03/12/2022
🚨🚨PERHATIAN🚨🚨
بسم الله الرحمن الرحيم
Makluman kepada semua pelanggan GFG Pasir Gudang dan rakan-rakan sekalian.
Kami didatangi dengan seorang hamba Allah yang ingin meminta sumbangan untuk Maulidur Rasul bagi Surau Al Falah Jalan Jagung 4, BBU. Sumbangan telah diberikan. Tetapi apabila kami menghubungi imam Surau Al Falah melalui telefon, kami mendapati bahawa aktiviti ini adalah palsu. Dengan rasa kesal cop rasmi GFG Pasir Gudang juga telah di tanda pada kertas tersebut untuk bukti sumbangan pada resit. Justeru, harap rakan-rakan dapat berhati-hati dengan kedatangan aktiviti sebegini.
Kepada hamba Allah tersebut harap tuan menggunakan duit yang diberikan dengan baik. Terima Kasih. Sama-sama.