NADI Kg.Repek

NADI Kg.Repek Pusat Sebaran Maklumat Nasional- NaDi Kg.Repek
(PUSAT ILMU DIGITAL ANDA)

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet Komuniti (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP). PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung d

engan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar. Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer. Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

🚩🚩🚩NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA 🚩🚩🚩Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.NADI Kg. Repek akan ditutup sementara pada 31 MEI 20...
30/05/2026

🚩🚩🚩NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA 🚩🚩🚩
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
NADI Kg. Repek akan ditutup sementara pada 31 MEI 2026 sehingga 01 JUN 2026.
NADI akan dibuka semula pada 02 JUN 2026.
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami :-
Kak Yaya:
www.wasap.my/60193486624
Kak Atin:
www.wasap.my/60196776624

25/05/2026
🚩🚩🚩NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA 🚩🚩🚩Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.NADI Kg. Repek akan ditutup sementara pada 26 MEI 20...
25/05/2026

🚩🚩🚩NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA 🚩🚩🚩
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
NADI Kg. Repek akan ditutup sementara pada 26 MEI 2026 sehingga 28 MEI 2026.
NADI akan dibuka semula pada 29 MEI 2026.
Sebarang Pertanyaan boleh hubungi kami :-
Kak Yaya:
www.wasap.my/60193486624
Kak Atin:
www.wasap.my/60196776624

10/05/2026
10/05/2026

Seronok, menarik… susah nak berhenti.

Dunia media sosial direka untuk tarik perhatian kita tanpa henti, tanpa had. Tapi kawalan diri bukan datang sekelip mata.

Untuk yang masih bawah 16 tahun, mengawal penggunaan dan memahami kesannya bukan perkara mudah.

Sebab itu, ada masanya perlu ‘pause’ dulu. Bukan tak boleh… tapi belum masa..


Program Kempen Internet Selamat 2026 Peringkat Negeri Kelantan📍 Lokasi: Sekolah Kebangsaan Gual Sitok, Rantau Panjang, K...
09/05/2026

Program Kempen Internet Selamat 2026 Peringkat Negeri Kelantan

📍 Lokasi: Sekolah Kebangsaan Gual Sitok, Rantau Panjang, Kelantan
📅 Tarikh: 7 Mei 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 10.45 pagi – 1.30 tengah hari

NADI Bukit Tandak bersama NADI Kg Repek telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di SK Gual Sitok, Rantau Panjang, Kelantan.

👥 131 orang pelajar
👥 5 orang guru

* Fasilitator: 2 orang bertugas sepanjang Kempen Internet Selamat

Ikon K-DAT Sekolah:
- Ikon K-DAT (Guru)
--Encik Che Nasir bin Che ‘Aad
- Ikon K-DAT (Pelajar)
--Muhamad Firas Bin Azmi
--Eisya Zahirah Binti Abdul Ilah

🎯 Objektif Program :-
Program ini dirangka khusus bagi murid Tahap 2 sekolah kebangsaan dengan beberapa objektif utama, antaranya:

✅ Menerangkan kepada murid mengenai had umur minimum 13 tahun bagi penggunaan media sosial.
✅ Memberi kesedaran tentang risiko penggunaan media sosial serta kesannya terhadap perkembangan kanak-kanak.
✅ Membimbing murid memilih aktiviti dalam talian yang lebih berfaedah dan bersesuaian dengan umur mereka.
✅ Menggalakkan pembentukan tabiat penggunaan digital yang sihat serta pengetahuan asas keselamatan di alam maya.

📚 Aktiviti :-
Program dilaksanakan menerusi Modul Ringkas Tahap 2 yang dibahagikan kepada tiga sesi pembelajaran utama:
📘 Pelajaran 1: Had umur 13 tahun bagi penggunaan platform media sosial
📘 Pelajaran 2: Bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak
📘 Pelajaran 3: Aktiviti alternatif dalam talian yang lebih selamat dan bermanfaat

📝Hasil Program :-
Kempen Internet Selamat yang dijalankan di sekolah rendah memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menggunakan internet dengan lebih selamat dan bertanggungjawab. Melalui program ini, pelajar belajar langkah melindungi akaun media sosial, mengenali risiko buli siber dan penipuan atas talian, serta lebih berhati-hati dalam menyebarkan maklumat. Di samping itu, kempen ini turut menggalakkan pelajar mengamalkan penggunaan internet secara sihat dan seimbang dengan aktiviti harian yang berfaedah.



