06/02/2022
Kenapa dari Malaysia nak ke Europe, ada flight yang transit (connecting flight), ada yang direct? Macam mana nak tahu?
Macam ini. Contoh.
Katakanlah kau dari Malaysia nak ke Amsterdam, Netherlands.
Kau pun cari tiket guna Skyscanner. Dia beri beberapa pilihan, dan harga berbeza-beza.
Naik Qatar Airways, murah. Tapi kena transit 5 jam.
Naik Oman Air, murah. Tapi kena transit 2 jam. Short transfer namanya. Yang ni tak sempat nak ke mana-mana pun, turun kapal, lalu airport security, naik kapal balik.
Naik Emirates, murah. Tapi kena transit 17 jam.
Naik KLM, mahal. Tapi tak ada transit di mana-mana. Teruuuusss sampai Amsterdam dalam 13 jam macam tu.
Kenapa ada airline yang transit?
Sebab, negara pemilik airline tu nak kau singgah di negara dia dulu, sebelum hantar kau ke destinasi sebenar.
Qatar Airways akan transit di Doha, Qatar.
Oman Air akan transit di Muscat, Oman.
Emirates akan transit di Dubai, UAE.
Tapi KLM memang airline milik Netherlands, jadi dia tak perlu singgah di mana-manalah.
Sama juga macam kau nak ke İstanbul naik Singapore Airlines, akan transit di Changi dulu sekejap.
Tapi naik Turkish Airlines, tak singgah mana-mana dah. Duduklah dalam kapal terbang tu sampai İstanbul.
Dan orang dari luar pun, kalau naik Malaysia Airlines untuk ke destinasi lain, akan transit di KLIA.
Macam itulah sifir dia.
Ada airline malah sengaja tawarkan layover lebih 20 jam, dengan pakej hotel + jalan-jalan (berbayar). Contohnya Emirates tawarkan pakej jalan-jalan dan menginap satu malam di Dubai. Dapatlah pergi bergambar sekejap di Burj Khalifa. Yang ni kalau nak, kau kena rajin buat research.
Kalau tak ambil pakej pun boleh juga keluar jalan-jalan sendiri. Cuma kena pastikan tempoh layover tu sempat untuk kau keluar ke bandar, jalan-jalan, dan balik semula ke airport 4 jam sebelum penerbangan seterusnya. Dan pastikan waktu layover tu bukan waktu malam yang kedai semua dah tutup dan public transportation pun dah tak berjalan.
Kalau transit sepanjang malam, mereput dalam airport pun dah okey. Lepaklah di restoran, kafe, kerusi urut, mandi ke ... dan pastikan tengok dulu nombor gate untuk penerbangan seterusnya. Lepak dekat-dekat gate, lebih baik. Tak perlu berlari berkejaran bila dah sampai masa boarding.
Baggage macam mana?
Kalau kau memang beli tiket KUL-AMS, kau tak perlu ambil baggage masa transit. Pihak airport transit akan terus hantar baggage kau masuk ke kapal terbang ke Amsterdam.
Melainkan kau sengaja beli tiket berasingan. Beli KUL-DOH dulu, baru beli DOH-AMS. Ha, yang itu bukan connecting flight, jadi kau perlu ambil baggage di Baggage Claim airport DOH, dan check in semula di kaunter untuk ke AMS.
So, transit ataupun direct flight, bagi aku terpulang pada selera masing-masing. Macam aku, s**a transit. Sebab aku rasa letih dan suffocated duduk lama dalam long haul flight. Di samping itu, aku s**a tengok airport tempat orang. Tapi ada orang nak cepat sampai, bagi dia transit ni akan banyak buang masa. Okey saja, pilihlah direct flight.
Dan bagi yang masih rasa ragu nak travel jauh naik kapal terbang waktu wabak belum reda ni, tapi sangat s**a kapal terbang, bolehlah buat hobi baru - kumpul diecast airplane dan renung sebelum tidur buat melepas rindu uhuk~ Ada banyak pilihan di https://shp.ee/rit8w8m
Btw, airport paling aku s**a untuk layover ialah Doha dan Changi. Selain sangat tersusun, ada macam-macam aktiviti boleh dibuat, makan-makan, dan cuci mata. Patutlah masuk top 10 World Best Airport.
Kredit foto: Amarnath Tade / Unsplash.
Kredit story: Nota Perempuan Backpacker