NADI Taman Seri Lubuk Redan, Melaka

NADI Taman Seri Lubuk Redan, Melaka Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) .

08/08/2026

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Ventures.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

πŸ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
πŸ•’ 3.00 Petang
πŸ“ YouTube Live MyCreative Ventures () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

πŸ’¬ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



05/08/2026

🌿 JOM SERTAI! ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH 🌿
Bersama-sama kita luangkan hanya 1 jam untuk menjadikan komuniti kita lebih bersih, bebas denggi dan sihat! πŸ’š
Program ini turut diserikan dengan Majlis Pelancaran Komuniti Bebas Denggi (KomBeD) Kampung Gangsa serta pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.
πŸ—“ Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Kawasan Flyover Kampung Gangsa, Alor Gajah
✨ Aktiviti Menarik: βœ… Senam Sihat Beramai-ramai
βœ… Gotong-royong Madani
βœ… Cari & Musnah Tempat Pembiakan Aedes
βœ… Walkabout Cegah Denggi
βœ… Explorace "Jalan-Jalan Cari Jentik-Jentik" 🎁
βœ… Audit Pengasingan Sisa
βœ… Majlis Pelancaran KomBeD
βœ… Pameran Kesihatan
🎁 Sertai Explorace dan menangi hadiah-hadiah menarik!

πŸ’ͺ "1 Jam Bersama, Kita Boleh Ubah!"
Ayuh bawa keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga bagi menjayakan program ini demi mewujudkan Melaka Bersih, Komuniti Sihat.

πŸ“’ Jumpa anda pada 9 Ogos 2026!

05/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Jalur Gemilang merupakan lambang maruah, kedaulatan dan perpaduan yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Setiap warna dan simbol, tersimpan sejarah perjuangan dan semangat patriotisme yang diwarisi dari generasi ke generasi.

Hayatilah maknanya dan jadikan sebagai inspirasi untuk terus memupuk perpaduan demi Malaysia yang lebih maju dan gemilang.




05/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ 𝐉𝐨𝐦 π‘πšπ’π€πšπ§ π‡πšπ«π’ πŠπžπ›πšπ§π π¬πšπšπ§ 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚!

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026, Jabatan Kebajikan Masyarakat menjemput Orang Kurang Upaya (OKU) 𝐲𝐚𝐧𝐠 π›πžπ«π¦π’π§πšπ­ untuk 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐒 sebahagian daripada khalayak sambutan yang penuh semangat patriotik.

πŸ“… 29 & 31 Ogos 2026
πŸ“ Dataran Istana Kehakiman, Putrajaya
🎟️ Penyertaan adalah PERCUMA dan terhad kepada 200 peserta sahaja.

πŸ“² Imbas kod QR pada poster untuk mendaftar sekarang.

Bersama Raikan Kemerdekaan, Satukan Semangat, Malaysia MADANI πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying ζž—ζ…§θ‹±
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia









05/08/2026



FIKIR SEBELUM KONGSI, LINDUNGI ANAK ANDA

"Sharenting" ialah amalan ibu bapa atau penjaga berkongsi gambar, video dan maklumat anak-anak di media sosial yang boleh mendedahkan privasi, keselamatan serta identiti mereka kepada risiko dalam talian.

Kenali risiko yang boleh berlaku seperti penyalahgunaan gambar dan data, eksploitasi kanak-kanak dalam talian, manipulasi kandungan menggunakan teknologi AI (deepfake) serta pendedahan lokasi dan maklumat peribadi yang boleh mengancam keselamatan anak-anak.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik β€˜Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
Instagram: https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
X: https://twitter.com/PDRMsia
YouTube: https://www.youtube.com/user/PDRMsia
Telegram: https://t.me/PDRMsia_Official
TikTok: https://www.tiktok.com/





#05082026

05/08/2026

Lebih 200,000 kandungan penipuan dalam talian berjaya diturunkan sepanjang tempoh 1 Januari 2022 hingga 31 Julai 2026.



Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Kementerian Komunikasi

05/08/2026

❗️ Awas Penipuan Pengeluaran Pesanan Kerajaan Bagi Tempahan Makanan dan Cenderahati❗️

KPWKM menerima laporan penipuan menggunakan nama pegawai KPWKM bagi mendapatkan wang daripada pembekal melalui tempahan makanan dan cenderahati bagi program rasmi yang tidak wujud.

Modus operandi: Scammer menyamar sebagai syarikat yang menerima tempahan melalui Pesanan Kerajaan (PO) dan meminta pembekal membuat bayaran bagi mendapatkan kontrak atau mengesahkan tempahan.

⚠️ KPWKM menegaskan bahawa urusan pembelian makanan, minuman dan cenderahati hanya dilaksanakan melalui Pesanan Kerajaan dalam Sistem ePerolehan.

πŸ™…πŸ»β€β™‚οΈ Pembekal dinasihatkan agar berwaspada dan tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak ketiga yang mencurigakan.





05/08/2026

APA LAA NASIB.. CARI KERJA, KENA SCAM.. DAPAT PARCEL, RUPANYA SCAM.. CARI JODOH PUN KENA SCAM?! 😭

Scammer sekarang memang kreatifβ€”dia datang ikut benda yang kita tengah cari. Sebab tu korang kena persiapkan diri dengan join program Perkhidmatan Pintar NADI ni. Baru lah susah nak kena scam..

Antara yang korang boleh join πŸ‘‡
🚨 Job Scam, Love Scam & Parcel Scam
πŸ€– Prompt Engineer + pengaruh AI dalam kehidupan digital
πŸ’Ό Business Plan Development & Financial Planning
πŸ“± Baiki gajet + asas fotografi smartphone
🧁 Vanilla Muffin & Coklat Muffin
πŸ“š Tuisyen Rakyat + kelas Microsoft Word, Excel & PowerPoint

πŸ’¬ Jujur… scam mana paling korang risau terkena dekat korang atau keluarga korang?
KERJA / CINTA / PARCEL

Komen satu je dekat bawah πŸ‘‡
Tag kawan yang senang sangat percaya orang tak kenal tu πŸ˜…

Scan QR pada poster untuk maklumat lanjut.

Address

1309 Jalan REBANA UTAMA, TAMAN SERI REDAN
Masjid Tanah
78300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Taman Seri Lubuk Redan, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Taman Seri Lubuk Redan, Melaka:

Shortcuts

Share