23/08/2026
SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR MyDigital ID?
Ramai masih menganggap MyDigital ID ini sekadar satu lagi aplikasi kerajaan. Hakikatnya, ia bakal menjadi identiti digital rasmi rakyat Malaysia.
Sedikit demi sedikit, urusan harian kita akan beralih kepada pengesahan melalui MyDigital ID — daripada pendaftaran SIM, urusan kerajaan, kewangan, sehinggalah pelbagai perkhidmatan digital.
Sebagai orang yang berada dalam industri telekomunikasi, saya melihat ini sebagai satu langkah penting untuk membanteras penyalahgunaan identiti, akaun mule dan penipuan scam yang telah merugikan rakyat beratus-ratus juta ringgit setiap tahun.
Kenapa anda perlu daftar sekarang?
✅ Pengesahan identiti yang lebih selamat.
✅ Kurangkan risiko penyalahgunaan IC dan nombor telefon.
✅ Lebih mudah mengakses pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta.
✅ Bersedia menghadapi era Digital ID yang akan menjadi standard di Malaysia.
Proses pendaftaran tidak mengambil masa yang lama, tetapi manfaatnya akan digunakan untuk tahun-tahun akan datang.
Jangan tunggu sehingga ia menjadi syarat wajib. Daftar sekarang sementara prosesnya masih mudah.
Saya dah selesai mendaftar. Anda p**a bila?