NADI Binjai Rendah

NADI Binjai Rendah Merapatkan Jurang Digital.... Untuk Komuniti... Terbaik... Pusat Internet Komuniti Kg.Binjai Rendah ini bermula beroperasi pada 1 November 2013.

Ia merupakan p*k di bawah fasa 4.

TAKWIM AKTIVITI DAN PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2026
01/09/2026

TAKWIM AKTIVITI DAN PROGRAM BULAN SEPTEMBER 2026

31/08/2026
Merdeka bukan sekadar sebuah laungan. Ia adalah semangat yang menyatukan kita.Dalam kepelbagaian, kita terus melangkah b...
31/08/2026

Merdeka bukan sekadar sebuah laungan. Ia adalah semangat yang menyatukan kita.

Dalam kepelbagaian, kita terus melangkah bersama, membina masa depan Malaysia dengan semangat perpaduan, kebersamaan dan kecintaan kepada negara.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 daripada seluruh warga NADI. 🇲🇾

Makluman Penutupan NADI KG BINJAI RENDAH sempena Hari Kemerdekaan ke -69. HARAP MAKLUM
30/08/2026

Makluman Penutupan NADI KG BINJAI RENDAH sempena Hari Kemerdekaan ke -69.

HARAP MAKLUM

🇲🇾 SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾Alhamdulillah, telah berlangsung Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 di Pusat Sebaran M...
29/08/2026

🇲🇾 SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾
Alhamdulillah, telah berlangsung Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 di Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Kampung Binjai Rendah.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua komuniti yang hadir dan yang telah bersama-sama memeriahkan majlis 🇲🇾.
Antara aktiviti yang dijalankan

✨Senam sihat Merdeka
✨Pertandingan Karom Merdeka
✨Pemeriksaan Kesihatan (Bacaan gula dan tekanan darah).

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
📅 29 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 10.00 pagi
📍 NADI Kampung Binjai Rendah

See less

🇲🇾JEMPUTAN KE PROGRAM SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾Ayuh warga Kg Binjai Rendah, sihatkan badan sempena bulan kemerd...
26/08/2026

🇲🇾JEMPUTAN KE PROGRAM SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 🇲🇾

Ayuh warga Kg Binjai Rendah, sihatkan badan sempena bulan kemerdekaan!

🗓️ 29 OGOS 2026 (SABTU)
⏰ 7.30 PAGI – 10.00 PAGI
📍 NADI KG BINJAI RENDAH
👕 TEMA: Warna Bendera Malaysia 🇲🇾

highlights program:
Senaman LIVE Seluruh Malaysia
Cek Kesihatan PERCUMA 🩸
Sarapan Sihat PERCUMA 🥗
Pertandingan Karom 🎯
Cabutan Bertuah & Goodies untuk 50 orang terawal! 🎁

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA NADI SEMPENA MAULIDUR RASUL.. HARAP MAKLUM
24/08/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA NADI SEMPENA MAULIDUR RASUL.. HARAP MAKLUM

11/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-79 kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Semoga YAB Dato’ Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan dan kekuatan untuk terus memimpin serta berbakti demi kemajuan negara tercinta.
Ikhlas daripada seluruh warga Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

🎤 SERLAHKAN BAKAT, CIPTA KEJAYAAN! 🏆Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026 kini kembali dengan dua pertandingan yang pasti mengu...
11/08/2026

🎤 SERLAHKAN BAKAT, CIPTA KEJAYAAN! 🏆
Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026 kini kembali dengan dua pertandingan yang pasti menguji kreativiti dan keyakinan anda!
🎭 Pertandingan Sajak
🎙️ Pertandingan Public Speaking
Inilah peluang anda untuk:
✨ Menonjolkan bakat dalam pengucapan dan deklamasi.
✨ Membina keyakinan serta kemahiran komunikasi.
✨ Mewakili NADI anda di pentas pertandingan.
✨ Merebut gelaran juara dan hadiah menarik!
📢 Pendaftaran kini dibuka!
📍 Daftar di NADI berdekatan anda.
Rujuk poster pertandingan untuk syarat penyertaan dan maklumat lanjut.
Jangan lepaskan peluang untuk menyerlahkan bakat dan menjadi juara Piala NADI Tuisyen Rakyat 2026!

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADIInisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinam...
11/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

•⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
•⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
•⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.

Address

Marang
21400

Telephone

+601153365674

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Binjai Rendah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NADI Binjai Rendah:

Shortcuts

Share