31/08/2021
Hari ini admin nak kongsikan perihal perbezaan bunyian aplikasi Apple Music bagi kedua-dua ekosistem. Bagi admin, aplikasi muzik ini menepati halwa telinga.
Admin guna earbuds mampu milik sahaja iaitu Tronsmart Onyx Ace bagi ujian ini kerana ia memiliki perkakasan teknologi cip Qualcomm® apTX™. Sejujurnya, admin tidak pandang fungsi “active noise cancellation(ANC)” kerana ia bukanlah penanda aras bagi bunyian yang ala studio.
Pilihlah earphone atau headphones tanpa wayar yang mempunyai cip pemproses sambungan yang ternama(etc. Qualcomm, apple, sony, samsung dll.). Kalau sambung ke ekosistem iOS dan android pun tak ketara sangat perbezaannya kerana kualiti audio hampir sama.
Apabila langganan Apple Music sejak dari tahun 2015, maka ia menjadi pilihan aplikasi muzik yang memiliki kualiti muzik yang berbeza dari aplikasi yang lain. Ia adalah pandangan peribadi admin, mungkinlah berbeza bagi mereka yang hanya main belasah aje. 😜
Nak lagi sedap guna, tentulah guna earphone dengan wayar audio jack atau digital audio. Ini memang tak boleh lawanlah earphone yang jenis Bluetooth, TWS dan lain-lain.
Anda bagaimana p**a? Sambungan dengan earphone tanpa wayar atau earphones dengan wayar? Guna aplikasi apa p**a?🤭
Jom kongsi-kongsikan pendapat anda p**a dan bertukar-tukar maklum balas, terima kasih. 😊
Notakaki: Peranti(Pixel 3 dan iPhone 12) aksesori lens(Sirui V2) dan guna moment case aksesori.