada komuniti, jangan kita ubah cerita hanya kerana mahu mencari bahan untuk menghentam kerajaan.

Politik boleh berbeza.
Pandangan boleh berbeza.
Tetapi kebenaran tidak sepatutnya berbeza mengikut parti yang kita sokong.

Kita mahu rakyat yang bijak.
Kita mahu masyarakat yang kritis.
Tetapi lebih daripada itu, kita mahu masyarakat yang tabayyun sebelum menghukum.

Sebelum tekan Share, semak dahulu.
Sebelum percaya, baca dahulu.
Sebelum menuduh, pastikan dahulu.

Kerana dalam zaman media sosial, satu fitnah boleh tersebar lebih pantas daripada seribu penjelasan.

Cikgu Emmet Menulis

12/08/2026

Mama Kiasuuu PUN NAK CAKAP SIKIT PASAL BAJU SEKOLAH NADI
Eh… mama nampak ramai orang tengah kecoh pasal NADI jual baju sekolah.

Ada yang marah.
Ada yang kata kerajaan nak menyusahkan ibu bapa.
Ada yang sampai kata kerajaan sekarang jual baju sekolah kepada rakyat.

Mama pun garu kepala. 🤔
“Eh, betul ke cerita ni?”

Jadi mama cuba baca dan faham dulu.
Rupanya ada satu perkara yang ramai orang terlepas pandang.

Namanya NADI MAHIR.

Dan bagi mama, inilah bahagian yang paling menarik. NADI Mahir bukan semata-mata cerita pasal BAJU SEKOLAH.

Ia juga cerita tentang KEMAHIRAN.
Cerita tentang seorang suri rumah yang selama ini duduk di rumah, tetapi sebenarnya mempunyai tangan yang boleh menghasilkan sesuatu.

Cerita tentang seorang ibu tunggal yang mungkin perlu mencari pendapatan tambahan untuk membesarkan anak-anak.

Cerita tentang seorang wanita yang mungkin selama ini tidak mempunyai kemahiran menjahit, kemudian diberi peluang untuk BELAJAR MENJAHIT.

Belajar ambil ukuran. Belajar buat pola.
Belajar menggunakan mesin jahit.
Belajar menghasilkan pakaian.
Dan yang paling penting…

BELAJAR MENJADIKAN KEMAHIRAN ITU SEBAGAI PUNCA PENDAPATAN.

Mama rasa ini yang kita kena tengok.
Kalau seorang ibu belajar menjahit, kemudian mendapat tempahan menjahit pakaian…

Bukankah itu satu peluang?
Kalau seorang ibu tunggal boleh menghasilkan pakaian dan memperoleh pendapatan daripada kemahiran tersebut…

Bukankah itu satu bentuk pemerkasaan ekonomi?
Kalau komuniti tempatan diberi peluang untuk menghasilkan pakaian seragam sekolah, kemudian pakaian itu p**a boleh ditawarkan kepada ibu bapa dengan pilihan bayaran secara ansuran…

Bukankah ada manfaat kepada kedua-dua pihak?
IBU BAPA DIBANTU.
KOMUNITI DIBERDAYAKAN.
SURI RUMAH DIBERI KEMAHIRAN.
IBU TUNGGAL DIBERI PELUANG MENJANA PENDAPATAN.

Mama bukan kata semua benda yang kerajaan buat mesti betul.
Kalau ada kelemahan, tegur.
Kalau ada masalah harga, bincang.
Kalau ada isu pelaksanaan, perbaiki.

Itu hak rakyat.

Tetapi jangan sampai kita nampak sehelai baju sekolah sahaja, sampai kita tak nampak mesin jahit di belakangnya.

Jangan kita nampak produk sahaja, sampai kita terlupa tentang manusia yang sedang belajar menghasilkan produk itu.

Sebab mungkin di sebalik sehelai baju sekolah itu ada seorang ibu yang sedang belajar berdikari.

Mungkin ada seorang ibu tunggal yang sedang cuba membina pendapatan.

Mungkin ada seorang suri rumah yang akhirnya berkata:

“Aku pun ada kemahiran. Aku pun boleh cari duit.”

Dan bagi mama…

ITU JAUH LEBIH BESAR DARIPADA SEKADAR SEHELAI BAJU SEKOLAH.

Jadi sebelum kita marah…
Sebelum kita share…
Sebelum kita tuduh kerajaan menyusahkan rakyat…

BACA DULU.

Fahami konteks.
Kenali programnya.
Lihat siapa yang mendapat manfaat.

Sebab kadang-kadang kita terlalu sibuk mencari apa yang boleh kita kritik…

Sampai kita terlupa melihat orang kecil yang mungkin sedang dibantu.

Mungkin di situ ada sebuah kisah tentang seorang ibu yang sedang berusaha mengubah kehidupan keluarganya. ❤️

Terima kasih kepadanNADI MAHIR kerana membuka peluang ini. Ia bukan sekadar belajar menjahit, tetapi belajar membina peluang dan mencari rezeki.







Address

Balairaya JKK Taman Permata Kampung Ketapang Hilir
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60162609426

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional-NADI Ketapang Hilir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category