NADI Kg Padang Tok La

NADI Kg Padang Tok La NADI menyediakan akses internet, latihan kemahiran digital, dan program keusahawanan terutamanya di kawasan luar bandar.

NADI berfungsi sebagai hab komuniti untuk literasi media dan pemerkasaan teknologi.

Bismillah Alhamdulillah Selesai Kursus Kemahiran Jangka Pendek Komputer (Photophone) anjuran PKEM KEMAS Parlimen Pasir M...
06/06/2026

Bismillah Alhamdulillah Selesai Kursus Kemahiran Jangka Pendek Komputer (Photophone) anjuran PKEM KEMAS Parlimen Pasir Mas bertempat di NADI KG PADANG TOK LA ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜๐Ÿคฉ๐Ÿฅณ.Selama 3 hari pelbagai ilmu,teknik dan kemahiran dalam menghasilkan gambar dan bahan media yang berkualiti menggunakan teknik masa kini. Antara pengisian kurus selaa 3 hari adalah:
1. Teknik pencahayaan gambar sudut cahaya dan tempat
2. Teknik suntingan gambar passport(diy)
3. Fungsi Aplikasi Snapseed
4.Penggunaan AI bagi menghasilkan ayat pemasaran copywriting,penghasilan gambar,lagu,video dan runut bunyi.
Tenaga Pengajar
Cik Siti Alimah - NADI Kg Padang Tok La
Puan Haslina Hussain -NADI Koklanas
Puan Amirah Ibrahim -NADI Kg Padang Tokla
Terima kasih Pihak KEMAS PKEM Parlimen Pasir Mas kerana menyediakan kursus bermanfaat untuk komuniti dalam kemahiran kecerdasan pintar. Moga segala ilmu dan kemahiran yang diberikan dapat menambah baik perniagaan dan sebagai titik mula bagi yang baru memulakan perniagaan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sukacita kami umumkan akan menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Logo Butiran progr...
03/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita kami umumkan akan menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Logo Butiran program seperti di bawah:

3 KATEGORI:

1. Kategori: 12 Tahun dan Ke Bawah
2. Kategori: 13 Hingga 17 Tahun
3. Kategori: 18 Tahun dan Ke Atas

TEMA: KEMPEN INTERNET SELAMAT

TEMPOH PERTANDINGAN
3 Jun - 16 Jun 2026

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI REKA BENTUK LOGO
- Ahli NADI sahaja.
- Terhad kepada 3 orang peserta untuk setiap NADI bagi setiap kategori.
- Saiz Poster: A4
- Wajib menggunakan aplikasi Canva.
- Penggunaan AI adalah dilarang sama sekali.

03/06/2026

TUNGGU 16.โ€‹

Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan berkongsi. Namun, tanpa tahap kematangan yang sesuai, kanak-kanak juga berdepan risiko seperti buli siber, eksploitasi s*ksual, penipuan dalam talian dan kandungan memudaratkan.โ€‹

Mulai hari ini, inisiatif Tunggu 16 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui pelaksanaan keperluan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu.โ€‹

Kerana bukan semua perkara sesuai untuk semua peringkat usia.โ€‹

Belum 16? Belum Sedia Untuk Media Sosial.โ€‹

โ€‹Soalan-soalan lazim (FAQ): โ€‹
https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions

Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16

โ€‹ โ€‹
โ€‹
โ€‹

03/06/2026

Saksikan โ€œNADI: Dari Komuniti ke Pentas Duniaโ€ dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 bersama Dr. Mohd Arif Adenan, Ketua Bahagian NADI MCMC.

๐Ÿ—“๏ธ Rabu, 3 Jun 2026
๐Ÿ•ฅ 10.30 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐Ÿ“บ Siaran: TV9

Kupasan ini akan mengetengahkan peranan NADI dalam memperkasa komuniti melalui akses digital, perkhidmatan pintar dan peluang pembangunan sosioekonomi daripada komuniti setempat hingga ke pentas dunia.



