18/05/2025
Percaya tak seorang lelaki yang dulunya dia ni hanya menjual lembu sahaja. Tapi Hari ini dia ada satu bisnes yang bernilai bilion ringgit. Macam mana dia boleh buat?
Siapa tak kenal beliau, inilah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang asalnya dia ni dilahirkan daripada satu orang keluarga yang serba kekurangan. Dia ni duduk dekat sebuah kampung kecil dekat area Alor Setar,setiap hari dia akan membantu ibu dia menanam sayur dan jual dekat pasar.
Kemudian dia tolong ayah dia uruskan ternakan, ternakan lembu. Namun malang tak berbau ni, ada satu wabak penyakit ni. Wabak ni serang dekat kaki dengan mulut ternakan.
Jadi habis semua perniagaan ternakan lembu dia tu habis musnah sekelip mata macam tu sahaja. Tapi bayangkan, walaupun perniagaan dia musnah macam tu, beliau ni jenis tak menyerah kalah. Dia bangkit balik buat perniagaan yang lain, dia pergi jual daging secara kecil-kecilan p**a. Dia pergi beli baki baki daging yang tak terjual dekat pasar tu dia pergi jual balik dekat peniaga peniaga yang lain ada, jadi macam orang tengah.
Bila perniagaan tu dah semakin stabil, modal dah ada. Kemudian dia buat p**a perniagaan yang lain yang mana dia pergi ke bidang pengangkutan p**a. Dia tubuhkan satu syarikat pengangkutan sentosa dengan pinjaman RM110,000 daripada Mara. Dia beli 2 biji lori, kemudian dia jalankan perniagaan pengangkutan itu dan perniagaan tu berkembang pesat.
Dia mula tambah lagi bilangan lori-lori untuk memenuhi permintaan yang ada. Bila perniagaan tu dah maju, dia buat lagi perniagaan lain yang mana dia masuk ke perniagaan membekalkan beras p**a.
Masa tu dia dapat lesen untuk berdagang beras daripada Lembaga Padi Negara untuk dia membekalkan beras-beras tu kepada agensi macam Felda dengan Mara. Bila perniagaan tu pun dah maju, dia kembangkan lagi perniagaan dia tu kepada sektor sektor yang lain termasuklah automotif perladangan, pembinaan logistik tenaga contoh syarikat-syarikat yang dia ada macam MMC Corporation Berhad, DRB Hicom Berhad dan juga Tradewinds Berhad. Meskipun beliau ni dah kaya raya, tapi dia juga tak lupa sumbangan dia kepada masyarakat sekeliling.
Dia tubuhkan satu Yayasan nama Yayasan NI adalah Yayasan albukhari satu organisasi kebajikan. Meskipun beliau ni dah kaya raya tapi dia tak lupa untuk sumbangkan balik kepada masyarakat sekeliling dia. Dia tubuhkan satu yayasan, nama yayasan ni Yayasan Albukhary Foundation. Satu organisasi kebajikan yang ditumpukan untuk membantu masyarakat-masyarakat disekeliling dia. Bayangkanlah dengan yayasan itu,dia dah sumbangkan berjuta-juta ringgit untuk kebajikan dan juga pendidikan. Jadi dari kisah dia ni sebenarnya kita boleh belajar, walaupun hidup kita ni bemula dengan serba kekurangan dan daif tapi kalau kita ada satu tekad dekat dalam hati, kita boleh sahaja ubah hidup kita. Bukan sahaja mengubah hidup bahkan boleh memberi satu kesan yang besar kepada masyarakat sekeliling kita.
Apa yang rakan-rakan tahu tentang Tan Sri Syed Mokthar ni, cuba komen, like dan share.
Nak ubah hidup, boleh daftar percuma kat sini
https://bijakbuatduit.com/webinar/?twe=1520931