Program Kempen Internet Selamat 2026 Peringkat Negeri Kelantan📍 Lokasi: Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas, Kelant...
09/05/2026

Program Kempen Internet Selamat 2026 Peringkat Negeri Kelantan

📍 Lokasi: Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan
📅 Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 11.00 pagi – 1.30 tengah hari

NADI Kampung Repek bersama NADI Padang Tokla dan NADI Tendong telah melaksanakan Kempen Internet Selamat di SK Bunut Susu, Pasir Mas Kelantan.

👥 255 orang pelajar
👥 3 orang guru

* Fasilitator: 3 orang bertugas sepanjang Kempen Internet Selamat

Ikon K-DAT Sekolah:
- Ikon K-DAT (Guru)
--Encik Fauzi Bin Isa
- Ikon K-DAT (Pelajar)
--Muhammad Azril Zafran Bin Mohd Asri

🎯 Objektif Program :-

Program ini dirangka khusus bagi murid Tahap 2 sekolah kebangsaan dengan beberapa objektif utama, antaranya:

✅ Memberi pendedahan mengenai had umur minimum penggunaan media sosial iaitu 13 tahun.
✅ Meningkatkan kesedaran murid tentang risiko dan kesan negatif media sosial terhadap perkembangan kanak-kanak.
✅ Membimbing murid mengenal pasti penggunaan internet yang lebih selamat, bermanfaat dan sesuai mengikut peringkat usia.
✅ Memupuk amalan digital sihat serta meningkatkan kesedaran asas berkaitan keselamatan siber dalam kehidupan harian.

📚 Aktiviti :-

Program dilaksanakan menerusi Modul Ringkas Tahap 2 yang dibahagikan kepada tiga sesi pembelajaran utama:
📘 Pelajaran 1: Had umur 13 tahun bagi penggunaan platform media sosial
📘 Pelajaran 2: Bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak
📘 Pelajaran 3: Aktiviti alternatif dalam talian yang lebih selamat dan bermanfaat

📝Hasil Program :-
Program Kempen Internet Selamat ini membantu meningkatkan kesedaran murid tentang penggunaan internet secara selamat dan beretika. Murid dapat memahami risiko media sosial, kepentingan menjaga keselamatan diri di internet serta lebih berhati-hati sebelum berkongsi maklumat dalam talian. Selain itu, program ini turut memupuk penggunaan teknologi secara lebih positif, sihat dan bertanggungjawab dalam kalangan murid sekolah rendah.



09/05/2026

Hampir semua scammer menggunakan skrip yang sama untuk memperdayakan mangsa.

Berwaspada jika anda menerima mesej seperti ini:

❌ Mesej yang mendesak anda untuk bertindak segera.
❌ Tawaran bantuan yang tidak diminta.
❌ Permintaan bayaran untuk “mempercepatkan proses”.

Kalau nampak tanda-tanda seperti ini, berhenti sebentar dan semak dahulu.

Pastikan anda rujuk laman web dan media sosial rasmi KWSP untuk maklumat yang sahih.

--------------

Scammers often use the same tactics to catch people off guard.

Stay cautious if you receive messages that:

❌ Urge you to act immediately.
❌ Offer unsolicited assistance.
❌ Request for a payment to “expedite” the process.

If you notice these red flags, pause and verify before taking any action.

For accurate information, refer to EPF’s official website and social media channels.

09/05/2026

💻 Awas! Scammer Tidak Pernah Bercuti!
Penipuan dalam talian semakin berleluasa, jadi berhati-hatilah agar tidak menjadi mangsa. Pastikan setiap transaksi anda selamat dengan langkah mudah ini:
🔍 Tips Elak Scam E-Dagang:
1️⃣ Semak Sebelum Membuat Pembayaran – Periksa laman web rasmi dan pastikan maklumat penjual betul.
2️⃣ Berhati-hati Dengan Tawaran Terlalu Murah – Jika nampak terlalu baik untuk jadi kenyataan, ia mungkin perangkap.
3️⃣ Gunakan Platform E-Dagang Berlesen – Pilih platform yang mempunyai ciri keselamatan untuk melindungi pengguna.
4️⃣ Semak Ulasan Pembeli Lain – Ambil masa untuk membaca pengalaman pengguna lain sebelum membeli.
5️⃣ Gunakan SEMAKMULE PDRM – Pastikan akaun bank, nombor telefon atau nama syarikat penjual tidak tersenarai sebagai mencurigakan.

❗ Ingat:
🚫Jangan berurusan di luar platform e-dagang walaupun ditawarkan diskaun besar.
🚫Elakkan berkongsi maklumat peribadi atau butiran bank secara terbuka.

Sentiasa amalkan Konsep 3S, untuk Melindungi Diri Anda:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.


Address

Kg Repek
Pasir Mas
17070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg.Repek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kg.Repek:

Share