03/06/2026
๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐’๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ (๐๐€๐ƒ๐ˆ) Kg Padang Tok La akan ditutup sementara pada ...
29/05/2026

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ
๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐’๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ (๐๐€๐ƒ๐ˆ) Kg Padang Tok La akan ditutup sementara pada 01 Jun 2026 sempena *Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong*.
NADI Kg Padang Tok La akan dibuka semula pada 02 Jun 2026 (Selasa)
Untuk sebarang pertanyaan & urusan boleh hubungi nombor berikut:
Admin : 0192423587
Kami memohon maaf di atas segala kesulitan

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐’๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ (๐๐€๐ƒ๐ˆ) Kg Padang Tok La akan ditutup sementara pada ...
29/05/2026

๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐„๐๐“๐€๐‘๐€ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ
๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐’๐ž๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ (๐๐€๐ƒ๐ˆ) Kg Padang Tok La akan ditutup sementara pada 31 Mei 2026 sempena ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐ž๐ฌ๐š๐ค.
NADI Kg Padang Tok La akan dibuka semula pada 02 Jun 2026 (Selasa)
Untuk sebarang pertanyaan & urusan boleh hubungi nombor berikut:
Admin : 0192423587
Kami memohon maaf di atas segala kesulitan

29/05/2026

๐Ÿ“ข Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! ๐Ÿ“ฑโœจ

Anda hanya perlu:

โœ… Download aplikasi NADI
โœ… Daftar sebagai ahli NADI
โœ… Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi

Pendaftaran kini lebih mudah secara dalam talian di mana jua anda berada, dan nikmati pelbagai kemudahan di NADI secara PERCUMA!

Nota: Pastikan aplikasi NADI anda telah dikemas kini ke versi terkini di App Store dan Google Play untuk menggunakan fungsi pendaftaran ini.



MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg Padang Tok La akan ditutup sementara pada 2...
22/05/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg Padang Tok La akan ditutup sementara pada 26 Mei- 28 Mei 2026 sempena Hari Raya Aidiladha .

NADI Kg Padang Tok La akan beroperasi semula pada 29 Mei 2026 (Jumaat).

Untuk sebarang pertanyaan & urusan boleh hubungi nombor berikut:
Admin : 0192423587

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan.

21/05/2026

JOM BELAJAR MASAK MENU AIDILADHA DENGAN CHEF FLORENCE TAN.. ๐Ÿ˜

Aidiladha dah nak dekat ni.. nak menu yang lebih menarik raya kali ni sampai sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai semua memuji?

Meh tengok Program Perkhidmatan Pintar NADI | 21โ€“22 Mei 2026 ni. Banyak lagi topik yang dekat dengan hidup harian korang ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘ง Cuti sekolah & anak autisme โ€” kenapa perubahan rutin sangat memberi kesan
๐Ÿณ SLS Mahir Masak Edisi Aidiladha 2026 bersama Chef Florence Tan
๐Ÿฅ— Ubat obesiti & strategi nutrisi โ€” supaya tak tersilap jaga badan
๐Ÿ” Ancaman siber di tempat awam โ€” jangan ambil ringan keselamatan digital
๐Ÿ“š Tuisyen Rakyat / VOD Revision + NADIPreneur & EmpowHer

๐Ÿ“ Program turut melibatkan lokasi program NADI On Wheels di beberapa kawasan. Rujuk poster untuk lokasi yang berhampiran anda.

๐Ÿ’ฌ Topik mana paling kena dengan korang sekarang?
Anak & rutin / Masak Aidiladha / Nutrisi / Keselamatan siber / Tuisyen
Komen dekat bawah ๐Ÿ‘‡

Tag kawan atau ahli keluarga yang patut tahu program ni juga ๐Ÿ”

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional/NADI Kg Padang Tok La, Lot 1429 Jalan Ibu Sawat TM, Kg Padang To' La
Pasir Mas
17000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60105691284

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Padang Tok La posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Kg Padang Tok La:

Share